Autism ialah gangguan pertumbuhan tumbesar seseorang dalam jangka masa panjang yang memberi kesan dalam pemikiran kanak-kanak dan dalam proses informasi. Ia berlaku kepada kanak-kanak di antara 1-2 orang dalam 1000 dan ia terjadi 4 kali lebih kerap di kalangan kanak-kanak laki-laki. Gejala – gejala ini selalunya berlaku sebelum kanak- kanak itu berumur 3 tahun tetapi ianya belum pasti lagi.
Penyebab utama autism ialah :
-Komunikasi
-Tindak balas sosial
-Tingkah laku yang berulang dari segi minat dan aktiviti
Autism adalah salah satu bahagian dalam gangguan yang dipanggil “ Pervasive Developmental Disorders.“ dan satu lagi gangguan dari kumpulan ini ialah ‘Asperger’s Syndrome di mana pertuturan kanak-kanak dan kemahiran kognitif boleh jadi normal. Sebab-sebab Autism tidak diketahui tetapi kemungkinan berpunca dari faktor keturunan atau ketidakseimbangan kimia di dalam otak. Terencat akal boleh berlaku dalam 75% kanak-kanak autism.
Tanda dan gejala
Tanda dan gejala berlaku disebabkan oleh 3 faktor utama:
Komunikasi
-Lambat, tidak normal atau tidak boleh bertutur
-Bahasa tanpa lisan yang tidak normal ; contoh, kurang pergerakan anggota badan.
-Kurang cerdas semasa bermain
-Kurang upaya bergaul atau berbincang dengan orang lain
-Tindak balas sosial
-Hilang tumpuan dan kurang mimik muka
-Tiada kesedaran perasaan terhadap orang lain
-Suka bersendirian tanpa berkongsi pengalaman dengan orang lain
-Suka bermain sendirian
-Tingkah laku yang berulang dari segi minat dan aktiviti
-Menggerakkan anggota badan berulang kali seperti bertepuk tangan, menggoyangkan badan ke hadapan dan belakang, menganguk kepala
-Menumpukan perhatian kepada satu objek sahaja seperti tayar kereta mainan
Tertekan ke atas perubahan kecil yang berlaku dalam persekitaran
-Hanya berminat terhadap satu atau dua perkara sahaja.
Komplikasi
Seseorang yang menghidap autism akan mendapat gejala yang berlainan mengikut umur masing-masing.
Peringkat awal kanak-kanak – Hiperaktif, panas baran
Peringkat akhir kanak-kanak – suka menyerang, mencederakan diri sendiri
Peringkat remaja dan dewasa – kemurungan dan epilepsi
Rawatan
Beberapa orang yang pakar dalam bidang ini diperlukan untuk:
-Membaiki kemahiran sosial
-Menggalakkan lebih ramai masyarakat mengenal pasti kelakuan mereka
-Menambah baikkan komunikasi verbal dan non verbal
-Membantu keluarga mengendalikan masalah ini dengan jayanya.
Tiada ubat yang dapat menyembuhkan autism tetapi ada beberapa jenis ubat yang dapat mengawal gejala-gejala yang timbul disebabkan autism seperti:
-Kelakuan ganas
-Hiperaktif
-Kebimbangan yang mungkin timbul
-Rehabilitasi
Beberapa pencegahan termasuk:
-Terapi pertuturan dan bahasa
-Untuk memperbaiki komunikasi di kalangan kanak-kanak
Cara pulih kerja ( occupational therapy )
untuk menambahbaikkan kemahiran kemasyarakatan seperti : eye contact, Pemerhatian dan tumpuan serta membantu kanak-kanak menjalankan aktiviti harian.
Untuk menurunkan panas baran dan tingkah laku yang ganas
Pendidikan khas
kanak-kanak autistic perlu berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran supaya keperluan pendidikan mereka dapat diberi. Borang pendaftaran boleh diperoleh di Jabatan Pendidikan atau di sekolah. Terdapat juga pertubuhan bukan kerajaan yang dapat memberikan pendidikan kepada kanak-kanak autism seperti National Autistic
Society of Malaysia (NASOM)
Pendaftaran Kurang upaya (Disability registration)
Kanak-kanak Autism boleh berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan mendapatkan borang-borang di Jabatan Kebajikan Masyarakat yang berhampiran.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setengah orang kata bayi yang tembam & ‘semangat’ itu comel. Ada pula yang menyindir dengan mengatakan bayi perlu diet dan dikawal pemakanannya. Apa pun, tanya pakar pendapat dulu.
IBU STRES BAYINYA DIKATAKAN OBES
Ramai ibu yang mengadu bayi dilahirkan dengan berat badan yang biasa iaitu 3.1 kg. Seperti kes ibu A, apabila bayinya mencecah usia lima bulan dan berat mencecah 9kg. Ditambah pla dengam mulut-mulut orang sekeliling “ Anak awak ni dah obes memandangkan beratnya naik drastik tidak sesuai dengan usia.” Pertambahan berat badan itu hanya dengan susu ibu sahaja, tanpa tambahan susu formula atau makanan lain.
Pola penyusuan bayi Ibu A juga biasa, tidak terlalu kerap. Susu ibu perahan pula hanya dibekalkan sebanyak 15 oz susu sepanjang 10 jam waktu bekerja. Tidak lama lagi dia akan mencecah enam bulan dan boleh mengambil makanan pejal. Ibu A cukup bimbang dengan keadaan ini akan berlanjutan sehingga bayinya besar. Ibu A dan suaminya mempunyai berat badan ideal dan bukan daripada baka obes. Dia buntu dan mula mempersoalkan adalah ia berkaitan dengan pemakanannya yang menyebabkan bayinya obes.
DAPATKAN NASIHAT PAKAR
Ads
Menurut Dr Mohammad Nazir Abu Bakar, Pakar Pediatrik, SALAM Shah Alam Specialist Hospital, bayi Ibu A yang umur 5 bulan dan berat 9kg berada dalam bahagian atas carta berat iatu 95th centile tetapi bukan dikategorikan sebagai obes.
Adalah penting bagi ibu bapa mendapatkan nasihat yang betul dan tepat daripada pakar pediatrik. Ini kerana pakar pediatrik akan menilai tumbesaran daripada segala aspek bukan sahaja berat dan juga trend tumbesaran, lebih penting daripada menilai pada satu jangka masa sahaja.
BABY FAT
Ads
Terdapat ramai bayi yang diberi susu ibu secara eksklusif mempunyai berat yang lebih tetapi lazimnya lemak bayi atau baby fat ini tidak kekal dan berat makin seimbang apabila dimulakan makanan pejal atau pelengkap.
Tambahan pula bila bayi mula lebih aktif bergerak iaitu seperti merangkak dan berjalan, ini akan bantu dalam penyeimbangan tenaga. Tidak digalakkan sama sekali untuk mengurangkan atau mengawal pemakanan bayikerana ini adalah masa perkembangan pesat dalam tumbesran bayi. Ibu bapa perlu mendapatkan pandangan pakar pediatrik terlebih dahulu.
AMALKAN PEMAKANAN NUTRISI TINGGI
Ads
Ibu digalakkan untuk memberikan makanan dan minuman bernutrisi tinggi kepada bayi apabila bayi bersedia untuk mengambil makanan pelengkap. Amalan pemakanan sihat dengan elakkan gula dalam makanan. Hindari daripada memberi makanan yang mempunyai nilai nutrisi yang rendah.
ELAKKAN MENGGUNAKAN MAKANAN SEBAGAI PENENANG
Selain itu, elakkan menggunakan makanan untuk mendiamkan bayi atau menggunakan makanan sebagai permainan. Ibu bapa perlu faham bahawa bayi menangis tidak semestinya kerana lapar. Ibu bapa juga seharus mengenali dan tahu cue dan masa ketikanya bayi anda sudah kenyang atau bila bayi itu sedang dalam kelaparan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa suka tengok bila bayi sedang tidur? Biasanya ibu suka memerhatikan si kecil sedang tidur. Tenang dan damai sangat. Bahagia rasa hati ibu dan ayah.
Tetapi di sebalik ketenangan si comel, ada bermacam perkara sebenarnya yang boleh menyebabkan tidurnya tidak selena yang disangkakan. Bayi kerap merengek, mengerang, tersenyum, menendang, berkerut, berpeluh, bernafas tidak teratur dan bermacam lagi perlaku lain ketika tidur.
Sebenarnya perilaku tidur yang seolah-olah ada ‘gangguan’ ini adalah normal dan biasa berlaku kepada bayi. Tak perlulah anda terlalu berasa bimbang.
Bagaimanapun tak salah untuk anda memahami keadaan buah hati ketika dia sedang tidur pkerana jika berlaku perkara di luar kebiasaan, anda boleh segera mengatasinya.
1. Berdengkur
Ia berlaku kerana saluran pernafasan bayi belum berkembang sempurna, rongga hidung serta kerongkongnya masih sempit. Jadi, saluran yang sempit dan terdapat lendir menimbulkan banyak suara getaran yang berbeza ketika dilalui udara.
2. Tersenyum
Ia berlaku kerana bayi mengalami perasaan yang baik dan momen yang menggembirakan. Sepanjang berada pada tahap REM (Rapid Eye Movement) tubuh bayi mengalami perubahan fisiologi yang mengaktifkan refleks tertentu yang membuatkan otot mukanya tertarik hingga membentuk senyuman.
Jadi, senyuman tersebut mungkin hanya reaksi fizikal, bukan tanda emosional. Apa pun, momen si comel tersenyum ketika tidur adalah saat paling menggembirakan hati ibu ayah.
3. Berhenti bernafas sesaat
Ia berlaku kerana bahagian otak bayi yang mengawal pernafasan berkembang, sehingga rentak pernafasannya kerap berubah ketika tidur. Ada kalanya mereka bernafas lebih cepat untuk sementara waktu, kemudian menjadi lambat, lalu berhenti bernafas antara 10 hingga 15 saat, sebelum bernafas normal semula, dan berulang lagi.
Anda tak perlu panik, kerana dalam bidang perubatan, keadaan ini dipanggil periodicbreathingdan biasa berlaku kepada bayi sehingga usianya mencecah enam bulan.
4. Terkejut dan menangis
Ini berlaku kerana pengaruh refleks Moro, salah satu refleks yang dibawa bayi ketika lahir. Refleks ini adalah cara primitif baginya untuk bertahan hidup, dan refleks Moro ini sering ‘bekerja’ tanpa mengganggu tidurnya.
Dalam sesetengah keadaan, gerakan terkejut juga diikuti tangisan singkat, namun bayi akan kembali tertidur semula. Keadaan ini membuktikan otot refleksnya bekerja dan pendengarannya berfungsi.
Bagaimanapun anda perlu berwaspada sekiranya bayi berusia lebih enam bulan masih lagi kerap terkejut dan tidak mempunyai waktu tidur berkualiti.
5. Berpeluh
Ini berlaku kerana pembahagian sel-sel semasa tumbesaran yang menghasilkan panas, sehingga membuatkan bayi berpeluh. Sel yang paling kerap membahagi terdapat pada bahagian otak.
Sebab itu bahagian kepala akan lebih panas, ini yang menyebabkan kening dan rambut lebih lembap berbanding bahagian badan yang lain. Berpeluh ketika tidur juga boleh disebakan bayi berkuap.
Oleh itu pastikan tidurkan bayi di tempat yang bersuhu sejuk dan pakaikan pakaian yang selesa. Bagaiamanpun jika berpeluh secara berlebihan ia juga boleh menunjukkan sesuatu seperti jangkitan dan sleep apnea. Sebaiknya dapatkan nasihat daripada doktor.
6. Bergoyang dan menendang
Ini berlaku kerana bentuk perilaku bayi untuk menghiburkan diri, boleh juga bentuk pengalihan perhatiannya daripada rasa sakit kerana tumbuh gigi, jangkitan teling dan sebagainya. Ia tidak berlaku kepada semua bayi. Biasanya ia terjadi kepada bayi yang berusia enam bulan ke atas, dan mungkin boleh berulang selama beberapa bulan atau tahun. Namun kebanyakan anak dapat mengatasi masalah ini di usia tiga tahun.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tak sah kalua tak mencium anak setiap hari. Bagi Uyaina Arshad yang kini sedang berpantang anak keduanya, mencium bayinya menjadi amalan wajibnya setiap hari.
Menerusi media sosialnya, Uyaina turut berkongsi kelebihan cium bayi bagi ibu-ibu yang ramai tak tahu. Jom ikuti perkongsian ibu anak dua ini.
“My favourite bau. Siapa gomol anak korang macam ni jugak kita geng!
“Anyway, nampak macam biasa je kan kiss baby? But I wanna share this amazing info with all the Mamas about the health benefits of kissing your babies.
“Tahu tak dengan mencium bayi, sebenarnya kita mengambil kuman yang hidup di kulit mereka melalui mulut kita, dan kemudian berubah menjadi antibodi dalam susu ibu?
“Jadi dengan menyusukan bayi, anda sebenarnya menghasilkan antibodi yang diperlukan dan menghantarnya melalui susu ibu untuk memperkuat bayi anda melawan bakteria-bakteria tersebut secara dalaman dan kekal imun terhadap jangkitan.
“Hanya dengan ciuman dari seorang ibu, imun badan anak kita akan menjadi lebih kuat,” kongsi Uyaina menerusi kapsyennya.
Pun begitu pesan Uyaina, biar hanya ibu yang melakukan amalan ini tetapi tidak orang lain terutama orang yang datang berkunjung kerana ia membawa kuman kepada bayi itu sendiri. Elakkan!
“So Mamas, kiss your babies a lot! 🥰 Mama je tau. Orang lain yang bukan mak baby tu jangan cium anak orang sebab boleh bawak penyakit kat baby tu. Hope this helps,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Uyaina selamat melahirkan bayi keduanya pada 17 Mei yang lalu dan kini sedang berpantang.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.