Gelagat Afwa minta ibunya buat susu ketika live cuit hati warga maya, “Ibu, susu ni dah lama.” Datuk Siti Nurhaliza atau lebih mesra dengan sapaan Tokti kerap meluangkan masa membuat live di media sosial miliknya terutamanya di laman Instagram dan Tiktok.
Gelagat Afwa Minta Ibunya Buat Susu Ketika Live Cuit Hati Warga Maya, “Ibu, Susu Ni Dah Lama”
Tambahan pula, semenjak anak-anaknya semakin besar, Tokti banyak meluangkan masa bersama mereka jika tidak mempunyai pekerjaan pada hari tersebut.
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial Tiktok milik @sitizoner yang menarik perhatian ramai. Di dalam video berkenaan memaparkan Tokti yang membuat live kemudian keadaan menjadi huru hara apabila anak keduanya, Afwa memintanya membuatkan susu.
@sitizoner #fyp ♬ bunyi asal – Sitizoner
Rata-rata warga maya terhibur melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa telatah anak-anak Tokti sama seperti anak mereka, tak boleh tengok ibunya ‘bersenang-senang.’
Berikut antara komen-komen warga maya.
Untuk rekod, Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2006. Pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Siti Aafiyah yang dilahirkan pada 19 Mac 2018 dan Muhammad Afwa pada 19 April 2021.
Sumber: TikTok sitizoner
Baca artikel lain juga: Dato Siti Nurhaliza Tak Fokus Hamil Lagi, Mahu Jaga Kesihatan. Dulu Ada Masalah Uri Melekat
Datuk Siti Nurhaliza Kongsi Momen Bercuti Ke Korea, Afwa Manja Sangat Dengan Aafiyah
Datuk Siti Nurhaliza Kongsi Foto Afwa Sempena Hari Lahir, Ramai Geram Tengok Pipi Pau Afwa
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI