Keletahnya memang sering ditunggu-tunggu oleh semua rakyat Malaysia. Apa yang boleh dikatakan Ainul Mardhiah si kecil yang pernah tular mengidap tumor pada mulut adalah buah hati semua orang.
Setiap gambar Ainul yang dimuat naik oleh mamanya di Instagram, Nurul Erwani Zaidi pasti mendapat respon yang cukup hebat daripada orang ramai. Semuanya teruja untuk mengetahu perkembangan terbaru Ainul Mardhiah yang kini semakin sihat dan aktif
Berkesempatan mengundang walid dan mama Ainul untuk bersiaran secara langsung di Instagram Pa&Ma memang sesuatu yang ditunggu-tunggu oleh warga net.
Menurut walidnya, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, anaknya yang kini berusia 1 tahun 8 bulan sudah semakin aktif dan membesar dengan baik. Menurutnya Ainul kini sudah boleh membuat pelbagai aksi.
“Ainul sekarang dah boleh buat macam-macam dah dan Alhamdullilah sekarang makin aktif. Kalau baring pun tiub oksigen dia suka cabut sebab nak bergerak walaupun dia masih tak boleh marangkak atau berjalan. Sambil baring dia dah boleh bergerak jauh dari tempat yang asal dia duduk.
“Jadi sekarang kalau tidur waktu malam dia memang akan tidur lama sampai pagi mungkin kerana keletihan bermain. Biasanya dia tak akan bangun langsung waktu malam bila dah aktif bermain masa siang,” ujar walidnya.
Suka tengok Omar & Hana
Menurut mamanya pula, si kecil Ainul suka menonton Omar & Hana. Jika menonton kartun tersebut, Ainul akan gelak dan ketawa.
“Aktiviti yang ainul suka buat, tengok Omar & Hana. Lepas mandi dia akan tengok. Bila tengok dia akan gelak tengok Omar Hana. Selain tu sekarang ni dia juga suka buat bunyi macam yang pernah saya muat turun di IG,” jelas Erwani.
Sepanjang live berlangsung, Ainul dilihat cukup gembira aktif bermain di belakang walid dan mamanya. Dia memang tak meragam dan sempat memberikan senyuman untuk semua yang menontonnya.
Rawatan untuk Ainul berjalan seperti biasa sepanjang PKP
Sempat ditanya kepada kedua ibu bapa Ainul tentang rawatan sepanjang PKP, menurut Walidnya ia berjalan seperti biasa dan tambahnya sepanjang PKP ini sudah 3 kali Ainul mendapatkan rawatan di hospital.
“ Memang pada mulanya kami risau juga dengan keadaan penularan wabak Covid-19 ni. Tapi Alhamdullilah semuanya berjalan lancar. Doktor dah pesan awal-awal untuk kami amalkan langkah pencegahan untuk Ainul iaitu sebaiknya berada di rumah melainkan perlu ke hospital untuk dapatkan rawatan.
“Namun ada juga yang kami perlu buat sendiri di rumah. Kalau dahulu ahli fisioterapi akan datang ke rumah, tapi sepanjang PKP ni mereka tak dapat datang, jadi kami diberi manual untuk buat urutan sendiri di rumah.
“Kami juga diajar untuk bermain dengan ainul bagi membantu melatih kemahiran sosial Ainul. Selalu orang fikir fisio banyak sentuhan sahjaa, tapi sebenarnya kami juga secara langsung kena latih kemahiran sosial ainul dengan bermain dengan dia. Dia suka ketaawa banyak main dan sekarang kaki Ainul juga dah boleh tegak,” cerita walidnya lagi.
Tambah Safiuddin dan Erwani, perkembangan kesihatan Ainul yang semakin baik itu diharap akan berterusan dan semoga anaknya itu akan membesar seperti kanak-kanak lain.
Untuk cerita lebih lanjut mengenai Ainul Mardhiah, jangan lupa dapatkan majalah Pa&Ma Edisi Mei 2020 di pasaran atau secara atas talian. Jangan lupa juga untuk tonton live kami di IG Pa&Ma bersama Ainul Marhiah, Si kecil kesayangan ramai.
Beli Majalah Pa&Ma Secara atas talian
Selalu dapat pm/dm “macam mana nak beli majalah ye”
“boleh beli majalah secara online tak?” Ye sekarang anda boleh beli majalah secara online! Ini bukan cobaan, ini betul-betul! Nak tahu macam mana caranya? Layari je www.karangkrafmall.com @ whatsapp di nombor 019-2297227. Ok jom order now! 😍
Yang rasa susah sangat nak pos tu, ni haaa Majalah Pa&Ma ada juga dalam versi digital! Keterangan lanjut seperti dalam poster ok!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI