Bila bersembang dengan anak kecil ni memang rasa seronok sangat. Kadang-kadang tak faham pun apa yang mereka cakap, tapi sebab comel kita pun terhibur. Biarpun anak masih lagi tak boleh menyebut banyak perkataan, jangan berhenti bersembang dengan mereka.
Ibu ayah yang rajin berborak dengan anak sebenarnya dapat merangsang pengetahuan mereka tentang vocabulary. Tanpa disedari itulah yang membuatkan anak lebih cepat bercakap dan sangat petah.
Melihat perkongsian di akaun TikTok @fiqahzulkifley, terhibur sungguh dengan gelagat bayi perempuan yang sedang bersembang dengan ayahnya. Bayi perempuan yang dikenali sebagai Ayla itu sangat fokus mendengarkan penjelasan yang diberikan oleh ayahnya.
“Rutin sebelum tido ibu ayah kena layan Ayla borak dulu 😂..”
Di dalam video tersebut si ayah memberitahu sekiranya dia masuk kerja awal, maksudnya bolehlah balik awal tetapi ibunya tetap akan balik pukul 7.30. Si ayah meminta anaknya itu untuk tinggal bersama datuk dan neneknya sementara mereka keluar bekerja.
“Kalau ayah masuk awal, balik awal tapi ibu tetap balik pukul 7.30. So, adik kena duduk dengan Maktok dan Wan. Dengar cakap Maktok dengan Wan. Boleh? Bagus dengar arahan..”
Macam-macam pesanan yang ditinggalkan si ayah, tak ada langsung tanda nak protes. semuanya bayi ini iyakan, siap sebut “Baik” dan “Beyeh” lagi.
Ads
“So sekarang ni Ayah dengan Ibu kena beli apa-apa untuk adik tak? Kena beli juga?”.
Paling mencuti hati apabila melihat ekspresi wajahnya yang sangat comel. Lebih lucu lagi, setiap kali ayahnya bercakap responnya ‘kena’. Sampai muncung-muncung bibir dapat bersembang dengan ayahnya.
Memang akan jadi anak yang petah bercakap bila dah besar nanti. Nampak cerdik dan sangat responsive terhadap apa yang dikatakan oleh ayahnya. Semoga terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang cerdik okay!
Dapat bercuti ke luar negara tentunya menyeronokkan, ada antaranya dah lama buat perancangan dengan beli tiket penerbangan setahun awal atau sebagainya. Tapi kita hanya merancang, Allah yang menentukan. Percutian yang sepatutnya meninggalkan kenangan manis untuk dikenang bertukar tragedi apabila seorang wanita yang sedang hamil 6 bulan terpaksa melahirkan bayi pramatang di Korea Selatan ketika bercuti.
Wanita yang dikenali dengan nama Tasha itu pada mulanya mengadu kepada pemandu pelancong yang mereka ikuti bahawa dia mengalami kekejangan di bahagian ari-arinya. Kerana keadaan itu, pemandu pelancong telah menghantar wanita tersebut Bersama suami dan anaknya pulang ke hostel terlebih dahulu.
Ternyata, kesakitan yang dialami oleh Tasha tidak berkesudahan dan lebih teruk lagi dia turut mengalami pendarahan. Setelah perbincangan dibuat dan dengan persetujuan suami dan ibunya, Tasha dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Berikut adalah perkongsian yang dibuat oleh Sarah Jamaluddin yang merupakan salah seorang ahli keluarga Tasha mengenai insiden tersebut:
Alami Kejang pada bahagian ari-ari, dihantar pulang ke hostel
Assalamualaikum semua, yang sedia maklum saya dan sebuah lagi keluarga kecil kami telah bercuti di Seoul Korea. Dan pada malam semalam, salah seorang daripada kami adalah wanita mengandung berusia 6bulan iaitu (Tasha). Dia telah mengadu kepada kami dan tour guide kami, yang beliau mengalami kekejangan di bahagian ari ari nya. Dan pada masa yang sama, kami telah menghantar Tasha pulang bersama suami dan anak nya untuk pulang dahulu ke hostel yang kami duduki.
Masih sakit dan alami pendarahan
Setelah beberapa jam, kami pun telah pulang ke hostel, dan mendapati Tasha masih mengalami kesakitan yang luar biasa, dan dia telah mengalami sedikit bleeding. Setelah membuat perbincangan, ibu Tasha dan suami nya Usaid, bergegas ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut. Setibanya di hospital, dia telah dikerjarkan ke wad kecemasan, dan telah mengadu telah rasa sesuatu keluar dari bawah. Dan suami nya memeriksa, dan telah nampak kantung bayi. Dia segera memanggil doctor dan nurse, dan tasha telah selamat bersalin.
Bayi tak dapat diselamatkan, perlu bantuan kilat untuk bawa jenazah bayi
Beberapa minit kemudian, doctor memberitahu, bayi dapat diselamatkan, dan sehingga petang tadi baby tersebut telah meninggal dunia. Pada masa yang sama, Tasha dan bersama 4 orang ahli keluarga nya masih berada di Seoul, dan memerlukan bantuan kilat untuk membawa mereka bersama jenazah bayi tersebut untuk pulang ke Malaysia.
Kos Yang Diperlukan
Telah saya lampirkan, semua kos yang diperlukan oleh keluarga tersebut. Diharap sesiapa yang membaca post ini, dapat sedikit sebanyak membantu meringankan keluarga kecil ini. Mungkin harini hari mereka, esok lusa mungkin hari kita. Nauzubillahminzalik.
TOTAL BAYARAN TERMASOK CAS TERSEMBUNYI (AGENT UNTUK TRANSFER BAYI KE MALAYSIA dan TIKET FlIGHT KAMI BERLIMA BALIK KE MALAYSIA
*27,109,920.00won*
= *RM98,600.00*
buat masa ni yg sy dpt dr pinjman2 sy pd ahli kluarga dan dh sy byr 21,306,980won = RM77,256.00 jd baki ni ibu sy cagar kerdit kad nya once masok je duit dlm akaun dia akan automatik tolak..
*MAYBANK*
151061434212
*Muhammad Usaid Hudair bin Rahmat*
Dalam kemaskini yang dibuat oleh Sarah, jenazah bayi Tasha telah selamat disolatkan di Masjid Itaewon tengah hari semalam dan akan diterbangkan ke Malaysia pada hari Isnin nanti. Bagi yang ingin memberi sumbangan derma, masih boleh berbuat demikian.
Semoga urusan keluarga Tasha dipermudahkan dan kos yang diperlukan untuk semua urusan cukup. Sama-samalah bantu apa yang mampu.
Selepas ditegur keluar bekerja meskipun belum habis tempoh edah selepas diceraikan bekas suami, Datuk Red pada 23 April lalu, Adira Suhaimi membalas pertanyaan tersebut dengan baik.
Malah kata ibu kepada empat cahaya mata ini lagi menerusi akaun Tik Toknya, dia perlu bekerja bagi mendapatkan sumber pendapatan untuk menyara empat orang anaknya.
“Saya bukan balu yang cerai mati. Saya cerai hidup. Jadi saya perlu keluar pergi bekerja untuk mencari sesuap nasi.
“Kalau saya duduk rumah, anak yang empat orang dekat rumah siapa nak bagi makan?
“Isteri yang dalam edah selepas kematian suami pun boleh keluar jika ada urusan yang perlu diselesaikan,” kongsinya lagi.
Pada 23 April lalu, Adira sah bercerai talak satu dengan bekas suami, Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu.
Adira bersetuju untuk tidak menuntut sebarang nafkah iddah dan mutaah daripada Datuk Red kerana memahami keadaan bekas suami yang mengalami masalah kewangan.
Setiap perkahwinan pasti pernah dilanda badai. Setiap pasangan pasti pernah bermasam muka antara satu sama lain. Itu adalah lumrah kehidupan berumah tangga. Tiada masalah untuk sesekali berselisih pendapat kerana dengan cara itu kita akan lebih mengenali si dia.
Memetik perkongsian dari laman Facebook Peguam Syarie Khidmat Masyarakat seperti yang dinyatakan oleh Ustaz Datuk Kazim Elias, ada empat punca mengapa sesebuah perkahwinan itu tidak bahagia. Ia bukan kerana duit, rupa mahupun agama semata-mata, tetapi lebih daripada itu.
Ustaz Datuk Kazim Elias ada share 4 punca kenapa satu-satu perkahwinan tu tak bahagia.
Sebab duit ke? Sebab rupa? Atau sebab agama semata?
1. Punca pertama ialah sebab semua benda isteri buat. Basuh baju isteri, kemas isteri, masak isteri. Sedangkan isteri ni cuma dituntut untuk layan suami je. Jadi, tak perlu ke isteri buat semua tu? Isteri solehah dia TOLONG buat kerja. Bantu sama membantu. Masing-masing kena faham erti tanggungjawab.
Ustaz siap cakap, semakin suami rasa senang rileks tak buat apa-apa, lagi senang dia lupa tanggungjawab dia. Bukanlah balik ni hang pi kabo kat laki hang “Awak, start harini saya taknak basuh baju masak apa semua.”
Tak tak.
Benda susah akan senang bila buat sama-sama. Jangan senang je bersama. Bila susah pas kat pasangan pulak. No no 🙅🏻♀🙅🏻♀🙅🏻♀
2. Punca kedua sebab kita tak faham PERANGAI pasangan masing-masing.
Nak jaga laki ni senang je bak kata Ustaz Kazim.
1- Bagi makan kenyang-kenyang. Zahir dan batin. Semoga segalanya dikira ibadah. Aamiin ya Rabb. 2- Mana suami tu pergi, ikut ! Hahaha 😂 Selagi hang boleh ikut, ikut.
3. Punca ketiga sebab kita TAK REDHA itu pasangan kita. Ramai orang hanya menghargai seseorang lepas seseorang tu meninggal. So tak best la nak tunggu laki ke bini hang mati pastu baru nak cakap, “takde yang sama macam laki/bini aku dulu.” 😢
Kita memang takkan kenal pasangan kita selagi kita tak share serumah, sekatil, sebantal dengan dia. Hat mak pak dia pun takkan kenal dia sedalam kita kenal dia. Sebab tu kabo, bini lagi kenal laki dia dari mak dia kenal dia.
Tapi orang bijak, lelaki soleh, wanita solehah akan selalu menganggap bahawa pasangan itu adalah ANUGERAH.
Ada pasangan tu, bersyukur. Sebab ada ramai lagi yang masih Allah tak kabulkan doanya untuk berpasangan. Jadi, bersyukurlah.
Bukan senang zaman sekarang, nak dapat pasangan yang solat, yang mengaji, yang nafkah tak culas apa semua. Jadi kalau kita dapat pasangan hat gitu, belajar menghargai walaupun dia tak cantik ke boroi ke apa.
Hat boroi, tak lawa, tak comey ke apa, kat situ Allah nak uji kita, siapa antara kita yang paling BERTAQWA. Memilih yang beragama, mengatasi segalanya.
4. Yang last sekali, punca dia ialah bila seseorang tu tak jadi yang saling menyenangkan. Ye, belajar jadi seorang yang menyenangkan pasangan masing-masing.
Kalau pasangan kita suka sekian-sekian, so kita usahalah untuk memberi sekian ataupun lebih. Yang penting usaha ye, yang lain tu biar Allah yang tentukan. Insyaa Allah.
Ustaz tu share lagi, musibah ni dia mai dalam 3 bentuk :
•UJIAN •TEGURAN •BALA
Kalau kita rasa dalam kahwin ni asyik musibah je, meh kita tengok hat tiga ni. Mana satu sebenarnya yang Allah nak tunjuk.
Yang ujian tu adalah untuk orang-orang beriman. Dia bagi contoh, Asiah yang solehah bersuamikan Firaun yang zalim. Tu ujian untuk dia.
Hat yang Allah uji seseorang tu soleh solehah, solat tak tinggal, mengaji tak miss, puasa penuh tapi bertahun-tahun tak dapat anak. Itu ujian namanya. Dan ujian ini tak lain adalah untuk angkat darjat taqwa dan iman kita lebih tinggi. Bersabarlah dan bergembiralah dengan ujian Allah bagi.
Yang kedua, musibah yang mai dalam bentuk teguran. Yang ni Allah hantar sebab Allah nak tegur suruh kita balik semula kepada kebaikan.
Contoh, kita dok leka kejar duit sana sini, kaya sana sini, papppp Allah bagi accident. Takleh dah carik punca rezeki. Tu teguran namanya. Mungkin kita solat tak khusyuk. Kita buat ibadah tapi banyak culasnya. Jadi, Allah nak jentik sikit nak bagi teguran. Nak bagi kita kembali balik pada Dia. Jadi, jangan melatah dok mengata Allah. Allah tak buat benda sia-sia.
Yang last pulak musibah ni mai dalam bentuk bala atau azab.
Dalam kahwin ni, kalau kita nak ketenangan, kita kena belajar untuk REDHA. Redha apa yang Allah bagi. Redha itu pasangan kita. Redha atas segala ujian Allah.
Kalau satu detik nanti Allah uji takde rezeki jodoh panjang, takde rezeki nak bersama.
“Kalau masih mampu, pegang elok-elok, kalau tak mampu, lepaskan elok-elok.”
Selalulah belajar untuk curi hati suami/isteri. Belajar rebut segala pahala yang Allah nak beri dalam perkahwinan. Belajar jadi orang yang dahagakan pahala.
Perkongsian ini ringkas, mudah difahami. Diharapkan dengan penjelasan dari Ustaz Datuk Kazim ini dapat memberi sedikit pencerahan kepada pasangan berkahwin akan kepentingan bekerjasama, bertoleransi dan memahami suami atau isteri kita.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa je yang tak nak hubungan suami isteri sentiasa bahagia, penuh kasih sayang dan rasa dihargai, kan? Setiap pasangan pasti impikan rumahtangga yang penuh...