Gelagat Anak Shukri Yahya Terkedek-Kedek Minta Didukung Hiburkan Netizen. Little Girl Ayah Betul!

Share

Telatah satu-satunya anak pelakon kacak Shukri Yahaya iaitu si comel Aaira Ameena  membuatkan ramai yang geram dengannya.

Manja dengan panggilan Ameena oleh ayah dan mummy nya, si kecil ini memang amat rapat dengan Shukri. Bahkan wajah mereka juga nampak seiras.

Isteri Shukri, Tya Adnan gemar berkongsi gambar dan video gelagat dua beranak ini. Baru-baru ini Tya ada berkongsi telatah lucu Ameena yang berjalan di sisi ayahnya dan mahu didukung oleh Shukri.

Gayanya berjalan yang terkedek-kedek itu mendapat perhatian daripada netizen sehingga video tersebut mencecah lebih 200,000 tontonan.

Rata-rata netizen memberikan komen geram melihat telatah comel Ameena yang meminta ayah mendukungnya.

Kajian: Bayi Seiras Wajah Ayah Lebih Sihat. Betulkah?

Orang tua-tua ada kata kalau wajah anak perempuan seiras ayah maksudnya dia memang anak ayah sangat atau dengan kata lain manja dengan ayah. Betulkah?

Percaya atau tak dalam satu kajian yang diterbitkan melalui Journal of Health Economics bayi yang seiras wajah ayah didapati lebih sihat.

Sekumpulan penyelidik daripada Binghamton University dan Southern Illinois University telah memfokuskan kajian mereka terhadap 715 buah keluarga yang bermasalah, hampir berpisah, telah bercerai, atau tidak pernah berkahwin, di mana bayi tersebut tinggal bersama ibu masing-masing.

Hasilnya mendapati bahawa bayi yang lebih menyerupai ayah mereka adalah lebih sihat apabila mereka mencapai usia setahun.

Tahap kesihatan ini diukur daripada pelbagai aspek termasuklah penyakit yang dihidapi, berapa kerap masuk hospital dan sebagainya.

Walaupun ia kedengaran seperti tak masuk akal, namun alasannya mungkin tidak begitu mengejutkan anda.

Dikatakan juga ayah lebih cenderung meluangkan masa dengan bayi yang menyerupai wajah mereka.

Dalam kajian tersebut, bayi yang seiras wajah ayah dikatakan lebih sihat kerana ayah lebih banyak meluangkan masa bersama.

Data menunjukkan ayah meluangkan kurang 2.5 hari sebulan jika anak tersebut tidak menyerupai mereka.

Kajian yang dilakukan di negara barat itu memfokuskan kepada kepentingan peranan ayah dalam sesebuah keluarga yang bermasalah atau mengalami perpisahan.

Ia membuktikan yang karektor seorang ayah adalah faktor penting dalam perkembangan fizikal serta pembentukan sahsiah bayi.

Tak semestinya kajian tersebut tepat pada semua orang terutamanya di Malaysia. Walaupun mungkin wajah ayah dan anak perempuan tak seiras langsung tak bermakna mereka tidak boleh menjadi rapat dan memiliki kesihatan yang baik.

Tapi kalau lihat gaya anak Shukri tersebut memang betul bonding yang kuat antara mereka membuatkan Ameena membesar sebagai anak yang ceria, sihat dan sangat rapat dengan mummy dan ayah nya.

Jadi ayah-ayah kenalah rapat dengan anak-anak sebab ia penting mempengaruhi pertumbuhan positif karektor si anak.

Sumber: Instagram tyaadnan & aairaameena

 

 

 

 

Published by
Hasnita Sawal