Gelagat Arif Jiwa Asyraf ‘Berpuasa’ Menghiburkan Hati Netizen

Share

Gelagat dan keletah bayi selebriti Arif Jiwa Asyraf yang turut ‘berpuasa’ sempena bulan Ramadan memang menghiburkan hati netizen.

Ibunya Tya Arifin memuat naik pelbagai foto telatah lucu Arif yang seolah-olah faham umat Islam seluruh dunia sedang menyambut puasa.

Dimulakan dengan foto Arif menyambut kedatangan Ramadan dengan gaya hendak menunaikan solat sunat terawih sudah cukup membuatkan ramai yang geram dengannya.

Hari pertama puasa, pemenang Si Cilik Meletop Anugerah MeLETOP ERA 2018 ini pandai pula beraksi seolah-olah kecur melihat kerepek pisang dalam balang kuih.  Aksinya seolah-olah hanya boleh cium makanan sahaja kerana ‘berpuasa’.

 Akibat terlalu keletihan, Arif akhirnya tertidur sambil memegang sebalang kerepek pisang.

Aksi baru bangun tidur Arif ini paling ‘win’ kerana dengan muka selambanya yang maintain cute, si comel ini gembira dapat makan kerepek pisang di bulan puasa.

Dengan kapsyen lucu yang ditulis oleh ibunya memang ramai yang rasa terhibur melihat telatah si comel ini.

Okay dah memang tak boleh tahan?
Please UncleOnty jgn bgi tau Ibu Arif ye, hari ni je ponteng

Anak Yang Mudah Dijaga

Terkenal sebagai bayi yang mudah tersenyum dan sentiasa riang, Arif yang masih menyusu badan nampaknya tiada masalah mengikut ibunya yang kini sedang berniaga di Celeb Fest Suntec, Singapura.

Tya yang berniaga produk jamunya Mutyara tidak kekok membawa bersama Arif yang mudah dijaga dan tak banyak ragam.

Nampaknya kehadiran Si Pipi Pao ini turut membantu mempromosi produk jualan ibunya di booth tersebut. Walaupun penat ‘berpuasa’ Arif tetap bertahan nak menolong ibunya berniaga.

Ada netizen yang memuji tingkah laku Arif yang sangat baik dan langsung tidak meragam walaupun berada di lokasi yang ramai orang.

Mungkin sebab Arif dah terbiasa mengikut ibunya berjumpa dengan ramai orang di pelbagai lokasi maka dia membesar sebagai bayi yang mudah mesra dengan sesiapa sahaja dan tidak meragam bila berada di lokasi yang ramai orang.

Gelagat Arif yang akhirnya tidur kepenatan tiga jam sebelum berbuka puasa pada 4 Ramadan benar-benar membuatkan ramai netizen geram dengan pipinya yang comel seperti pau itu.

Alamak, memang betullah geram tengok pipi Arif yang gebu dan montel seperti pau. Patutlah ibunya menggelarkan anak kesayangannya Si Pipi Pao.

Pa&Ma mendoakan Arif menjadi anak yang soleh dan sentiasa membahagiakan mummy dan daddy.

Sumber: Instagram arifjiwaasyraf

Published by
Hasnita Sawal