Genap setahun anak dara Fizo Omar dan Mawar, Maryam sentiasa jadi perhatian peminat mama dan daddynya. Ibaratnya Maryam turut dapat tempias populariti tersebut.

Bak kata orang, semakin meningkat umur anak, makin panjang akalnya. Begitulah perkembangan terkini Maryam yang dah mula aktif dan pandai meneroka mengikut apa yang nampak di depan matanya.

Gelagat Cik Yam Main Alat Solek Buat Mawar Terkejut. Kecil-Kecil Dah Pandai Nak Cantik!

Terbaru menerusi perkongsian video terbaru Mawar di instagramnya, menunjukkan gelagat Maryam yang mesra dipanggil Cik Yam yang dah pandai main alat make-up mamanya.

IKLAN

Dengan muka yang tak bersalah, Maryam berjaya buatkan hati mamanya sejuk walaupun dalam keadaan terkejut. Mungkin sebab selalu lihat Mawar bersolek, Maryam pun dah pandai nak tiru gaya mamanya.

Gelagat Cik Yam Main Alat Solek Buat Mawar Terkejut. Kecil-Kecil Dah Pandai Nak Cantik!

IKLAN

Lagi satu gelagat comel Maryam yang berjaya curi perhatian netizen, nampaknya Cik Yam pun dah mula belajar makan nasi kandar.

IKLAN

Menerusi kapsyen yang ditulis oleh Mawar, adakah Cik Yam pun dah mula suka nasi kandar?

Diruangan komen, ramai yang suka melihat gaya Maryam itu. Ada yang kata kecil-kecil dah pandai makan nasi kandar kuah campur.

Nampaknya mama pun dah ada geng makan nasi kandarlah selepas ini.

Gelagat Cik Yam Main Alat Solek Buat Mawar Terkejut. Kecil-Kecil Dah Pandai Nak Cantik!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI