Gelagat Suami Shopping Barang Dapur Waktu PKP. Macam-Macam Skil Keluar!

Share

Memandangkan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini hanya ketua keluarga yang dibenarkan untuk keluar membeli barangan keperluan dapur, kelam kabut dibuatnya! Untuk suami yang sudah biasa mungkin perkara ini mudah.

Artikel Berkaitan: [Balik Dari Kedai Atau Kerja Jangan Terus Sentuh Anak, Kita Tak Tahu Apa Yang Kita Bawa Pulang!]

Untuk yang selama ini sekadar jadi ‘tukang bayar’, mungkin ada sedikit cabaran. Pada waktu inilah kemahiran membeli-belah diperlukan. Mana nak cari barang yang betul, nak buat perbandingan harga lagi. Silap-silap balik salah beli, kena marah pula.

Seperti yang dikongsikan seorang suami, Muzaffar Rahman, dia berkongsi pengalamannya ketika membeli barangan keperluan dapur untuk keluarganya. Rata-rata semua suami memegang senarai barangan yang perlu dibeli atau sedang memegang handphone untuk pastikan tidak tersalah beli.

MACAM TREASURE HUNT

Dah macam “Treasure Hunt” pulak aku rasa. Masing-masing duk tengok kertas. Chek point banyak oo.. kena cari sampai dapat 😆

Isteri masing-masing pakat tulis kat kertas,barang apa nak kena beli.

Seriusnya semua. Boleh pening dibuatnya tengok senarai barangan yang perlu dibeli!
RASA TAK SEDAP HATI, TAKUT SALAH!

Rasa was-was. Ambil gambar,wassap kat isteri. Lagi dasyat ada yang bervideo call.

“Hah tengok,nak yang mana satu??”. 😆

Artikel Berkaitan: [Terpaksa Keluar Rumah Ketika COVID-19, Amalkan Zikir Ini Untuk Perlindungan]

Dalam keadaan sekarang, sekurang-kurangnya dapat melatih suami untuk jadi personal shopper yang terbaik. Lepas ni tak perlu risau tersalah beli dan sebagainya. Tak mustahil, habis tempoh PKP ni, mereka lebih arif soal harga dan jenama produk terbaik.

Published by
Emy H