Gelagat Syatilla di hari sukan sekolah anak, “Minta maaf, baru sedar saya bising sangat lepas tengok video.” Syatilla sering memuat naik video bersama keluarga di media sosial terutamanya di laman Instagram dan TikTok.
Syatilla sememangnya dikenali dengan perangai yang suka melawak dengan keluarganya. Ramai peminat terhibur dengan telatah spontannya itu. Boleh dikatakan setiap video yang dikongsikan oleh Syatilla atau lebih mesra dengan sapaan Tilla mencuri perhatian warga maya.
Baru-baru ini, tular video yang dimuat naik di laman media sosial TikTok Syatilla Melvin yang menarik perhatian warga maya. Di dalam video berkenaan, memaparkan Syatilla Melvin menghadiri hari sukan sekolah bagi memberi sokongan kepada anaknya.
Rata-rata warga maya terhibur dengan video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa Syatilla Melvin namapk bersemangat memberi sokongan ketika anaknya beraksi.
Perkongsian Syatilla mendapat respon di kalangan warga maya. Berikut antara komen-komen warga maya.
Untuk rekod Sam dan Syatilla mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dan turut dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syeriv Samhiezy, 7, Sarima Samhiezy, 4 dan Salama Samheizy, 2 tahun.
Sumber: TikTok Samtilla83
Baca artikel lain juga: Syatilla Melvin Sebak, Bangga Anak Dah Pandai Imamkan Solat Tiada Paksaan, Dia Sendiri Nak
Syatilla Melvin Suka Nama Klasik Untuk Anak Lelaki & Perempuan, Nak Mengandung Lagi Sebelum Umur 40
Moga Terus Tumbuh Sihat Sempurna.” Syatilla Syukur Anak Elok Membesar
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my