
Nak ikut mama pergi kerja, itulah gelagat si comel Yusoff Al Qardawi. Telatahnya ini membuat mamanya rasa dilema untuk meninggalkannya ke pejabat.
Video Yusoff telah dimuatnaik Datin Sri Shahida ke Instagram. Pembantu beliau memujuk Yusoff dan cuba untuk mengambil Yusoff beberapa kali tetapi Yusoff menoleh ke arah mamanya. Ini menunjukkan ikatan yang sangat kuat antara Datin Sri Shahida & Yusoff yang kini berusia 4 bulan.

Video tersebut dimuatnaik dengan kapsyen berikut;
shahidadherbs dilema mak2 nak pergi kerja…dilema nanti rindu dengan si seketul sorang ni…….Korang mcm ni juga x ?
.
Yusoff pun dah pandai x nak ikut bibik…nak ikut mama pergi kerja lah tu???
Para netizen turut berkongsi pengalaman tentang situasi yang dialami mereka seakan-akan sama. Ada juga yang mengatakan ini adalah bukti betapa kuatnya bonding antara anak dan ibu yang menyusukan dengan susu ibu.

Sumber: shahidadherbs

Anak aktif dan hyperaktif pun selalu disalah anggap. Memang ada perbezaan ketara kedua-duanya. Apakah perbezaannya? Ikuti rencangan TV Pa&Ma 30 Oktober 2018, jam 12 tengah hari dan ulangannya 9 malam di Astro Prima & Astro Maya HD.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Elak Beli Mainan Made In China, Doktor Kongsi Kesan Pada Otak Bayi Jika Mainan Dimasukkan Ke Dalam Mulut

Kita selalu belikan barang mainan pada anak-anak kan, kadang-kadang tak tengok pun dari mana mainan itu diperbuat betul?
Barang-barang mainan sebenarnya haruslah bebas daripada PVC atau mengadungi logam plumbum dan arsenik.
Ini kerana mengikut kajian banyak barang mainan kanak-kanak buatan negara Cina mengandungi toksin.

Menurut perkongsian Dr. Hamid Arshat, Barang-barang bertoksin mempunyai kesan buruk tehadap otak bayi!
Bayi memang suka memasukkan mainan ke dalam mulut dan menggigit barang mainan. Jadi elakkan membeli alat permainan dari negara Cina.
Selain alat permainan, racun serangga dalam pelbagai bentuk seperti semburan, pelet dan kertas pelekat juga merbahaya bila terkena pada bayi. Waspadalah dengan penggunaan semburan racun serangga!
Baca:
Buat Sendiri Serunding Halia Ikan Bilis Untuk Makan Ketika Berpantang, Lebih Murah & Sedap!
“Tak Lepas Tangan Jebat” Hantar Anak Menunaikan Umrah, Netizen Puji Sharnaaz Selalu Ada Untuk Jebat
Berbagai jenis pencemaran dan keracunan berada di persekitaran kita. Jauhkan bayi daripada bahan-bahan tersebut demi untuk menentukan pertumbuhan otak yang sihat.
Selain itu, Dr Hamid turut berkongsi bagaimana cara terbaik bagi merangsang otak bayi.
Apakah cara-cara terbaik untuk merangsang otak bayi?
Rangsangan sensori:
- Rangsang pendengaran
- Rangsang penglihatan
- Rangsang sentuhan
Menggalakkan gerakan motor:
- Meniarap dan menyelar (gerakan menjalar) . Gunakan Crawling Track.
- Meningkatkan imbangan/balancing
- Merangsang pertuturan bahasa dengan percakapan dan flash card.
- Meningkatkan kawalan dan pergerakan berkoordinasi.
Mana lebih penting – baka atau persekitaran dalam perkembangan otak?
Ramai yang berfikiran bahawa kepintaran dan kecerdasan otak hanya dipengaruhi oleh baka dan genetik. Anggapan seperti ini tidak tepat. Malah faktor persekitaran memainkan peranan lebih penting daripada faktor baka.
Baka dan genetik hanya menyediakan prasarana otak iaitu pembentukan berbillion sel-sel neuron dan rangkaian trillion dendrites dan synapses. Persekitaran yang terdiri daripada pengalaman, rangsangan, pendidikan dan pendedahan sangat penting untuk menjadikan otak cerdas dan pintar.
Sumber: Dr. Hamid Arshat

Cara mudah nak latih anak suka solat, jom sertai Kem Solat 2023. Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-mega-bintang-kecil-2023/ untuk daftar
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tak Ramai Yang Tahu, Uyaina Kongsi Kelebihan Cium Baby “Mak-Mak Kena Cium Selalu”

Tak sah kalua tak mencium anak setiap hari. Bagi Uyaina Arshad yang kini sedang berpantang anak keduanya, mencium bayinya menjadi amalan wajibnya setiap hari.
Menerusi media sosialnya, Uyaina turut berkongsi kelebihan cium bayi bagi ibu-ibu yang ramai tak tahu. Jom ikuti perkongsian ibu anak dua ini.
“My favourite bau. Siapa gomol anak korang macam ni jugak kita geng!
“Anyway, nampak macam biasa je kan kiss baby? But I wanna share this amazing info with all the Mamas about the health benefits of kissing your babies.
“Tahu tak dengan mencium bayi, sebenarnya kita mengambil kuman yang hidup di kulit mereka melalui mulut kita, dan kemudian berubah menjadi antibodi dalam susu ibu?

“Jadi dengan menyusukan bayi, anda sebenarnya menghasilkan antibodi yang diperlukan dan menghantarnya melalui susu ibu untuk memperkuat bayi anda melawan bakteria-bakteria tersebut secara dalaman dan kekal imun terhadap jangkitan.
“Hanya dengan ciuman dari seorang ibu, imun badan anak kita akan menjadi lebih kuat,” kongsi Uyaina menerusi kapsyennya.

Pun begitu pesan Uyaina, biar hanya ibu yang melakukan amalan ini tetapi tidak orang lain terutama orang yang datang berkunjung kerana ia membawa kuman kepada bayi itu sendiri. Elakkan!

“So Mamas, kiss your babies a lot! 🥰 Mama je tau. Orang lain yang bukan mak baby tu jangan cium anak orang sebab boleh bawak penyakit kat baby tu. Hope this helps,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Uyaina selamat melahirkan bayi keduanya pada 17 Mei yang lalu dan kini sedang berpantang.
Menarik: Mona Allen Selamat Bersalin Anak Kedua Timang Bayi Lelaki/
Dato Siti Nurhaliza Tak Fokus Hamil Lagi, Mahu Jaga Kesihatan, “Dulu Ada Masalah Uri Melekat”
“Baby Alhamdulillah Sihat” Leeyana Rahman Lega Nak Masuk Trimester Kedua, Idam Dapat Anak Lelaki/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
10 Langkah Betul Membekukan Makanan Bayi. Boleh Jimat Masa!

Membekukan makanan bayi adalah tip mudah yang boleh menjimatkan masa ibu dalam menyediakan makanan untuk si manja.
Semua ibu ingin menyediakan sendiri makanan untuk bayi mereka. Jika boleh ibu mahu memberikan makanan yang dimasak sendiri berbanding makanan bayi segera.
Bagi ibu yang bergelar suri rumah tentu sahaja ia tidak menjadi masalah tetapi bagi ibu yang bekerja, kadangkala kekangan masa membataskan ibu untuk menyediakan makanan bayi setiap hari.
Jangan risau tentang hal tersebut, ada penyelesaiannya di mana ibu tetap boleh menyediakan makanan bayi setiap hari dan dalam masa yang sama boleh menjimatkan masa. Bagaimana?
Pernahkah anda terfikir untuk menyimpan stok makanan bayi seperti mana membekukan stok susu ibu perahan dalam peti sejuk? Bolehkah?
Tahukah anda, kita sebenarnya boleh menyejukbekukan makanan bayi sebagai stok yang boleh menjimatkan masa penyediaan. Tetapi sebelum membuat stok makanan bayi sejuk beku anda perlu tahu beberapa perkara penting.
Ini kerana perut bayi lebih sensitif berbanding orang dewasa, jadi kita perlu mementingkan kebersihan ketika menyediakan makanan bayi.
1. Apa jenis makanan boleh beku?
Ketahui jenis makanan yang boleh dibekukan. Antara buah-buahan yang boleh dibekukan adalah epal, pir, pisang, sayur-sayuran pula seperti brokoli, kacang peas, kentang, labu dan sebagainya lagi.

2. Penyimpanan
Biarkan dahulu makanan yang sudah dimasak itu sejuk, kemudian masukkan dalam bekas-bekas kecil yang berpenutup atau bekas khas untuk membekukan makanan bayi.
Jika menggunakan bekas ais batu, setelah makanan membeku, alihkan ia ke dalam freezer bags dan simpan kembali ke dalam peti ais bahagian sejuk beku. Jangan lupa keluarkan udara yang ada di dalam plastik tersebut sebelum ia dimeterai.
3. Proses membekukan makanan
Simpan puri makanan yang hendak dibekukan ke dalam bekas ais yang mempunyai tutup supaya tiada bakteria masuk ke dalamnya.

4. Pentingnya label
Labelkan tarikh makanan disediakan pada makanan beku bayi. Kaedah sejuk beku ini dapat bertahan sehingga empat ke enam bulan tetapi untuk makanan bahan berprotein seperti ayam, ikan dan daging ia hanya bertahan sehingga dua bulan. Bagaimanapun seeloknya habiskan dalam masa kurang sebulan.
5. Had masa
Makanan bayi yang belum dibekukan hanya boleh berada di dalam peti sejuk (bukan tempat dingin beku) maksimum selama 48 jam sahaja.

6. Tak lebih 2 jam
Sekiranya mahu sejukkan makanan bayi sebelum dikisar menjadi puri, pastikan tidak melebihi dua jam dalam suhu bilik kerana bimbang akan membiakkan bakteria ke dalam makanan.
7. Jangan beku semula
Jangan bekukan semula makanan yang sememangnya sudah beku. Ia dikecualikan bagi makanan mentah beku yang boleh dibekukan apabila sudah dimasak. Contohnya kacang pis beku yang sudah dimasak boleh dibekukan.
8. Panaskan tak lebih sekali
Jangan panaskan makanan lebih daripada sekali.

9. Cara memanaskan makanan beku
Untuk menghidangkan semula makanan yang disejuk beku, anda hanya perlu merendamnya ke dalam air suam atau air biasa atau biarkan sahaja berada pada suhu bilik selama beberapa ketika.
10. Tak habis, buang sahaja!
Jangan simpan semula sisa makanan beku yang sudah dipanaskan tetapi tidak habis dimakan oleh bayi anda.
Mudah bukan? Jika anda mengikut dengan betul langkah untuk membekukan makanan bayi, sudah tentu anda dapat menjimatkan masa menyediakan makanan sihat si manja. Paling penting anak tersayang dapat makan makanan berkhasiat air tangan ibu sendiri.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!


