Memakaikan bayi dan kanak-kanak barang kemas memang cantik, tapi boleh mengundang bahaya jika tidak dipantau. Si kecil terdedah kepada pelbagai bahaya!
Memang nampak cantik dan comel, tapi hati-hati kerana ia boleh menyebabkan kecederaan kepada si kecil. Lebih-lebih lagi pada musim perayaan yang bakal menjelang tiba. Eloklah sekiranya ia dipantau dan langkah keselamatan diambil lebih awal untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini.
Perkongsian di Facebook ini boleh dijadikan panduan kepada ibu bapa. Pemakaian barang kemas juga boleh menyebabkan kecederaan kepada bayi;
Peringatan PENTING buat ibu yg suka pakaikan anak gelang tangan emas/silver…
Gelang tangan yg dipakai pada anak termasuk kedalam celah soket plug & menyebabkan kecederaan akibat litar pintas.
Beringat ye. Kalau boleh masa bayi ni tak perlu pakaikan gelang tangan. Lebih-lebih lagi kalau emas. Bahaya juga kalau tiba-tiba diragut.
Jadi beringat ye. Semoga bermanfaat.
Perkongsian ini menerima pelbagai reaksi daripada para netizen. Ada yang mengakui anak tidak selesa memakai barang kemas walau pun ia kelihatan cantik, boleh menggugat keselamatan diri anak dan meningkatkan risiko kecederaan.
RISIKO KECEDERAAN TINGGI
Ads
PERLU SENTIASA BERINGAT
FIKIRKAN KESELAMATAN ANAK
ANAK NAMPAK TAK SELESA
RISIKO PEMAKAIAN BARANG KEMAS KEPADA BAYI DAN KANAK-KANAK
Ads
#1: Tersedak/ Tercekik
Bayi pada fasa tertentu gemar meletakkan segala-galanya ke dalam mulut. Gelang dan rantai boleh terputus atau batu permata kecil, manik boleh tertelan dan kanak-kanak. Ini boleh menyebabkan mereka tersedak. Walaupun sesetengah pengeluar membuat pelbagai yang barang kemas tidak mudah putus atau pecah tiada jaminan kuat.
Anting-anting juga menimbulkan risiko tersedak apabila kanak-kanak membukannya sendiri dan memasukkannya ke dalam mulut. Kanak-kanak sentiasa mencari cara untuk buat ‘kejutan’ anda, dan tidak mungkin untuk mengawasi anda pada setiap masa.
#2: Menjerut
Rantai berisiko tinggi menyebabkan bayi/ kanak-kanak tercekik ketika sedang tidur. Rantai leher misalnya mempunyai risiko tinggi menyebabkan si kecil tercekik akibat leher terjerut.
#3: Keracunan plumbum (lead)
Keracunan plumbum adalah keadaan serius yang boleh menyebabkan kerengsaan, kelewatan perkembangan, ketidakupayaan pembelajaran, sawan, keletihan dan penurunan berat badan antara lain. Terdapat laporan seperti ini dari Pusat Penyakit dan Pencegahan Penyakit (CDC) kanak-kanak yang mengalami keracunan plumbum disebabkan pendedahan kepada perhiasan yang mengandungi plumbum.
#4: Risiko tersangkut & diseret
Kebanyakan perhiasan mempunyai kepingan kecil seperti untaian, rantai dan pencangkuk. Bahagian ini boleh tersangkut dan mengganggu pergerakan si kecil semasa bermain atau bergerak. Bayangkan jika rantai tersangkut pada sesuatu yang bergerak, anak boleh disentak dan boleh menyebabkan kecederaan.
#5: Alahan
Barang kemas diperbuat daripada alahan kepada logam tertentu, terutamanya kepada nikel. Yang sering digunakan dalam perhiasan dan boleh menyebabkan ruam, kemerahan dan banyak lagi. Keadaan kulit yang kerap ini sering dikenali sebagai dermatitis dan boleh menyebabkan si kecil tidak selesa.
Ads
#6: Risiko ragut/ jenayah
Pemakaian barang kemas juga mendedahkan si kecil kepada bahaya diragut atau kecurian. Tidak dinafikan sudah banyak terjadi kejadian sebegini hingga boleh menyebabkan si kecil trauma dan cedera.
#7: Logam toksik
Majoriti perhiasan yang dikenang disebabkan oleh tahap tinggi logam berat, termasuk timbal, antimoni, kadmium, dan barium. Walau pun kandungannya mungkin kecil, memakai perhiasan ini dalam tempoh lama boleh menyebabkan kesan toksik.
Gembira ibu Ainul Mardhiah apabila doktor Malaysia, Dr Amalina Bakri yang sedang bertugas & melanjutkan pelajaran di UK sedia membantu.
Ibu Ainul Mardhiah, 8 bulan yang mengalami kanser Germ Cell Tumor, Nurul Erwani Zaidi mengatakan Dr Amalina telah pun menghubunginya menerusi aplikasi Whatsapp selepas berhubung melalui mesej di Instagram.
“Petang semalam (waktu Malaysia) Dr Amalina ada hubungi saya di WhatsApp, dia beritahu akan bantu Ainul Mardhiah,” kata Nurul Erwani Zaidi, 24, ibu kepada bayi lapan bulan, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin yang menghidap kanser Germ Cell Tumor.
Nurul Erwani berkata, Dr Nur Amalina Che Bakri cuba menghubunginya dengan membuat carian di Instagram (IG) sebelum mereka berhubung melalui mesej di media sosial itu.
Katanya, selepas mendapat mesej di IG, dia memberikan nombor telefonnya kepada Dr Amalina sebelum doktor yang berpangkalan di United Kingdom (UK) itu menghubunginya menerusi WhatsApp.
MEMINTA LAPORAN PERUBATAN
Nurul Erwani juga menyatakan dalam perbualan mereka, Dr Amalina turut memminta laporan perubatan anaknya untuk membawa isu berkenaan kepada doktor di sana termasuk pakar dalam bidang masing-masing dan akan sentiasa berhubung dengan Nurul Erwani.
“Begitupun, Dr Amalina juga beritahu yang UK sedang cuti umum dua hari, jadi dia hanya dapat kemukakan kepada doktor lain laporan perubatan itu, minggu depan (ini) dan akan terus menghubungi saya selepas bermesyuarat dengan doktor lain,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
IBU GEMBIRA KERANA SUDI CARI JALAN PULIHKAN AINUL
Menurut Nurul Erwani, sebagai ibu, dia gembira apabila ada doktor dari luar negara sudi membantu mencari jalan memulihkan penderitaan yang dialami Ainul Mardhiah.
DR AMALINA INGIN MEMBANTU
Sebelum ini, Dr Amalina menerusi Instagram beliau telah memuat naik status kecenderungannya menjadi doktor untuk membantu orang lain dan mengutarakan penyakit dialami Ainul Mardhiah.
KES AINUL DIANGGAP KOMPLEKS
Dalam statusnya berkenaan dia ada menyatakan yang dia menerima laporan perubatan Ainul Mardhiah daripada Nurul Erwani, malah juga menghubungi beberapa rakan doktornya daripada pelbagai bidang kepakaran untuk membincangkan kes yang dianggap kompleks itu.
“Tolong bagitahu Allah untuk menghantar semula Mamajee hanya satu minit. Yang saya perlukan adalah satu minit, hanya satu minit, dan saya akan kembali kepada Allah.”
Begitulah luahan Fatimah kepada ibunya dan luahan tersebut di muatnaik di instagram The Family UK. Fatimah sememangnya sangat akrab dengan bapa saudaranya dan keakraban mereka memang diketahui ramai kerana sering memuatnaik gambar serta video bersama.
Arwah Chef Adam Mahamed Ismail, juara Hero Oven musim ke-2 meninggal dunia pada umur yang sangat muda iaitu pada umur 29 tahun akibat jangkitan kuman pada paru-paru.
Last week, Fatimah managed to go to school for only two days. She had another breakdown on Wednesday, 12th June. It was really heartbreaking to witness her pain. At first, no sounds came out of her mouth, only the tears streaming down her face. Then finally, her voice broke the silence. She said, “Please call Auntie Love…I need her to help tell Allah to send back Mamajee for just one minute. All I need is one minute. Just one minute, and I will return him back to Allah.”
Terjemahan:
Minggu lepas, Fatimah berjaya pergi ke sekolah selama dua hari sahaja. Dia mula jatuh sakit pada hari Rabu, 12 Jun. Sungguh menyayat hati untuk menyaksikan kesakitannya. Pada mulanya, tiada bunyi keluar dari mulutnya, hanya air mata yang mengalir di wajahnya. Akhirnya, suaranya memecah keheningan. Dia berkata, “Tolong hubungi Auntie Love … Saya memerlukannya untuk membantu memberitahu Allah untuk menghantar semula Mamajee hanya satu minit. Yang saya perlukan adalah satu minit, hanya satu minit, dan saya akan kembali kepada Allah.”
Ibu Fatimah kemudian memuat naik status seterusnya di instagram The Family UK. Gambar tersebut menunjukkan perbualan antara ibu Fatimah dan Pelakon serta pengacara terkenal tanah air, Neelofa. Di fahamkan, arwah Adam merupakan bapa sepupu kepada Neelofa.
Last week, Allah sent us an angel all the way from the holy land of Makkah. I’ve been meaning to share this since last week, but I couldn’t find the right words to match the amount of love and support she has given us. She may not be here with us physically, but she has put in lots of effort and sacrificed her time for us. She spoke to Fatimah and showed her the house of God – the Ka’abah, trying to soothe the little girl with a broken heart.
And not only that, she stayed longer until after Isha’ prayer in front of the Ka’abah then called back to speak to Omar Mukhtar and Ali. She also checked on Fatimah to see how she was. No words could describe how blessed we were to have such a beautiful angel showering us with her love and prayers. May Allah bless her beautiful soul and keep her safe from any harm. Mamajee would be so happy to know that his dearly beloved are being surrounded by so much love from their Auntie Love.
Rata-rata sebak membaca perkongsian sayu daripada Fatimah. Mereka mendoakan agar keluarga ini terus kuat dan sabar menghadapi ujian kehilangan orang tersayang.
Stay strong Fatimah
Oh god, tears
Saya mampu doakan Fatimah dan keluarga diberi kesabaran dan kekuatan
Sekelip mata berlaku dan tanpa disedari ahli keluarga. Itu yang berlaku pada seorang bayi perempuan apabila maut dilanggar bas sekolah dalam kejadian di hadapan sebuah rumah di Taman Anggerik, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang pada Khamis.
Ketua Polis Daerah (IPD) Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 12.15 tengah hari.
“Siasatan mendapati mangsa berumur setahun empat bulan mengekori kakaknya keluar dari rumah untuk pergi ke bas sekolah di hadapan rumahnya, tanpa disedari oleh kakak mangsa.
“Pemandu bas berkenaan kemudian menyedari bas yang dipandu telah melanggar sesuatu dan mendapati mangsa berada di bawah bas tersebut,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Parah di kepala dan badan
Beliau berkata, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan beberapa bahagian di badan.
“Mangsa kemudiannya dibawa ke Klinik Kesihatan Salak dan disahkan meninggal dunia.
“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Putrajaya untuk bedah siasat,” katanya.
Menurutnya, siasatan lanjut berkaitan kejadian masih dijalankan.
“Pemandu bas merupakan seorang lelaki tempatan berumur 50 tahun ditahan untuk siasatan lanjut.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.