“Takutnya saya. Anak pertama sunat. Macam mana la nak jaga. Luka melekit-lekit tu saya seriau. Nak cuci takut sakit.”
Jangan risau. Sebab kita beruntung ada seorang doktor, Dr. Adelin Zin yang baik hati berkongsikan ilmu ini.
Kata Dr Adelin sembuh luka sunat ni tak sama setiap anak, hatta adik beradik pun. Biasanya ambil masa sekitar seminggu ke 3 minggu.
Kenapa ada yang sampai 3 minggu? Sebab ada zakar yang tenggelam menyebabkan luka nya lambat kering. Jadi kena continue bersihkan dan keringkan sampai semua keropeng tanggal.
Yang penting, setiap kali lepas buang air atau mandi memang kena keringkan. Anak biasanya meraung tak bagi sentuh, jadi pandai-pandailah parent pujuk. Paling koman, suh tadah depan kipas kasi kering.
Jangan letak apa-apa serbuk dari sengsei ya, sebab ada yang letak sampai busuk bau burung anak nya, terpaksa doktor bersihkan sebab melekat-lekat serbuk sensei tu.
Makan pun tak perlu berpantang sangat-sangat. Protein penting untuk penyembuhan luka. Kalau anak takde apa-apa alahan, makanlah sekadarnya yang penting berkhasiat. Bukan janji dengan anak habis je pantang ni seminggu abah belanja kepci 😅
Terakhir yang perlu anda watch out adalah senarai seperti dibawah. Kalau ada bleed sikit-sikit masa hari pertama dan kedua itu biasa. Tekap je dengan tisu bersih dalam seminit dua, kalau still tak berhenti bawa jumpa doktor. Tapi kalau ada tanda-tanda yang lain tu, cepat-cepat bawa ke klinik ye untuk pemeriksaan lanjut.
Semoga semua anak-anak yang bersunat tahun ni cepat sembuh dan boleh beraktiviti seperti sediakala. Asbab dah bersunat tu maka ibu bapa kena ajarkan lah anak-anak supaya menjaga kemaluan mereka terutamanya dari zina dan maksiat, ok?
*Setiap kali tengah berkhatan pasti saya doakan anak-anak yang saya sunatkan tu terpelihara dari perkara yang dilarang Allah swt. Semoga Allah makbulkan doa kecil saya, ameen 🤲🏻
Ramai dari kalangan kita tidak percaya penyakit misteri. Tapi hakikatnya ada berlaku. Cuma bagaimana kita merawatnya mestilah dengan penawar sesuai dan tak membelakangkan Allah.
Usaha dan tawakal penting untuk pastikan keadaan kembali pulih. Begitu juga kes yang berlaku kepada seorang kanak-kanak Tuah Luthfi yang sebelum ini mengalami masalah gegata sehingga badannya mengalami luka teruk.
Menerusi perkongsian di Facebook Ustaz Norazri Medzlan telah mendapat perhatian terutamanya bagi golongan ibu bapa..
Kalau kena gegata jangan dibuat main
Jelas posting berkenaan, beliau menerangkan penyakit gegata yang ditanggung kanak-kanak tersebut bukan disebabkan alergik malah akibat diganggu mahluk halus. Dalam erti kata lain, diludah oleh jin.
Gegata naik masa tertentu lepas Asar hingga Subuh
Menurutnya lagi, ludah jin kebiasaanya akan berlaku selepas asar sehingga subuh. Sesudah itu, gegata itu hilang dan kembali seperti normal.
Tetapi kes yang terjadi pada adik Tuah Luthfi ini semakin melarat kerana sudah dibiarkan terlalu lama sebelum mengambil keputusan untuk berubat.
Luka Seluruh Badan
Rawatan Ruqyah Dan Azan
Masalah gegata makin kurang
Lepas jalani rawatan hospital dan Islam nampak perubahan
Alhamdulillah adik Tuah dah pulih, tinggal parut sikit lagi
Menerusi ruangan komen, ayah kepada adik Tuah Luthfi, Encik Azuan Shah Jaafar memuat naik gambar terbaru anaknya dengan komen yang menyatakan anaknya semakin pulih dan baik, cuma tinggal kesan-kesan parut ada sikit lagi dan hampir hilang.
Menurut Azuan, Tuah Luthfi kena masa umurnya 1 tahun 6 bulan. Masa tu belum pandai cakap lagi dan hanya merengek sakit serta tak selesa. Waktu itu air matanya juga keluar darah sehingga doktor terpaksa bagi ubat tahan sakit.
Menurut portal JKJAV, maklumat yang diperolehi daripada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS), Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan(FDA) Amerika Syarikat, Persekutuan Antarabangsa Ginekologi dan Obstetrik (FIGO), Kolej Diraja Obstetrik dan Ginekologi (RCOG), Kolej Obstetrik dan Ginekologi Amerika (ACOG) telah mengesahkan kebaikan mengambil vaksinasi semasa hamil.
Walaupun ibu hamil dibenarkan mengambil vaksin, namun ada tempoh-tempoh atau usia kandungan yang diberikan. Jadi Ibu hamil dan menyusu perlu mengemaskini maklumat anda di dalam MySejahtera.
Buka Apps MySejahtera
Klik jika hamil atau menyusu
Isi tarikh jangkaan bersalin
Bagi ibu menyusu boleh klik ‘ya’ dalam kolum ibu menyusu
Setelah selesai, sila klik ‘hantar’. Detail anda akan di update di bahagian assesment.
Kenapa penting untuk ibu hamil dan menyusu kemaskini maklumat anda di MySejahtera? Ini bagi memudahkan KKM untuk mengetahui status anda terkini dan memberikan vaksin yang sesuai untuk keadaan anda.
Doktor selebriti, Dr Say turut berkongsi banyak permohonan untuk mendapatkan vaksin terpaksa ditolak walaupun mereka ini sudah sampai ke tempat vaksinasi atas banyak faktor. Ikuto perkongsian ini.
Topik : Sebelum Datang Amik Vaksin AZ, Check Dulu Kalau…
Ampun sy terlambat buat post ni. Lepas 3 hari consult mereka yg ingin mendapatkan vaksin AZ di PWTC & lepas tolak beberapa permohonan akibat tidak memenuhi syarat yg ditetapkan, sy rasa lebih baik sy cerita kat sini conditions yg akan menyebabkan permohonan anda mungkin ditolak. Supaya anda tidak membazirkan masa & tenaga dari perjalanan & beratur. Sebelum tu sy ingin jelaskan yg conditions ini mungkin berubah dari semasa ke semasa bergantung kepada kelangsungan kajian yg sedang dilakukan. So let’s go:
1) UMUR KURANG DARIPADA 18 TAHUN (umur < 18 tahun). Sy tahu ramai tau benda ni tapi kami ada didatangi mereka yg 17 tahun 4 bulan, 17 tahun 8 bulan malah 17 tahun 11 bulan. Akan tetapi mostly kami reject sebab keselamatan & keberkesanan vaksin AZ kepada golongan ni masih terhad.
2) POSITIF COVID KURANG DARIPADA 3 BULAN. Contohnya PCR swab kalian positif on 1 Jun (Nauzubillahiminzalik) maka kalian tak dibenarkan amik vaksin AZ sehinggalah 2 September. Kenapa? Sebab utamanya adalah kita nak utamakan mereka yg tiada antibodi terhadap Covid-19 sebab mereka yg dah dijangkiti akan develop antibodi terhadap Covid-19.
3) MENGANDUNG ATAU PLANNING UNTUK MENGANDUNG. Sebabnya masih kekurangan data terhadap golongan ini. Kalau nak mengandung juga silalah tunggu sekurang2nya 1 bulan selepas 2nd dose AZ. Untuk yg TTC digalakkan mendaftar & mengambil vaksin seperti biasa. Namun bagi TTC yg akan atau sedang menjalankan rawatan fertiliti, digalakkan untuk berbincang dengan pakar anda terlebih dahulu bagi perancangan yg terbaik.
As for now inilah conditions yg sekiranya anda ada, better tangguh niat anda nak dapatkan vaksin AZ. Sekali lagi sy ulang, keadaan ni mungkin berubah dari semasa ke semasa. In terms of alahan kepada makanan/ ubat2an, low immunity macam cancer/ HIV/ on immunosuppressant medications & keadaan yg lain2 ahaa boleh je hadir ke Pusat Pemberian Vaksin & tanya doktor yg meng-consult anda. Kalau nk sy terangkan satu persatu jenuhhh.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI
WEBINAR AKU TAK TAKUT BERANAK
Sertai Webinar keibubapaan terbesar dianjurkan tahun ini. Pastikan anda bersama kami untuk bersama-sama mendapat ilmu dan peluang memenangi pelbagai hadiah.
Webinar PERCUMA ini membariskan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
🔸 27 JUN 2021
🔸 8.00 PAGI – 10.00 MALAM
🔸 Secara virtual di platfotm ZOOM
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone 📱
Meneran adalah satu kemahiran yang perlu ada semasa proses kelahiran. Meneran dengan betul membantu mempercepatkan proses bersalin serta boleh mengelakkan pelbagai komplikasi kepada ibu dan bayi.
Mungkin ramai ibu yang tertanya-tanya cara meneran dengan betul bagi melicinkan proses kelahiran bayi. Ada yang keliru cara teran dan meneran pada muka menyebabkan rasa penat dan bayi tidak dapat dikeluarkan dengan efisien. Bayi yang hampir dikeluarkan pun boleh distress kerana terlalu lama di saluran peranakan.
Bagi ibu baru atau pertama kali melahirkan secara normal, ia mungkin agak sukar. Tambahan lagi setelah bergelut dengan kontraksi yang semakin kerap dan lama, ibu boleh jadi keliru! Oleh itu bimbingan & nasihat daripada perawat dan petugas perubatan perlu dipatuhi.
Dr Sharina Mohd Razali, Pakar Perbidanan & Sakit Puan, Columbia Asia Bukit Rimau berkongsi tentang cara meneran bersalin yang betul. Katanya cara yang betul ialah seperti meneran ketika membuang air besar.
“Para ibu perlu menghindari teran pada muka kerana ia cara yang salah dan boleh menyebabkan anda berasa cepat penat. Ini adalah kesilapan yang sering kali terjadi terutamanya bagi ibu pertama kali yang tidak mempunyai pengalaman bersalin normal.”
12 TIPS CARA MENERAN SEMASA BERSALIN
Angkat kepala sehingga dagu mencecah dada.
Mata memandang ke arah perut.
Tangan pegang pergelangan kaki.
Elakkan mengeluarkan suara ketika meneran. Simpan tenaga untuk meneran
Jangan sesekali angkat punggung agar luka tidak melibatkan dubur.
Tarik nafas dengan dalam dan teran seperti keadaan membuang air besar.
Pastikan anda tidak mengeluarkan nafas dengan kuat.
Teran sekuat – kuatnya selama yang boleh (selama 10 saat sekiranya boleh).
Rehat dan relaks ketika tiada kontraksi. Basahkan bibir dengan air dengan bantuan suami.
Curi nafas dan teruskan meneran di setiap kontraksi.
Dengar arahan jururawat dan doktor
Elakkan menjerit – jerit supaya pembaziran tenaga dapat dielakkan.
POSTUR BADAN
Postur badan perlu dipastikan sesuai supaya memudahkan ibu untuk meneran. Caranya ialah dengan;
Berbaring dengan keadaan kedua belah kaki terbuka luas.
Kedua-dua kaki dilipatkan sedikit ke belakang.
Bahagian belakang akan ditinggikan bahagian sedikit.
Cuba pegang pada tumit atau meletakkan kaki pada penyokong besi yang disediakan.
BEREHAT UNTUK MENGELAKKAN PEMBAZIRAN TENAGA
Proses meneran memerlukan tenaga. Anda disarankan berehat sebelum proses bersalin aktif untuk mengelakkan pembaziran tenaga. Berjalan-jalan di sekitar wad boleh dilakukan sekiranya ia bertujuan untuk menenangkan fikiran dan mengurangkan tumpuan kepada perasaan sakit.
Sesetengah pakar perbidanan juga berpendapat berjalan semasa proses awal bersalin boleh membantu mempercepatkan proses bersalin kerana tekanan kepala bayi pada serviks.
AMBIL SNEK RINGAN BAGI MEMBERIKAN TENAGA
Anda dibolehkan mengambil snek ringan sebelum masuk ke dewan bersalin. Antara snek yang boleh diambil ialah seperti roti, minuman berkhasiat dan buah-buahan seperti pisang. Makanan ringkas dan berkhasiat diambil dalam kuantiti yang kecil sebagai mengalas perut dan membekalkan tenaga untuk meneran.
Menurut Dr Sharina, kenyataan mengenai ibu yang ingin bersalin tidak dibenarkan adalah tidak benar sama sekali kecuali pada kes yang telah dijadualkan melahirkan menerusi pembedahan secara elektif. Manakala sepanjang masa di dewan bersalin, ibu diberikan air dalam kuantiti sedikit seakan-akan seperti membasahkan bibir dengan air untuk mengelakkan kehausan.
Kurma boleh dijadikan snek semasa dalam proses kelahiran.
ELAKKAN MENERAN TERLALU AWAL
Ibu perlu mengelakkan diri dari meneran terlalu awal iaitu sebelum bukaan serviks 10sm kerana ia boleh menyebabkan ibu berasa penat dan memberikan stres berlebihan kepada bayi. Meneran terlalu awal juga boleh menyebabkan serviks terkoyak.
PEKA ARAHAN PETUGAS PERUBATAN
Dengar dan sentiasa peka kepada arahan yang diberikan oleh doktor dan jururawat yang bertugas. Teran apabila disuruh dan tahan apabila tidak perlu teran. Hal ini penting kerana doktor atau jururawat hanya akan memberi arahan teran setelah memantau kontraksi menerusi bacaan CTG dan keadaan bayi.
AWAS! Menghembus nafas dengan kuat semasa meneran akan menyebabkan anda jadi cepat letih. Jika anda mempunyai masalah pernafasan seperti asma, beritahu doktor atau jururawat yang bertugas. Jangan lupa bawa ubat-ubatan seperti metered dose inhalers.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.