Menerusi perkongsian oleh pakar perubatan swasta, Dr. Ahmad Samhan di kumpulan Telegramnya, antara kesan menahan bersin termasuklah pecah gegendang telinga.

Selain itu katanya, perbuatan itu juga boleh menyebabkan jangkitan pada telinga.

“Menahan bersin juga boleh menyebabkan patah tulang rusuk, cedera pada tekak dan cedera pada diafragma.”

“Lebih membahayakan, ia juga boleh menyebabkan saluran darah otak pecah dan merosakkan saluran darah, mata, hidung dan telinga,”,” ujarnya.

Ads

Dalam pada itu, merujuk Public Health, seorang lelaki berusia 34 tahun terpaksa dikejarkan ke wad kecemasan selepas mengalami kecederaan serius pada tekaknya. Puncanya? Hanya kerana dia cuba menahan bersin.

Gemar Tahan Bersin Bawa Kesan Buruk, Jangan Biasakan!

Ads

Lelaki tersebut merasakan seperti berlaku letupan kecil di bahagian tekaknya, diikuti dengan kesakitan yang mendalam. Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat bengkak ketara di bahagian tekak dan lehernya. Imbasan X-ray kemudian mengesahkan bahawa tekaknya telah pecah, menyebabkan angin yang disedut melepasi rekahan di saluran pernafasan dan masuk ke tisu berhampiran.

Ads

Bersin adalah mekanisme semula jadi tubuh untuk menyingkirkan habuk, kuman, atau iritasi pada hidung. Proses ini melibatkan tekanan tinggi dalam dada yang dilepaskan dengan sangat kuat dan laju. Jika bersin ditahan secara paksa, tekanan ini boleh menyebabkan kecederaan serius, termasuk merosakkan saluran darah, mencederakan organ, serta memberi kesan buruk kepada sistem pernafasan.

Justeru, penting untuk tidak menahan bersin. Sebaiknya, bersinlah dengan selamat – tutup hidung dan mulut menggunakan lengan atau kain bagi mengelakkan penyebaran kuman. Langkah mudah ini bukan sahaja melindungi diri, tetapi juga orang di sekeliling daripada risiko jangkitan.

Kesimpulannya, bersin adalah tindak balas semula jadi tubuh yang tidak sepatutnya dihalang. Biarkan ia berlaku secara normal untuk memastikan kesihatan pernafasan kekal terjaga.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI