Sebelum ini Datuk Jamal Adillah ada memaklumkan isteri kesayangannya, Datin Zai Izzati Khiruddin akan melalui proses kelahiran secara pembedahan.
Terbaharu, dia berkongsi berita baik isterinya telah selamat bersalin anak perempuan. Datin Zai melahirkan bayi seberat 2.94 kilogram semalam.
Bayi tersebut merupakan anak keempat pasangan itu dan dilahirkan lebih awal dari tarikh jangkaan bersalin.
“Alhamdulillah isteri dah selamat melahirkan cahaya mata kami. Memanglah gembira dan teruja dapat baby baru.”
Bayi perempuan itu telah diberi nama Rahil Laura Salsabila yang membawa maksud air mata syurga.
Ads
Bercerita mengenai sambutan hari raya yang bakal tiba, Datuk Jamal mengatakan kemeriahan pasti dirasai dengan kehadiran ahli keluarga baharu dalam famili mereka.
“Yang sebelum ni usianya setahun. Sekarang dah tambah lagi seorang, memang seronok nak sambut raya kali ini.”
Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 1 April 2017 dan hasil perkahwinan mereka telah dikurniakan tiga orang anak iaitu Nur Azura Yamani, El Isaac Yamani dan Iskandar Rayyan Yamani.
Ads
Selain empat orang cahaya mata bersama Datin Zai, melalui perkahwinan sebelum ini Datul Jamal mempunyai dua orang anak lelaki iaitu Osama Yamani dan Ahmad Zaki Yamani.
Pelakon Ezzaty Abdullah, isteri kepada Azwan Kombos pernah merana selama 3 minggu menahan sakit Breast Abscess (Nanah payudara). Ezzaty terpaksa melakukan pembedahan di Pusat Puswari, Kuala Lumpur pada awal Januari tahun ini.
Ketika ditemui di Pelancaran Egg Launch Party di Damasara baru-baru ini, Ezzaty memberitahu bahawa dia sudah tak percaya pada petua-petua yang dikongsi.
Saya tak percayakan petua lagi sebab hampir 3 minggu saya merana kerana pernah mengamalkan petua dan keadaan makin teruk. Lepas teruk baru saya pergi ke hospital untuk mendapatkan nasihat doktor. Doktor beritahu saya, kalau pergi ke hospital lebih awal saya tak perlu di operate, tapi bila dah merebak saya terpaksa operate.
Jadi saya dah tak percaya pada petua-petua, dan kalau anak saya sakit pun saya akan dapatkan nasihat doktor jugak. Cukupla saya merana hampir 3 minggu menahan sakit. Saya tak nak amalkan petua kalau HARUM DALIA sakit, kesian dia masih kecil.
Perkembangan Terbaru Ezzaty
“Saya akan ke Korea selama 10 hari untuk sesi shooting drama terbaru Oppa I love You. Selama 10 hari juga saya akan tinggalkan Harum Dalia di Malaysia. Azwan yang akan menjaga Harum sebab sebelum ni pun dia dah biasa jaga anak. Sejujurnya saya belum bersedia untuk berpisah jauh selama 10 hari tinggalkan anak, tapi kerana tuntutan kerja saya terpaksa akur,” ujar ibu cantik ini lagi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Genap 6 minggu anak keenam Datin Shahida, iaitu baby Luqman dilahirkan. Datin Shahida turut berkongsi momen membawa bayinya itu ke hospital untuk mendapatkan suntikan imunisasi buat kali pertama.
Namun yang menarik perhatian ramai apabila anak keempat dan kelimanya, Yusoff dan Raudah yang sama-sama excited ke hospital menemani adiknya itu setelah pulang dari sekolah.
“Baby Luqman yang nak kena cucuk tapi yang paling exited nak ikut Yusoff dengan Raudah. Balik je dari sekolah sibuk la Yusoff dengan Raudah nak ikut bawa baby Luqman pergi cucuk,takut Doktor ambil baby Luqman katanya. Sayang sangat kakak dengan abangnya dekat baby Luqman”
“Semalam saya ke @kpjdamansarahospital untuk suntikan dos pertama selepas Luqman dah masuk umur 6 minggu. . Doktor di sini sangat berpengalaman dan sangat friendly dengan kanak2.layan sahaja karenah Yusoff dan Raudah. Sudahnya sampai tak nak balik budak berdua tu.. Tq Dato Dr Iqbal 🥰🥰”
Namun rata-rata warga maya memuji kecomelan baby Luqman yang sangat ‘cute’. Ada juga yang turut mendoakan agar baby Luqman membesar dengan sihat dan baik.
shadiana_studiocreative’s profile picture
Ala bestnya bau baby
rayban_smart_igshop’s profile picture
semoga membesar dgan jaya dan sihat❤️
fooddeliveryshahalam’s profile picture
Eeee gewam nye baby luqman
indriyati288’s profile picture
Cepat besar dedek luqman sehat selalu gemes comel❤️
Alat pencegah kehamilan membantu pasangan suami isteri merancang keluarga. Penggunaan dengan cara yang terlebih tempoh boleh menyebabkan masalah hingga wanita perlu dibedah.
IUCD ialah singkatan daripada Intrauterine Contraceptive Device ialah sejenis alat yang berbentuk seperti huruf ‘T’ yang ditempatkan di dalam rahim untuk menghalang persenyawaan ovum. Ia juga mencegah pelekatan janin pada dinding rahim. Terdapat dua benang akan berjuntaian keluar ke ruang serviks bagi memudahkan ia dikeluarkan.
Seorang ibu, Puan Hayati Yati telah berkongsi ceritanya tentang terlewat sehingga enam bulan untuk mengeluarkan IUCD selepas tamat tempoh selama 3 tahun. Kisahnya ini wajar untuk dijadikan pengajaran kepada semua wanita. Berikut ialah perkongsiannya;
Assalam..kawan-kawan. Ramai yg PM, Whatsapp dan call tanya pasal fb status saya baru-baru ni. Actually saya x sakit buat masa ni.Tapi lepas ni mungkin sakit. (Harap-harap saya sihat).
Baik lah saya share ape yang tengah saya hadapi dan moga boleh dijadikan pelajaran utk kawan-kawan semua especially yang dah berkahwin.
TERLUPA & TERLEWAT 6 BULAN
Selepas 3bulan saya bersalin ank bongsu, saya pasang IUCD sebagai perancang. Lepas 3 tahun kena tukar. Tapi saya terlupa dan lewat 6 bulan untuk tukar. Bulan 5 saya ke klinik kesihatan. Tapi nurse cakap suh datang masa period. So..bulan 6 saya pergi lagi masa period tapi nurse suh datang period hari ke–3. Saya datang balik masa period hari ke–3 dan dapat jumpa doktor. Tapi doktor tidak boleh nak keluarkn. Dia ckp benang pendek.
Doktor bagi appointment suh datang period bulan depan pulak masa first day period.Dia nak buat msa bleeding tengah byk. Jadi bln 7 saya datang lagi masa period hari pertama. Tapi agak nya doktor busy..Masa tu kebetulan hari Isnin..memang ramai pesakit. Jadi doktor arah kan nurse minta saya datang masa period hari ke–6 pulak..hari Jumaat. Aduhh..pening di buatnya. Nak tak nak saya datang balik hari Jumaat.
BENANG PUTUS & IUCD TERLEKAT DALAM RAHIM
Dpt jumpa doktor. Tapi still tak boleh keluarkan.2 orang doktor buat saya msa tu. Last-last benang tu putus. Alat dah terlekat dalam rahim. Terus doktor referkan saya ke hospital. Dihospital doktor dah scan, X-ray, ambik darah dan jumpa pakar bius.
PERLU DIBEDAH
So doktor cakap sya kena operate (dibedah) untk buang alat IUCD tu. Risiko? Tetap ade. Kalau alat tu dlm sangat dan terlebih bleeding nanti kemungkinan rahim kena buang. Sebelum operate doktor nak inject belakang. Ini paling saya tak nak. Saya sudah deal dengan pakar bius untuk bius penuh. Biar lah saya tidak sedar sebab saya takut nak hadap operation ni.
So…kawan-kawan,adik beradik dan saudara semua..tolong doakan untuk saya ye. Harap tak jadi apa-apa risiko yang membahayakn diri saya. Doa kalian amat-amat saya hargai. Sya tahu rupanya masih ramai yang sayangkan saya.Semoga Allah makbulkn doa hamba Mu ini..
Keadaan Puan Hayati adalah stabil. Menurutnya, pembedahan berjalan lancar tanpa sebarang komplikasi. Pa&Ma yang telah menghubungi Puan Hayati dimaklumkan, doktor yang merawat menyarankan agarnya berpantang sehingga tiba haid seterusnya.
INFO MENGENAI IUCD
Berupaya mengelakkan kehamilan dalam tempoh 3 tahun.
Tidak bergantung kepada cara penggunaan.
Selamat digunakan bagi ibu yang menyusukan.
Tidak mengandungi sebarang hormon( kecuali jenama yang mengandungi hormon)
Tiada menyebabkan kenaikan berat badan kepada ibu.
Sesuai untuk wanita yang mempunyai masalah perubatan.
KESAN SAMPINGAN IUCD
Haid yang banyak
Sakit sengugut
Alat boleh terkeluar sendir sekiranya haid terlalu banyak
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.