Alahai kalau cuaca panas, bukan anak je merengek nak makan ais krim tapi ibu ayah pun sama teringin nak juga. Dapat pula yang ais krim yang warna-warni, si kecil terus dengar cakap dan confirm tak buat nakal lagi (masa itulah).

Kalau yang ada anak ramai, beli ais krim kena seorang satu. Kadang-kadang ada seorang anak yang jenis makan laju cepat sahaja habis ais krim dia. Lepas itu minta pula yang orang lain punya, akhirnya jadi bergaduh adik-beradik. Konon nak bagi anak gembira makan ais krim, akhirnya ibu bertukar jadi ‘monster’ sebab geram dengan kelakuan anak-anak.

Apa kata ibu buat sendiri ais krim ala Paddle Pop. Cukup untuk makan sekeluarga dan siap boleh tambah lagi setiap orang.

 

IKLAN

Bahan-bahan:

  • Aiskrim Paddle Pop Homemade
  • 1 tin susu cair/susu segar
  • 3 sudu susu pekat
  • 2 sudu gula
  • 1 sudu ovalette
  • Pewarna

 

IKLAN

Cara membuatnya:

IKLAN
  1. Campur semua bahan-bahan, pukul sehingga sebati. Kalau guna mixer, lambat nak sebati, jadi guna pengisar lagi cepat.
  2. Asingkan adunan kepada 4 bahagian (sebab guna 4 jenis warna). Setiap bahagian, masukkan pewarna yang anda pilih.

Aiskrim Paddle Pop Homemade

4 warna Aiskrim Paddle Pop Homemade

  • Masukkan adunan warna mengikut urutan yang anda suka ke dalam acuan aiskrim. Tak kisah anda nak mula dengan warna kuning dulu ke, hijau ke yang penting, akhir sekali nampak macam pelangi (paddle pop).
  • Okey, dah siap. Boleh masukkan acuan aiskrim ke dalam bahagian beku peti ais rumah anda.

Sumber: Facebook Resipi Sedap

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI