Orang kata lagi banyak kita memberi, lagi banyak rezeki yang tak jangka sentiasa dekat dengan kita. Ibaratnya duit yang kita bagi tu dapat semula dalam bentuk lain. Hebatkan!

Itu sebabnya bila kita tak berkira dengan ahli keluarga atau bersedekah pada orang yang memerlukan hati rasa lapang. Walaupun gaji kecil, masih mencukupi untuk tunggu gaji seterusnya. Inilah kuasa sedekah.

Bagaimana kita nak pastikan duit yang kita peroleh tu berkat. Perkongsian dari Puan Hana Shahadan ini cukup mudah.

Gembirakan Isteri, Allah Turunkan Rezeki. Bahagiakan Mak Ayah, Allah Beri Rahmat 

Tip Elak Kebocoran Wang

Contohnya kan, baru dapat duit gaji ni, tiba-tiba tayar motor pancit. Tengok-tengok kereta rosak, eh kena bayar itu ini. Duit pun habis lagi. Kena tunggu gaji bulan depan pula.

Ads

Pesanan unggul Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah, nak sedekah paling baik adalah waktu subuh. Dan setiap kali nak beri sedekah, niatkan dalam hati “ya allah supaya mengalir pahala sedekah ini, saya niatkan untuk diriku, pasanganku, mak ayah ku, keluargaku, adik beradikku, guru guru ku dan seluruh umat Islam.

Setiap kali dapat rezeki pula, “Ya Allah berilah berkat dalam setiap rezeki yang saya dapat”. Amin Ya Rabb.

So ini tipsnya, dahulukan mana yang penting dan mana paling perlu. Dengan kita gembirakan isteri, Allah turunkan rezeki. Dengan kita bahagiakan mak ayah, Allah beri rahmat.

Dengan kita belanja anak-anak, Allah beri kita rezeki berkasih sayang. Dengan kita bersedekah, hati jadi lapang. Jiwa pasti tenang. Mereka mendoakan kita kembali. Dengan kita bayar orang makan atau belanja orang makan itu juga adanya berkah dan gembirakan orang.

Gembirakan Isteri, Allah Turunkan Rezeki. Bahagiakan Mak Ayah, Allah Beri Rahmat 

Ads

Amalkan 5 tip ini untuk dapatkan keberkatan rezeki

1) jangan berkira dengan isteri.
2) jangan berkira dengan mak ayah.
3) jangan berkira dengan anak2.
4) jangan berkira untuk sedekah tak kira berapa sen. Lagi lagi kepada orang tua dan anak yatim.
5) selalu bagi orang makan/ bayar orang makan.

Gembirakan Isteri, Allah Turunkan Rezeki. Bahagiakan Mak Ayah, Allah Beri Rahmat 

*buat tabung sedekah subuh*, masukkan duit tak kira berapa setiap kali subuh. Dan hari  Jumaat, pergi masjid masukkan dalam tabung masjid. Jumaat yang baraqah. Insyaallah, memberilah.

Ads

#share perkongsian ini juga adalah sedekah ilmu untuk ramai orang belajar.

Sumber: Hana Shahadan

Syukur. Hari-hari terima sedekah hadiah dari suami setiap subuh. Murahkan dan permudahkanlah rezeki beliau Ya Allah. Amin

Setiap Kali Suami Hulur Duit Belanja, Bawa Jalan-Jalan Niatkan Dalam Hati Moga Allah Permudahkan Rezeki

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI