Menjalani tempoh kehamilan selama sembilan bulan sendirian bukan mudah jika tanpa sokongan dari suami.
Namun bagi pelakon, Uqasha Senrose yang kini sedang hamil dia ditemani ibu dan adik beradiknya yang setia menemaninya sepanjang hamil memandangkan suaminya, Kamal Adli terikat dengan jadual lakonan yang padat.
“Sepanjang tempoh kehamilan ini Kamal terbabit dengan penggambaran di luar daerah dan pada masa sama saya juga terbabit dengan penggambaran drama.
“Sebab terlalu risaukan saya, Kamal minta ibu dan kakak temani saya dan kami berhubung setiap hari,” kongsinya.
Ads
Tambah bakal ibu ini dia juga berdebar-debar untuk melahirkan cahaya mata sulungnya nanti malah cukup bersyukur kerana tidak mempunyai sebarang alahan sepanjang hamil.
“Saya bersyukur kerana tiada sebarang alahan sepanjang tempoh hamil ini tetapi saya cukup gementar untuk bersalin nanti kerana tiada pengalaman sebelum ini.
Ads
“Kalau boleh saya juga nak bersalin normal nanti,” kongsinya lagi.
Bercerita soal jantina bayi sulungnya, Uqasha dan Kamal masih belum mahu berkongsi jantina anak mereka sebaliknya hanya mahu berkongsi dalam masa majlis doa selamat selepas bersalin nanti.
Ads
“Saya dan Kamal sepakat tidak mahu mengetahui jantina bayi kami sampailah melahirkan kelak.
“Kami juga akan umumkan dalam satu majlis khas dan doa selamat nanti,” katanya lagi.
Semoga dipermudahkan urusan Uqasha sehingga detik melahirkan bayinya kelak.
Terdahulu, Uqasha dan Kamal mendirikan rumahtangga pada 5 November 2021. Uqasha pernah dua kali keguguran ketika awal perkahwinannya serta penghujung 2022.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mengapakah pengambilan makanan sihat penting semasa hamil? Tujuannya ialah untuk memastikan perkembangan janin yang sihat dan untuk mengekalkan kesihatan ibu.
Untuk memenuhi keperluan nutrien dan memastikan penambahan berat badan yang bersesuaian semasa hamil diperlukan jika:
Jika anda kurang berat badan, anda perlu menambah antara 12-18kg.
Jika berat badan anda normal sebelum hamil, anda perlu menambah antara 11-16kg.
Jika berat badan anda berlebihan, anda perlu menambah antara 7-11kg.
Jika kandungan anda kembar, anda perlu menambah lebih kurang 16-20kg.
Semasa hamil, berapa banyakkah yang perlu saya makan?
7 hidangan nasi/bijirin atau roti
3 hidangan sayur dan 2 hidangan buah (sekurang-kurangnya satu yang kaya dengan Vitamin C dan satu dalam Vitamin A)
2 hidangan susu atau produk tenusu
1 hidangan ikan, 1 hidangan daging/ayam dan 1 hidangan kekacang
6-8 gelas air, dan tidak lebih daripada satu cawan minuman ringan atau satu cawan kopi atau teh sehari
Apakah jenis makanan yang perlu saya makan lebih semasa hamil?
1. Kalori (tenaga) dan nutrien tambahan adalah penting untuk memenuhi keperluan perkembangan fetus dan tisu baru, terutama semasa trimester kedua dan ketiga.
Tenaga tambahan yang diperlukan semasa hamil
Trimester Kedua + 360 kcal/hari
Trimester Ketiga + 470 kcal/hari
Pilih makanan yang tinggi kandungan nutrien seperti :
Kalsium (susu, keju, dadih, sayuran berdaun hijau dan produk kacang soya)
Zat besi (hati, daging tanpa lemak, roti yang ditambah dengan zat galian dan kekacang jenis kering (seperti kacang peas)
Vitamin A (hati, susu, telur)
Vitamin B kompleks (hati, daging tanpa lemak, ikan dan susu)
Vitamin C (jambu, betik dan limau)
Asid Folik (sayuran berdaun hijau, hati dan kacang).
Ambil makanan tambahan mengikut saranan Doktor atau Pakar Pemakanan.
Jika menghadapi masalah ini, apakah patut saya lakukan?
‘Lactose intolerance’
Ibu boleh Cuba produk susu yang mengandungi rendah laktosa. Lebihkan pengambilan ikan yang mempunyai tulang yang lembut dan boleh dimakan (sardin, ikan bilis).
Minum susu kacang soya dan produk kacang soya. Ambil lebih sayuran seperti bayam dan kailan yang mempunyai sumber kalsium yang baik.
Loya (Morning Sickness)
Makan pada waktu makan yang teratur. Makan dengan amaun yang sedikit tetapi kerap.
Kurangkan pengambilan makanan yang berlemak atau bergoreng. Minum banyak air.
Sakit ulu hati (Heartburn)
Makan dengan amaun yang sedikit tetapi kerap. Kunyah makanan dengan perlahan.
Elakkan berbaring sejurus selepas makan.
Sembelit (Constipation)
Minum banyak air. Ambil makanan yang tinggi kandungan serat (bijiran, bijirin penuh, buah-buahan yang tinggi serat dan sayuran).
Sentiasa aktif.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Kalau dulu anak lima, tidak berapa lama lagi, pasangan usahawan, Datin Seri Shahida dan suaminya, Datuk Seri Alif Syukri bakal menimang cahaya mata keenamnya tidak lama lagi.
Bakal bersalin sedikit masa lagi, ibu cantik jelita ini menghabiskan masa bersama anak-anak dan suami ke Seoul dan Pulau Jeju, Korea.
Menerusi Instagramnya, DS Shahida turut memuat naik beberapa video momen bersama suami dan lima anaknya yang kini berada di Korea.
Walau dalam sarat kata DS Shahida, dia mahu menikmati percutian bersama anak-anak sepuas-puasnya sebelum cuti bersalin dan berpantang.
“Sebelum keluar yang ke 6 ni kita enjoy lah dulu.
“Hari ni saya sekeluarga ke Jeju island pula, banyak tempat tempat dengan permandangan yang sangat cantik ditambah pula dengan cuaca sejuk sampai ke tulang.
“Semoga urusan kelahiran yang nombor 6 ni dipermudahkan lah. Lepas ni angkut berenam pulak lah,” katanya berkongsi.
Malah akuinya lagi, tidak mudah mengendalikan lima anak dengan pelbagai ragam sepanjang bercuti. Masing-masing menduga keimanan namun rasa kasih pastinya bercambah bahagia bila terbang jauh bersama anak-anak.
“Bukan senang nak uruskan anak ramai ni kalau nak berjalan jauh.
“Betul betul menguji kesabaran dengan perangai sorang sorang yang menduga,” katanya lagi berkongsi.
Sepanjang bercuti ke Pulau Jeju, DS Shahida yang bakal bersalin tidak lama lagi dilihat cukup kuat membawa perutnya yang sarat.
Malah ketika meninjau pasar-pasar di sekitar Pulau Jeju serta lokasi menarik di sekitar Jeju, ibu cantik manis ini cukup bertenaga dan bersemangat berjalan bersama anak-anaknya sambil merakam detik-detik indah ketika musim sejuk.
Semoga urusan kelahiran dipermudahkan hingga detik bersalin kelak.
Mahu menambah anak kedua. Itu yang dikongsikan oleh pelakon dan penyanyi Ayda Jebat dan suaminya, Nabil Mahir. Akuinya, dia dan suami sememangnya sudah punya perancangan awal untuk menambah zuriat kedua mereka dalam tahun ini.
Tambah Ayda lagi, biarpun dia dinasihati oleh doktor untuk menunggu tempoh dua tahun sebelum kembali punya anak lagi, namun sebolehnya dia tidak mahu terlalu banyak jarak usia anak-anak.
“Sejujurnya, kalau nak ikutkan saya nak cuba untuk hamil. Memang la doktor kata tunggu dua tahun tapi rasanya dah tak boleh nak tunggu.
“Sebab kita rasa macam momentum dari segi tenaga dan barang-barang baby pun masih ada untuk digunakan.
“Kalau nak tunggu tiga atau empat tahun itu tak tahu nak kena beli lagi ke,” kongsinya lagi.
Bahkan kata Ayda lagi, dia sebolehnya tidak mahu jarak usia yang terlalu jauh kesemua anak-anaknya kelak. Tambah pula peningkatan usia yang semakin bertambah.
“Lagipun, saya tak nak gap itu terlalu jauh dan bila kita makin tua, anak masih kecil lagi. Takut juga kalau banyak sangat gap, saya ada kerja lain juga.
“Jadi, saya dan Nabil ambil keputusan untuk merancang kalau boleh dalam tahun ini juga,” katanya berkongsi.
Anak sulung pasangan ini, Ana Nayla kini sudah pun berusia setahun lebih dan sentiasa menjadi penghibur kedua-duanya.
Walau dihimpit jadual dan tugas yang padat saban waktu, Ayda sebolehnya cuba meluagkan masa buat anaknya yang kini sedang membesar.
Terdahulu, Ayda mendirikan tangga dengan Nabil Mahir pada 1 Januari 2021. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata, Ana Nayla yang kini berusia setahun lebih.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.