Keibubapaan

Gementar Nak Urus Tiga Anak, Dr Say Tak Mahu Lepas Tangan, Uruskan Anak-Anak Sendiri!

Share

Walau anak semakin bertambah namun doktor selebriti, Dr Say Shazril mengakui agak gementar untuk menyambut kelahiran bayi ketiganya awal tahun hadapan.

Namun akui Dr Say, dia mahu menguruskan sendiri ketiga-tiga anaknya walaupun mempunyai pembantu yang menguruskan mereka.

“Kami sangat gembira dan pada masa sama gementar sebab sebelum ini kami suami isteri hanya menjaga dua orang sahaja, tidak lama lagi bertambah lagi seorang.

“Terfikir juga nanti akan situasi ketika nak uruskan mereka bertiga, namun inilah namanya cabaran dan kami memang menantikannya,” kongsi Dr Say.

Kongsi Dr Say lagi, biarpun mempunyai pembantu di rumah, mereka sebenarnya lebih suka menguruskan anak-anak sendiri.

Dedah beliau lagi, menghabiskan masa bersama adalah satu rahsia memaknakan ikatan kasih sayang sekeluarga.

“Apabila kita (ibu bapa) rapat dengan anak-anak, secara tidak langsung kita boleh rasa keakraban tersebut. Memang dari awal lagi kami punya pembantu rumah, namun soal anak kami tak lepas tangan.

“Apabila berkaitan mereka (anak-anak), kami selesa untuk lakukan sendiri, sebaliknya pembantu hanya uruskan hal-hal lain seperti kemas rumah, memasak dan sebagainya,” ungkap Dr Say.

Empunya diri turut mendedahkan isterinya dijangka bersalin pada 25 Januari tahun hadapan.

“Kami memang berniat untuk menimang cahaya mata lagi. Lagipun, isteri sekarang menguruskan bisnes sendiri, jadi banyak masa banyak terluang. Justeru, kami fikir sekarang inilah masa yang sesuai,” ujarnya.

Menarik: “Ikut Muka Mommy, Sebiji Sama”, CP Juliana Evans Kongsi Wajah Anak Kedua, Comelnya!

Nak lindungi anak, mama kena sihat dulu kan? Jom, sama -sama belajar jadi ibu terbaik! Pendaftaran PERCUMA, dapat goodies best dan berpeluang menang lucky draw. Daftar sini 👉🏼 https://toko.ideaktiv.com/product/nak-lindungi-anak-mama-perlu-sihat/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

Published by
SRM