Gemuk dan tembam semasa anak masih bayi memang nampak cute, tapi kalau berterusan sehingga usia prasekolah, ia adalah petanda amalan pemakanan yang kurang sihat. Ibu ayah elakkan melakukan 5 kesilapan ini dari awal lagi dalam pemakanan keluarga agar obesiti boleh dihindari dari awal.

Ibu ayah perlu menanamkan tabiat pemakanan yang sihat dari awal. Seronok bila tengok anak tembam tapi ibu ayah mesti ambil langkah berjaga-jaga , kerana yang merana nanti ialah si anak. Kurang keyakinan diri dan berisiko tinggi mendapat pelbagai penyakit seperti tekanan darah tinggi dan diabetes sejak dari usia muda.

 “Gemuk Sikit Tak Boleh Ke Doktor?” 5 Kesilapan Ini Ibu Ayah Selalu Buat, Jadikan Anak Kecil Obes

5 kesilapan yang ibu ayah selalu tanamkan kepada anak yang boleh menyebabkan anak obes ialah;

  • Tabiat selalu mengunyah terutamanya ketika menonton TV atau masa lapang.
  • Snek terlalu sebelum waktu makan utama menyebabkan anak tidak makan sajian utama (makan tengah hari/ makan malam)
  • Membeli dan menyimpan makanan ringan (jajan) di rumah.
  • Membiasakan membeli makanan segera dan pastri/ pencuci mulut berkalori tinggi.
  • Menghidangkan makanan berproses sebagai sumber protein.

 Menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad, kegemukan melampau atau obesiti di kalangan kanak-kanak adalah kerana ketagihan mereka kepada makanan manis dan makanan diproses. Ia di kongsikan beliau seperti berikut;

“Gemuk sikit, tak boleh ke, doktor?”

“Gemuk Sikit Tak Boleh Ke Doktor?” 5 Kesilapan Ini Ibu Ayah Selalu Buat, Jadikan Anak Kecil ObesSukar mahu menentukan seorang kanak-kanak itu obes atau tidak. Atau sekadar berlebihan berat badan. Tiada formula yang mudah untuk mengira BMI mereka.

IKLAN

Selalunya saya menimbang dan jika berat badannya dua kali ganda daripada berat yang sepatutnya, saya anggap ia sudah mengalami obesiti. Jika berlebihan tetapi belum masuk dua kali ganda beratnya, saya beritahu kanak-kanak itu berlebihan berat badan saja.

Malang bagi kanak-kanak ini jika ibubapa tidak mengetahui cara pemakanan yang sihat.

KETAGIHAN MAKANAN MANIS

Biasanya obesiti berlaku apabila kanak-kanak mengambil banyak makanan dari kumpulan refined carbo (karbohidrat yang ringkas). Makanan yang manis akan menggalakkan kanak-kanak akan makan dengan banyak dan menjadi ‘ketagihan’.

Pengambilan makanan yang banyak serat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan sangat baik untuk kanak-kanak, kerana ia mudah kenyang dan rendah kalori.

IKLAN

Saya mencadangkan:

#1. MAKAN HANYA DI MEJA MAKAN PADA WAKTU YANG DITETAPKAN

Elakkan budaya mengunyah sepanjang masa sama ada di depan televisyen atau ketika beraktiviti bersama keluarga. Biarkan anak betul-betul lapar dan sediakan makanan yang berkhasiat. Memberikan biskut dan roti sebelum waktu makan akan menyebabkan kanak-kanak itu tidak mahu makan ketika waktu makan dan mengulang makan jajan yang tidak berkhasiat.

 “Gemuk Sikit Tak Boleh Ke Doktor?” 5 Kesilapan Ini Ibu Ayah Selalu Buat, Jadikan Anak Kecil Obes

#2. BERIKAN SARAPAN DAN BERI MAKAN SEMULA WAKTU MAKAN TENGAHARI

Kebanyakan kanak-kanak tidak berselera untuk makan tengah hari setelah makan sebelum makan tengah hari. Makanan seperti biskut dan roti mungkin akan mengganggu selera anak. Bila tengah hari, terus berikan makanan yang berkhasiat.

IKLAN

#3. JANGAN SIMPAN MAKANAN RINGAN

Jangan simpan jajanan, air berkarbonat, air dalam kotak dalam rumah. Bila anak haus galakkan minum air kosong atau air mineral.

 “Gemuk Sikit Tak Boleh Ke Doktor?” 5 Kesilapan Ini Ibu Ayah Selalu Buat, Jadikan Anak Kecil Obes

#4. ELAK BAWA MASUK MAKANAN SEGERA & KEK KE DALAM RUMAH

Kek dan makanan segera lain tidak seharusnya masuk dalam rumah. Boleh makan sesekali di luar untuk meraikan kejayaan anak, tetapi jangan jadikan ia amalan di dalam rumah. Bersihkan peti sejuk dari minuman manis dan tidak berkhasiat.

#5. MAKANAN BERPROSES GANGGU SELERA ANAK

Jauhkan makanan yang telah diproses (process food) kerana ia akan mengganggu selera anak pada daging (protein) yang dimasak. Sosej, burger dan seumpamanya tidak sesuai untuk kanak-kanak. Biasakan berikan daging ayam yang digoreng atau dimasak sendiri. Daging lembu dan ikan juga merupakan sumber protein yang baik.

Semoga ia membantu.

Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad, Ahli Jawatankuasa Pusat, Pertubuhan Doktor Islam Malaysia (PERDIM)

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI