Genap 2 Tahun Di Bawa Melawat Makam Nabi. Hadiah Istimewa Buat Anaqi

Share

“Mommy rasa macam baru dalam labour room”. Pejam celik dah menginjak dua tahun Aqeef Anaqi dan bakal jadi abang tak lama lagi.

Menurut Amyra Rosli melihat Aqeef Anaqi membesar dengan sempurna satu kepuasan buatnya dengan Amar Baharin. Lagi-lagi bila hero kecilnya ini dah pandai macam-macam dan banyak akal.

Menerusi perkongsian Amar di instagramnya kebetulan tahun ini sambutan hari lahir Aqeef Anaqi jatuh ketika mereka sedang mengerjakan umrah. Alang-alang dah ada di sana terus membawa Anaqi masuk melawat makam Rasulullah.

Rezeki Anaqi, dipermudahkan masuk ke kawasan Raudah

Menurut Amar, dia percaya bahawa rezeki anaknya membuat perjalanan menuju ke kawasan Raudah dipermudahkan. Baginya, itulah hadiah yang paling terindah.

“Alhamdulillah mendapat syafaat bila birthday boy Aqeef Anaqi bersama-sama jemaah lain dengan mudah memasuki kawasan Raudah. Rezeki Anaqi syukur alhamdulillah…”

“MasyaAllah bertuahnya Anaqi kecil-kecil dah pergi rumah Allah. Suci sangat muka..”

Semoga jadi anak soleh

Ruangan komen Amyra dan Amar semuanya penuh dengan ucapan selamat hari jadi dan juga doa, agar Anaqi membesar menjadi anak yang soleh serta taat kepada ibu bapa.

Sumber: Amyra Rosli & Amar Baharin

Published by
Wan Amy