Setelah seminggu kelahiran anak keempat, personaliti televisyen, Nurul Syuhada Nurul Ain berkongsi wajah anak perempuannya yang telah selamat dilahirkan secara normal walaupun mencecah usia kehamilan 41 minggu.
Menerusi perkongsian terbaru Nurul Syuhada di instagramnya, sempena tujuh hari kelahiran bayi, Nurul Syuhada dan suami telah mengadakan majlis aqiqah yang dihadiri ahli keluarga dan turut menamakan puteri keduanya.
Isteri kepada Raja Amir Shah Raja Azwa ini memberitahu mereka suami isteri telah sepakat memilih nama Raja Aasiya Amaal dan berharap dengan pemilihan nama tersebut, insya-Allah akan membesar menjadi anak solehah dan dilindungi Allah selalu.
Dalam perkongsian tersebut, Nurul Syuhada dan suami telah memilih untuk mencukur semua rambut Raja Aasiya Amaal. Sekali pandang ada iras macam anak ‘Mat Salleh’.
Sedap dan penuh makna
Ads
Di ruangan komen, ramai yang mengucapkan tahniah kepada Nurul Syuhada atas kelahiran bayi perempuan tersebut dan memuji pemilihan nama itu.
Sebelum ini, Nurul Syuhada berkongsi yang dia telah selamat melahirkan anak keempat secara normal walaupun usia kandungan lebih 40 minggu. Dia juga bersyukur suaminya diberi kesempatan untuk memotong tali pusat dan melihat proses kelahiran ini.
Ads
Nurul Syuhada yang berkahwin 2014 telah dikurniakan tiga orang anak termasuk sepasang anak kembar. Kini dah lengkap kehidupan Nurul Syuhada kerana dikurniakan dua orang anak lelaki dan dua anak perempuan.
Kredit: Instagram Nurul Syuhada
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bersalin secara normal ataupun pembedahan adalah bergantung atas nasihat pakar selepas dia melihat kondisi si ibu. Ada yang kata “untunglah” si ibu kerana melahirkan secara pembedahan, tak perlu rasa sakit. Ada pula yang kata berutung si ibu yang bersalin normal tak perlu berpantang lebih.
Tak kisahlah cara apa sekalipun, kedua-dua kaedah tetap berisiko dan tetap sakit. Kita tak perlu bandingkan kerana ibu-ibu ini tetap ‘struggle’ untuk melahirkan bayi mereka. Bagi yang tertanya-tanya bagaimana dan kenapa bersalin secara pembedahan perlu dilakukan, ikuti perkongsian penuh daripada Dr. Abdul Rahim Nor
ILMU PEMBEDAHAN CAESAREAN. Artikel 1112. “Apa itu pembedahan Caesarean? Bahaya tak? Anda dilahir melalui ‘PINTU’/Czer atau ‘TINGKAP’/Vaginal? “
Wahai semua ibu-ibu yang mengandung dan wahai bapa-bapa yang mengakibatkan ibu-ibu mengandung.
Wahai anak-anak semua, ia bukan pilihan anda di lahirkan melalui TINGKAP atau PINTU!!
Takdir Allah
Doktor nak nasihat ni, Uoll mesti tau sedikit ilmu bab Czer ni sebelum digelar papa atau mama.
A. Dah lah mengandung 9 bulan, bila mai time nak beranak yang terbaik bersalin secara normal melalui PINTU biasa/faraj.
Orang tua kata KELUAR BERSOPAN. Tapi bila kandungan alami masaalah pada ibu atau bayinya.. pembedahan Czer terbaik…. bersalin keluar je melalui TINGKAP le.
B. Pembedahan caesarean (C-section/Czer) adalah pembedahan oleh pakar perbidanan di bahagian perut & rahim (uterus) ibu untuk melahirkan anda.
Pembedahan czer ada yang dirancang (elektif) atau yang tak dirancang (emergency). Anda atau bayi anda menghadapi komplikasi ketika dalam kehamilan atau semasa proses kelahiran yang mengancam nyawa. Maka anda/bayi anda perlu dilahirkan secepat mungkin, untuk selamatkan nyawa ibu dan anaknya sekali.
Terpaksalah ibu mengandung ni di Czer untuk bersalin & bukan bersalin seperti biasa (vaginal delivery).
1. Sebab lakukan Czer kerana dari ibunya, seperti:
(a) Saiz ruang pelvik/punggul sempit dan mengakibatkan kesulitan untuk melahirkan bayi secara normal. Selalunya jika uoll jenis saiz kecil/kemetot
(b) Proses kelahiran terhenti separuh jalan atau slow down, Bukan kerana PKP… Hihihi. Delay progress in delivery menyebabkan anak lemas dalam kandungan sebab serviks belum membesar secukupnya/not ripen lebih pada 5 centimeter. Proses persalinan ini jadi lambat atau terhenti. Czer dimestikan untuk selamatkan bayi yang terapit dalam saluran peranakan.
(c) Posisi uri uri/plasenta previa. Tahu tak ketika bayi dalam kandungan ibu, sumber nutrisi bayi daripada ibu kita lalu masuk melalui placenta ke talipusat & terus kepada kita yang masih fetus. Jika posisi ari-ari ini terlalu rendah atau menutupi cervix, maka jalan lahir normal/vagina akan hadapi ROAD BLOK/tertutup. Terpaksa lah fetus di keluarkan melalui tingkap/dengan operasi caesar.
(d) Abruptio placentae didefinisikan sebagai pemisahan plasenta pramatang dari rahim. Ibu dengan abruptio plasenta, biasanya hadir dengan pendarahan & kontraksi rahim. Janin dalam stress sebab oxygen & nutrisi terputus antara ibu & anak.
(d) Rupture uterus/Pecah Rahim. Terutama bagi ibu-ibu yang ramai anak. Dinding rahim anda dah tak kuat menanggung kontraksi semasa kelahiran ramai fetus yang saiz besar-besar. Hal ni menyebabkan pendarahan pada ibu & mengganggu oksigen pada bayi. Kecemasan Czer amat diperlukan.
(e) Prolaps tali pusat terjadi sebelum feutus keluar melalui serviks & vagina untuk dilahirkan. Kalau ketika ni rahim berkontraksi akan menyebabkan tekanan pada tali pusat yang aliran darah & oxygen ke bayi tersekat. Bayi boleh meninggal. Emergensi Czer diperlukan segera.
(f) Pernah lalui operasi Czer dulu.Doktor dapati ramai ibu-ibu yang pernah Czer tobat lahom serik nak beranak lagi. Tapi setahun kemudian muka tu juga doktor jumpa mengandung lagi. Kelahiran normal vaginal boleh dicuba tapi 90% kelahiran berikutnya di Czer juga kerana takut rahim pecah jika beranak cara biasa.
(g) Diabetes. Jika anda ibu-ibu menderita diabetes gestasional ketika kehamilan atau menderita diabetes, kemungkinan baby BESAR/BIG BABY dalam kandungan. Terpaksa lahir baby besar melalui TINGKAP la dengan Czer.
(h) Preeklampsia. Preeklampsia adalah dimana si ibu ada tekanan darah tinggi ketika kehamilan. Ini akan akibat saluran darah mengecil & mencegah plasenta mendapatkan jumlah darah dan oxigen yang cukup untuk fetus. Operasi Czer diutamakan.
(i) Kalau ibu tu ada Herpes genital aktif di vaginal. Maka kelahiran vaginal tak di galakan untuk elak bayi daripada infeksi virus tersebut.
2. Sebab-sebab lakukan Czer kerana FEUTUS seperti:
A. Ukuran bayi besar/Big baby. Selalunya bayi normal dilahirkan dalam 2.5 – 4 Kg. Kalau lebih, bayi dianggap terlalu besar & berbahaya untuk dilahirkan cara normal Vaginal. Terbaik prosedur Czer diutamakan.
B. Posisi bayi songsang. Percubaan beranak secara normal boleh dicuba. Jika ada kesulitan, Czer amat diperlukan.
C. Bayi pramatang. Bayi tak cukup bulan. Elok Czer untuk selamatkan nyawa baby.
D. Fetal distress. Ia berlaku jika bayi dalam kandungan kurang dapat oxygen.
E. Cacat dalam kandungan. Nasihat melahirkan secara Czer untuk kurangkan komplikasi.
F. Kelahiran kembar. Boleh lahir cara normal tergantung pada posisi bayi dalam rahim, berat bayi & usia kandungan. Demi keselamatan, nyawa & elak komplikasi bagi bayi kembar & ibu. Elok Czer terbaik.
Wahai sahabat-sahabat yang di gelar SUAMI, faham-faham je lah: Bukan senang NAK DAPAT ANAK. Bukan senang NAK MENGANDUNG. Bukan senang NAK BERANAK, ikut pintu atau TINGKAP. Baru lah tahu…. Bukan senang, NAK SENANG. 🤣🤣😂😂😁👌👍😎
**Peringatan:
JANGAN PROMOTE PRODUK anda di artikel kesihatan ni. Anda akan di dakwa KKM.
“Berapa banyak jahit, doktor?” Dia bertanya setelah proses jahitan berhenti seketika. Jarum berbentuk bulan sabit diketap kuat menggunakan needle holder di tangan kanan.
“Kraaaap!” Bunyi yang sungguh enak kedengaran. “Err… tak tahu nak kata berapa banyak. Tapi, banyak lah, puan.” Dalam kerut muka, saya membalas pertanyaannya.
Kemudian, sambung menjahit luka yang hampir sempurna. Dalam kepala, masih ligat berfikir jawapan bagi menjawab persoalan dia.
“Kenapa puan tanya macam tu?”
“Oh… tak ada apa pun doktor. Nak tahu je. Senang la nak jawab nanti kalau ada makcik-makcik tanya.”
Erk! Macam tu rupanya! Ingatkan apa lah yang penting sangat, puan. Nak jawab soalan acik-acik bawang rupanya. Saya tepuk dahi dalam hati.
Sampailah suatu hari, saya cuba tanya kepada seorang kakak misi. “Kak, kalau patient tanya berapa banyak jahit, kak jawab macam mana?” Dia garu kepala.
“Eee… Tak tahulah doktor… Kak pun pening bila patient tanya macam tu. Entah dia ingat kita boleh kira ke apa?”
Saya tergelak mendengar jawapan dia. Entah kenapa soalan ini akan menjadi satu persoalan misteri oleh kebanyakan ibu yang baru sudah bersalin.
Berapa banyak jahitan
Itulah yang dirisaukan
Kami, doktor dan para misi, sejujurnya akan keliru sekiranya ditanya soalan misteri ini.
Ibaratnya nak tahu macam mana?
Kita pergi tanya tukang jahit,
“Berapa banyak jahit ya seluar yang koyak tu?”
Hah! Kan dah pening nak jawab!
Bukannya tukang jahit tu kira berapa banyak yang dia jahit. Selagi dia nampak ada tempat yang koyak, selagi tu dia akan jahit. Pokok pangkalnya, ikut suka hati dia.
Macam itulah juga jahit tempat ‘koyak’ manusia. Boleh jadi, walau luka hanya sebahagian kecil, kita jahit berkali-kali. Melainkan memang nyata hanya memerlukan satu, dua jahitan sahaja. Itu lainlah cerita.
Sebenarnya, tentang luka di bahagian perineum seorang wanita bersalin ini memang amat diambil kisah oleh kami yang bekerja dalam bidang ini.
Cuma, bukan berapa banyak jahitan yang penting untuk kami ambil tahu. Tetapi, “tahap kedalaman”. Itulah yang kami titikberatkan.
Kedalaman luka atau koyak di bahagian kulit luar faraj (perineum) ada beberapa tahap. Tahap satu, hingga tahap empat pun ada.
Secara ringkas saya boleh cerita,
Tahap satu
Itu luka yang melibatkan bahagian kulit perineum sahaja.
Tahap dua
Luka telah melibatkan otot pula, tetapi masih di bahagian perineum.
Tahap tiga
Kedalaman telah melibatkan otot pada bahagian dubur. Istilahnya mediknya, external & internal anal sphincter. Bermula tahap ini, jahitan perlu dibuat di dalam dewan bedah.
Tahap empat
Koyakan sehingga ke usus bahagian bawah yang menyimpan najis. Itulah yang dipanggil ‘rectum’.
Dalam tahap tiga dan empat, kebiasaannya pesakit akan mengalami masalah untuk kemut.
Sebab itu jangan pelik apabila sesudah siap jahit, doktor akan masukkan jari dalam lubang najis dan suruh cuba kemut. Tujuannya adalah untuk tahu sama ada otot di bahagian dubur berfungsi dengan baik atau tidak.
Jadinya selepas ini, boleh cuba tukar soalan kepada berapa kedalaman luka. Bukannya, “Berapa banyak jahit ya?”
Tolong sampaikan ilmu penting ini kepada ahli keluarga dan geng mak-mak yang sedang berbadan dua supaya nanti dapat soal dengan ilmu yang penuh di dada.
Bagi ibu yang pernah melahirkan anak melalui pembedahan, pastinya punya impian besar untuk bersalin normal. Namun ia bukan mudah.
Banyak faktor yang mempengaruhi proses kelahiran seseorang ibu. Selain mental dan fizikal ibu yang bersedia, tahap kesihatannya juga mesti berada di tahap terbaik bagi membolehkan kelahiran normal. Bukan itu saja, keadaan bayi dalam kandungan juga mempengaruhi sesebuah proses bersalin.
Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi, Dr. Maiza Tusimin berkongsi tentang faktor yang menentukan kejayaan kelahiran normal;
Fakta Femina : Faktor penentu kejayaan bersalin normal = 3P
1. POWER
Power = kekuatan kontraksi rahim yg stabil & konsisten penting untuk :
• menolak bayi turun & masuk ke dalam rongga pelvis, vagina & keluar dari faraj
• membuka serviks sehingga 10cm
• menolak bayi dalam posisi yang betul – occipito-anterior (OA) di mana kepala bayi menyentuh dagunya & memberikan diameter yg muat untuk melepas rongga vagina & faraj
2. PASSAGE
Passage = Laluan i.e rongga pelvis, vagina & faraj boleh dihalang atau jadi tidak sesuai untuk melahirkan secara normal bila :
• ketinggian ibu < 150cm dengan pelvis yg sempit atau bentuk yang tidak normal, CPD
• tumor yang menghalang bayi untuk masuk ke dalam rongga pelvik seperti cyst atau fibroid
3. PASSENGER
Passenger = Penumpang i.e bayi dengan keadaan berikut berisiko tinggi jika bersalin normal :
• posisi bayi tidak dalam posisi OA seperti muka menghadap vagina (face presentation), mendongak (brow presentation)
• kepala bayi besar e.g hydrocephalus
• bayi yang besar 》4kg
• CTG atau jantung bayi yang tidak stable / distres
Sekiranya kelahiran normal selamat dan kedua-dua ibu dan bayi sihat, itu adalah satu detik yang menggembirakan bukan saja untuk keluarga bahkan pegawai perubatan serta jururawat yang bertugas.
Biar apa jua teknik kelahiran seseorang ibu, pengorbanannya tak boleh dipandang remeh kerana dia tetap bertarung nyawa demi bayinya. Terima kasih, ibu!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!