“Genap empat tahun memen tinggalkan mama”. Anak kedua Linda Rafar Memen tinggalkan mamanya kerana kanser Burkitt Lymphoma.

Berikut ialah perkongsian Linda Rafar di posting Instagramnya sempena empat tahun anak syurganya pergi mengadap Ilahi.

Pada tarikh 5 Julai 2014 perginya anak kedua pelakon Linda Rafar, Rezaimen Keiflin ke rahmatullah setelah bergelut dengan kanser Burkitt Lymphoma. Sebagai ibu, Linda sangat kental dan kuat menghadapi kenyataan anak kesayangannya ini sudah tiada lagi.

Rezaimen atau nama manjanya Memen anak paling aktif, paling ceria dan paling sihat antara semua anak-anaknya. Tak pernah sakit malah tak pernah masuk hospital. Arwah cergas berbola sepak, bahkan kuat bersukan.

Tiada kelainan yang dilihat pada anaknya itu sehingga Memen beberapa kali mengadu sakit perut beberapa kali, sehingga satu tahap Memen kelihatan tidak boleh lagi bertahan dengan kesakitan itu. Di hospital, prosedur endnoskopi dilakukan anus dan mulut tidak menemui puncanya. Hingga Linda bertindak membawanya ke hospital untuk pemeriksaan lanjut atas nasihat doktor. Sakit perut yang disangka angkara angin oleh beberapa doktor sebelum ini akhirnya membongkar tentang ketumbuhan seberat satu kilogram di dalam perut anaknya hasil daripada MRI.

IKLAN
View this post on Instagram

Al-fatihah Rezaimen keiflin bin Azlinda!! Selamat Hari jadi memen yang ke-15? Mama miss u men, Men,moga men tenang di sana bersama pencipta Allah swt.. Setiap yg hidup pasti merasai mati!! Cuma kita x tahu bagaimana dan bila masa nyaa kita pergi mengadap illahi?? Men, Ma tengah siapkan Novel ke-2 memen Dan lagu khas utk men bertajuk (Satu lagi) #satulagibylr Ini sahaja cara ma dpt melepakan rindu dah sentiasa ingat men di ingatan mama walau di mne ma pergi.. Nanti mama share lagu ni pada semua followers memen n mama yg x jemur2 membaca n mengikuti kisah sedih kita ? Moga allah berkhati apa yg mama buat di dunia ini.. Syggg men sampai syurga ? Pada semua followers mintak jasa baik utk sedekah kan Al-fatihah atau yassin utk (rezaimen keiflin bin azlinda) #memenahlisyurga #menunggumudipintusyurga #novelmenunggumudipintusyurga #prayformemen #satulagibylr ??? @norman_kru Check it out @lindarafar lindarafar new single Satu lagi ciptaan Edry kru . @edryabdhalim Video @blckvisuals Mua @ynasakinah Shawl @ryanees2016 : #satulagibylr #lindarafarisback #prayformemen #menunggumudipintusyurga #novelmenunggumudipintusyurga #youtube #itunes #kkbox #joox #godownload #top5 #kru #krumusic #artisMalaysia #music #musiclirik ?

A post shared by LRFlawlessProducts (@lindarafar) on

Setelah Memen dimasukkan ke sebuah hospital universiti, satu pembedahan dilakukan untuk mengeluarkan ketumbuhan itu. Pembedahan yang memakan masa sembilan jam itu mendapati ada gelembung yang masih aktif dan berpotensi untuk membesar dan menjadi ketumbuhan baru. Dan satu lagi yang merubah kehidupan Memen apabila doktor mengkhabarkan yang usus Memen terpaksa diletakkan di luar dan najis perlu dikeluarkan menerusi menerusi beg stoma sehingga usus besar sudah sembuh dan boleh disambung semula dalam jangka masa setahun.

Menerima kenyataan ini dan ingin berhadapan dengan Memen dan menceritakan segalanya memerlukan kekuatan jiwa. Ternyata ibu ini amat tabah, walau pun air mata sentiasa bergenang, tidak pernah Linda biarkan dirinya kelihatan sedih di hadapan Memen. Dia tahu dia adalah tunjang kekuatan untuk Memen dan tidak boleh menunjukkan kesedihan, dia perlu berikan semangat untuk Memen.

IKLAN

Linda tidak putus harapan dan terus berusaha untuk Memen. Dia tidak yakin anaknya itu boleh melalui proses kemoterapi yang sangat pedih jadi dia memilih untuk melakukan pelbagai rawatan dilakukan seperti berjumpa ustaz, perubatan Cina, herba, air rebusan akar kayu sehingga bertemu dengan seorang profesor pakar kanser yang memberikan harapan dengan sejenis pil khas berharga RM27,000.  Bersama dengan bekas suami, Linda mengambil keputusan membeli pil yang sangat mahal harganya itu untuk Memen.

IKLAN

Sehabis ubat itu selepas 44 hari , Memen sakit kembali dan Linda merayu rawatan kemoterapi untuk Memen. Rentetan rawatan kemoterapi kali pertama ini menyebabkan kompilkasi buah pinggang kepada Memen hinggalah ke hari pemergiannya pada 7 Ramadan tanggal 5 Julai 2014 yang merubah kehidupan Linda yang semakin tabah menghadapi kehilangan anaknya itu.

View this post on Instagram

Al-fatihah #tb Miss his voice n miss him so much ? perginyaa di bulan ramadhan,puasa ke-7,sakit dlm perut,blum baligh n segalanya pertanda yg sgt baik dia adalah anak syurga mama? moga kita semua dpt pengakhiran yg baik seperti anak syurga ini,even dah critical masih bole solat n ngaji di wad icu ????#memenahlisyurga #prayformemen #menunggumudipintusyurga #satulagibylr #alibanat #jannatulbaqi #rezaimenkeiflinbinazlinda ? Check it out @lindarafar lindarafar new single Satu lagi ciptaan Edry kru . @edryabdhalim Video @blckvisuals Mua @ynasakinah Shawl @ryanees2016 : #satulagibylr #lindarafarisback #prayformemen #menunggumudipintusyurga #novelmenunggumudipintusyurga #youtube #itunes #kkbox #joox #godownload #top5 #kru #krumusic #artisMalaysia #music #musiclirik ?

A post shared by LRFlawlessProducts (@lindarafar) on

Ingin tahu bagaimana Linda melalui kehilangan yang amat hebat ini? Ikuti temu ramah Pa&Ma bersama Linda Rafar dalam rancangan Pa&Ma bertajuk “Wira Kecil Berjiwa Besar” pada Selasa, 17 Julai 2018 jam 12 tengah hari.

Sumber: @lindarafar

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI