Pelakon, Shima Anuar bakal menimang seorang lagi cahaya mata lelaki selepas mengumumkan jantina anak ketiganya itu dalam satu majlis.
Majlis mengumumkan jantina anak ketiga beserta doa selamat berlangsung cukup meriah dengan tema serba putih.
Melalui perkongsian Shima di Instagramnya, ibu kepada dua cahaya mata ini turut memuat naik video sejak awal kehamilannya sehinggalah majlis pengumuman jantina itu.
“From the day we found out about it, to the day majlis doa selamat and baby gender reveal,” tulisnya dikapsyen.
Melalui video yang dikongsikan, Shima pada awalnya memberikan kejutan kepada suami dan anak-anak dengan memberikan kit kehamilan ketika awal kehamilannya.
Anak-anak bersorak riang untuk menyambut kelahiran adik baru dalam keluarga mereka.
Dihujungnya, Shima turut berkongsi majlis serba putih yang dimulai dengan bacaan doa selamat dan kemudian dilengkapkan dengan pengumuman jantina bayi.
Suasana bertukar menjadi gamat bila mana belon berwarna putih dipecahkan diiringi letupan kecil berwarna biru menandakan bayi lelaki.
Penampilan Shima yang hadir berjubah warna putih, lengkap mengenakan hijab dipuji kenalan dan peminatnya di Instagram. Jelas terpancar seri ibu mengandung.
Meninjau di ruangan komen, Instagram ibu cantik manis ini turut dihujani dengan ucapan tahniah serta doa agar dipermudahkan kelahirannya nanti.
Menarik: Kena Marah Dengan Daddy Conteng Pintu Bilik Air, Ramai Terhibur Dengan Jawapan Fatima!
Nak goodies istimewa dari Simpan SSPN, jom daftar SINI (https://toko.ideaktiv.com/product/simpan-challenge-pama-sspn/)
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Risiko Ibu Meninggal 3 Kali Ganda Jika Hamil Lewat Usia! Kematian Ibu Disebabkan Komplikasi Semasa Hamil & Bersalin
Ramai wanita yang hamil ketika berumur 35 tahun dan ke atas, mungkin kehamilan pertama atau kedua atau seterusnya. Jika kehamilan pertama di usia yang agak lewat sudah semestinya ingin kandungan selamat dan sihat.
Namun tahukah anda kehamilan di lewat usia boleh mengundang pelbagai risiko? Ikuti perkongsian dari Doktor Muhammad Izzat tentang kesan kehamilan pada usia yang agak lanjut;
Segelintir wanita di zaman ini mungkin mendirikan rumah tangga dan sekaligus hamil pada usia yang agak lewat. Ada yg mungkin sudah berkahwin awal, tapi disebabkan ada beberapa sebab, kehamilan dirancang dan dilewatkan terlebih dahulu, atau ada yg sudah berkahwin awal tapi, susah pula untuk mengandung, tahu-tahu je dah lekat pada usia yg agak lanjut. Taktahu la anda tergolong kat kumpulan yang mana, tapi end point tetap sama yakni mengandung pada usia yg agak lanjut.
Saya ambik definisi usia lanjut untuk wanita hamil adalah 35 tahun dan ke atas. Tengok betul-betul, saya sebut sini USIA LANJUT bukan guna perkataan TUA supaya tidak ada insan yang berkecil hati nanti.
Dengan meningkatnya umur, tahap kesuburan wanita berkurangan. Penghasilan telur menjadi kurang berkualiti sekaligus meningkatkan kejadian masalah genetik atau bayi yang tak normal.
Persenyawaan yang melibatkan telur yang ada masalah atau tidak berkualiti akan mengakibatkan janin yg terhasil mempunyai masalah genetik dan tidak boleh membesar dan berakhir dengan keguguran.
Jika dilihat kekerapan berlakunya keguguran, secara perbandingan umur-umur wanita ni, umur 25 tahun – 10% peluang keguguran, umur 35 tahun – peluang keguguran mengganda menjadi 20% dan utk ibu yang lebih 40 tahun peluang utk keguguran meningkat menjadi 50%
Bukan disebabkan kualiti telur yang dihasilkan tidak memuaskan, wanita-wanita lanjut umur ini ‘mengejar masa’ dan cenderung mendapatkan rawatan assisted reproductive technology (ART) seperti persenyawaan in-Vitro (bayi tabung uji). Teknik bayi tabung uji ini membawa 4% risiko mendapat kecacatan genetik.
Ibu yang lanjut usia ini berpotensi tinggi mendapat darah tinggi ketika hamil, pre-eclampsia. Apabila tekanan darah terlampau tinggi sehingga boleh menggugat nyawa ibu, bayi mungkin terpaksa dilahirkan biarpun kehamilan tak cukup matang lagi. Dalam erti kata lain, ibu berusia ini cenderung mendapat bayi yang tak cukup bulan dan bayi yang kecil saiznya.
Kejadian Kehamilan luar rahim mengganda 4-8 kali banyaknya.
Kejadian kematian ibu meningkat 3 kali ganda untuk kehamilan berusia lanjut, jika dibandingkan dengan ibu yang berusia lebih muda. Kematian ibu ini rata-rata disebabkan oleh komplikasi yang timbul semasa hamil dan bersalin.
Kencing manis ketika hamil mengganda sebanyak 4 kali ganda pada ibu yang berumur 40 tahun ke atas jika dibandingkan dengan ibu yang hamil pada usia 20 dan 30 an.
Keperluan utk lahir secara pembedahan caesar menjadi 2 kali ganda disebabkan Otot rahim ibu berusia ini kurang efektif mengecut dan mengendur ketika bersalin. Proses bersalin mungkin menjadi perlahan dan akhirnya ibu perlu menjalani pembedahan caesar. Bukan tu saja, ibu lanjut usia yang mempunyai masalah darah tinggi yang tak terkawal atau komplikasi dari kencing manis yang memerlukan utk bersalin awal – menerangkan kenapa kelahiran melalui pembedahan caesar.
Bukan utk menakut-nakutkan, jodoh pertemuan ajal maut semua di tangan Allah. Kalau Allah dah takdirkan anak pertama keluar masa umur 45 tahun, sapa kita nak mempersoalkan ketentuan ini ye tak?
Cuma, jika boleh dielakkan utk mengandung pada usia usia lanjut ni lebih baik. Jika tak boleh dielakkan, ibu ibu yang berusia ini perlu pemantauan lebih dari biasa untuk mengesan komplikasi dan risiko awal dan rawatan serta kaunseling boleh diberikan jika ada.
Sumber: Facebook Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak
Pegawai Perubatan
Kesihatan Wanita & Kehamilan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ibu Hamil Jangan Paksa Diri, Segera Buka Puasa Jika Ada Tanda-Tanda Ni!
Ibu hamil yang ingin berpuasa diharuskan berpuasa namun semuanya bergantung kepada nasihat dan pandangan dari doktor yang merawat selepas meneliti keadaan tubuh ibu hamil itu sendiri.
Kandungan yang sihat selepas trimester pertama boleh berpuasa jika hendak berpuasa namun awas, jika anda mengalami 5 tanda di bawah, dinasihatkan untuk berbuka puasa dengan segera!
1. Apabila pergerakan bayi kurang
Apabila bayi semakin kurang bergerak dalam kandungan, ibu hamil mesti berwaspada, kerana ini adalah tanda si ibu perlu berbuka puasa. Sekiranya bayi kurang aktif bergerak, ibu dalam trimester kedua khususnya perlu segera menghubungi doktor bagi bertanyakan keadaan ini.
Cuba kira berapa banyak bayi bergerak dan menendang selama dua jam apabila bayi biasanya aktif. Sekiranya bilangan pergerakan dan tendangan berkurangan ketika ibu hamil berpuasa, anda harus segera membatalkan puasa.
2. Hidung berdarah
Tanda bahawa wanita hamil perlu berbuka puasa seterusnya adalah jika mereka mengalami pendarahan hidung. Hormon kehamilan menyebabkan aliran darah meningkat di samping menyebabkan saluran darah hidung membengkak dan mudah pecah. Sebab itu ibu hamil mudah mengalami pendarahan hidung.
Sebenarnya, pendarahan hidung semasa mengandung tidak menimbulkan bahaya yang besar, tetapi anda mesti tetap memberi perhatian jika ini berlaku semasa berpuasa. Antara tandanya:
-Menjadi pening atau letih serta-merta selepas pendarahan hidung
-Kesukaran bernafas semasa pendarahan hidung
-Dada terasa sakit dan sesak apabila anda mengalami pendarahan hidung
-Pendarahan dari hidung tidak berhenti selepas 30 minit
3.Ibu hamil yang risiko tekanan darah tinggi
Tanda bahawa wanita hamil perlu membatalkan puasa seterusnya adalah risiko mengalami tekanan darah tinggi. Wanita hamil yang berisiko tinggi atau telah disahkan menghidap preeklampsia (tekanan darah tinggi semasa hamil) mesti segera membatalkan puasa mereka.
Ini dapat dilihat apabila wanita hamil mengalami gejala seperti mata keruh, sakit kepala, bengkak di kaki dan tangan, kesukaran bernafas, dan loya dan muntah. Cepat-cepat buka puasa!
4. Dehidrasi
Tanda pertama ibu hamil perlu berbuka puasa ialah mengalami dehidrasi. Lebih-lebih lagi, wanita hamil yang memerlukan lebih banyak pengambilan cecair berbanding orang lain ketika berpuasa.
Mengalami dehidrasi semasa kehamilan boleh membawa maut. Hal ini kerana, dehidrasi yang teruk boleh menyebabkan wanita hamil mengalami sawan atau renjatan akibat tekanan rendah.
5. Mual dan muntah
Tanda-tanda wanita hamil perlu berbuka puasa seterusnya adalah jika mereka mengalami loya dan muntah. Sekiranya wanita hamil sebelum ini tidak mengalami loya dan muntah, tetapi tiba-tiba terasa seperti ini ketika berpuasa, hendaklah segera berbuka.
Loya dan muntah yang dialami ibu hamil ketika berpuasa tidak boleh dipandang remeh kerana ia boleh menjadi simptom masalah kesihatan yang lebih serius. Sekiranya wanita hamil mengalami perkara ini, segera makan makanan berkhasiat dan berehat sehingga loya dan muntah berhenti.
Menarik: “Jumpa Nanti Di Syurga Sayang” Impian Timang Cahaya Mata Tidak Kesampaian, Hannah Delisha Keguguran!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Sumber: Liputan6
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Perjuangan Mendapatkan Garis Dua Ga Sia-sia,” Tahniah Zaskia & Irwansyah! Bakal Timang Cahaya Mata Pertama Setelah 10 Tahun Menanti
Tiada yang lebih membahagiakan setiap pasangan apabila dikhabarkan bakal menimang cahaya mata sendiri. Apatah lagi setelah 10 tahun menunggu, berusaha dan berdoa agar ini semua tercapai.
Pasangan selebriti dari Indonesia Zaskia Sungkar dan Irwansyah berkongsi berita gembira bahawa mereka berdua bakal menimang cahaya mata pertama tidak lama lagi.
Berita gembira itu dikongsikan oleh Zaskia dan juga Irwansyah melalui Instagram milik mereka. keduanya meluahkan rasa syukur dan gembira dengan kehamilan yang setelah sekian lama menjadi idaman mereka berdua.
“Alhamdulillah , rintangan yang harus kami lewati cukup banyak. Usaha yang harus kami jalani sudah tak terhitung.
“Sepanjang hampir 10tahun lamanya kebersamaan ini, akan ada kebahagiaan kecil yang akan hadir menghampiri.
“Akhirnyaaa… Alhamdulillah aku hamil.
Perjuangan mendapatkan garis dua ini ga sia-sia
“Ini jadi hadiah paling luar biasa bagi kami. Terima kasih untuk kamu @irwansyah_15 yang selalu bersedia menemaniku mewujudkan kehamilan ini. Dan buat kamu yang masih belum dapat ku sentuh, tumbuhlah sehat selalu,” tulisnya
View this post on InstagramA post shared by Zaskia Sungkar (@zaskiasungkar15) on
Dalam satu posting yang lain, Zaskia juga memuat naik gambar dirinya memegang foto imbasan ultrasound dengan kapsyen menzahirkan ucapan terima kasih kepada doktor yang merawatnya dalam usaha mendapatkan zuriat.
Zaskia juga mohon untuk terus mendoakan bayi dalam kandungannya agar terus sihat sehingga bersalin nanti. Menurut kapsyen tersebut juga usia kandungannya kini sudah lapan minggu.
“MasyaAllah Tabarakallah Special thanks untuk Dr . @reinorambey dan @morulaivf_jakarta , bener2 puas bgt sama service di morula bikin tenang profesional semua ,
“Dokter @reinorambey the best deh pokoknya , baru nemu dokter yang sedetail ini MasyaAllah dari hal kecil sampe besar semua diperhatiin demi keberhasilan IVF , mana soleh bgt dokternya MasyaAllah hhe paket lengkap deh pokoknya , terimakasih ya dokter temen2 doain kia dan baby nya sehat ya sampai persalinan,” tulisnya lagi.
View this post on InstagramA post shared by Zaskia Sungkar (@zaskiasungkar15) on
Irwansyah juga tidak ketinggalan mengucapkan rasa syukurnya dengan kurnian Ilahi kepada mereka berdua. Dia juga turut memberikan ucapan terima kasih kepada doktor dan semua yang terus mendoakan mereka.
Sempat juga dia menitipkan pesan agar terus berdoa buat isteri dan anak yang bakal dilahirkan supaya terus diberikan kesihatan sehingga bersalin nanti.
“Alhamdulillah terimakasih ya Allah terimakasih semuanya dan terimakasih jg buat @morulaivf_jakarta , zaskia positive berkat doa tmn2 semua , dan jgn bosen ya buat terus doa untuk kesehatan bayi dan ibunya sampai melahirkan,” coret Irwansyah.
Semoga urusan kehamilan Zaskia dipermudahkan dan semoga ibu dan bayi keduanya diberikan kesihatan sehingga bersalin nanti. Tahniah Zaskia dan Irwansyah!
Sumber: IG Zaskia Sungkai dan Irwansyah
Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama JovianNina. Akan bersiaran setiap Rabu pada jam 9 malam, dan ulangan setiap Ahad jam 9.30 pagi hanya di Astro Ria saluran 104 & 124.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram Pa&Ma D Parents
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI