Genetik Ibu Lebih Kuat Pengaruhi Perkembangan Anak Dengan Bijak

Share

Ramai dalam kalangan ibu bapa nak anak jadi bijak, pandai dan berjaya? Tapi adakah kita cukup memberi rangsangan pada mereka. Jika sekadar nak anak bijak tapi tiada inisiatif yang dilakukan ia hanya impian yang tak mungkin tercapai.

Seperti yang dikongsikan oleh Dr Mohammad Iqbal Mohammad Sarwar, ibu bapa harus mengalakkan anak-anak melakukan aktiviti luar bagi memastikan peredaran darah lancar dan secara tak langsung anak juga akan jarang sakit.

Bukan itu saja, menurut kajian IQ anak ada kaitan dengan gentik ibu. Kecenderungan ini dikatakan lebih kuat berbanding genetik ayah. Namun tak semestinya kerana jika cukup rangsangan sejak kecil, anak kita tetap boleh berjaya.

Ibu bapa juga harus tanamkan semangat dan sentiasa memberi motivasi serta sokongan dalam membentuk keperibadian anak. Ini penting dan lagi awal didedahkan lagi bagus.

Selain itu, tidur yang cukup sangat penting untuk anak kecil. Bagi anak sekolah rendah, sekurang-kurangnya 12 jam untuk anak terus kekal aktif.

Bukan itu saja, menjaga kesihatan fizikal dan pemakanan seimbang juga penting seperti pengambilan vitamin tambahan, pemakanan yang berkhasiat serta berikan anak pendedahan cahaya matahari yang cukup. Lagi satu pengambilan vaksin salah satu cara untuk kuatkan antibodi anak.

Sementara itu, melalui perkongsian seorang bapa yang dikenali sebagai Aizat, dia mula menitikberatkan perkembangan anak lelakinya sejak dari kecil lagi.

Aryan Zauqi mula didedahkan dengan pemakanan seimbang seperti pengambilan Omega-3 dan DHA dari sumber ikan dan juga telur.

“Macam saya memang berikan Aryan makan pelbagai jenis ikan dan biasanya salmon antara yang menjadi kegemarannya selain telur.

“Saya tak memaksa Aryan tetapi lebih suka menggalakkannya. Apa yang saya nampak sejak kecil dia memang minat dinosaur dan planet. Kini boleh dikatakan dia sudah hafal dan membac buku mengenai topik tersebut.

“Apa yang saya nampak Aryan seronok bila dapat baca buku. Bermain memang keperluannya tapi apa saja yang dia buat saya akan sokong,” katanya.

Buat pengetahuan ibu bapa, teknik merangsang otak, teknik imaginasi, teknik bermain, teknik teka-teki antara yang sesuai untuk anak. Lain anak, lain cara jadi janganlah paksa kerana setiap anak kita berbeza.

Nak tahu lanjut mengenai anak bijak dan rangsang IQ anak, jangan lupa tonton episod ulangan Anak Bijak IQ, Pemakanan atau Genetik yang akan bersiaran pada 4 Oktober (Ahad) jam 9.30 pagi.

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

Published by
Wan Amy