Kagum apabila seorang kanak-kanak berusia 12 tahun mencipta sejarah sebagai pelajar termuda yang pernah diterima masuk ke Universiti Malaya (UM) sejak penubuhannya pada tahun 1962.
Izz Imil Shahrom secara rasmi mendaftar pada Sabtu lepas dan akan mengikuti pengajian dalam Sarjana Muda Sains Matematik.
Perkongsian daripada Fatimah Kari di Facebook mendedahkan bahawa Izz Imil telah memulakan pengajian di Tingkatan 1 di Permata Pintar, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) seawal usia enam tahun. Pada umur lapan tahun, beliau berjaya menamatkan O-Level, dan pada usia 11 tahun, A-Level telah diselesaikan.
Ads
Ramai warganet meluahkan rasa kagum melihat kepintaran luar biasa Izz Imil yang baru berusia 12 tahun. Kejayaan beliau diterima masuk ke universiti pada usia begitu muda mencetuskan rasa bangga dan inspirasi, dengan ramai yang memuji kecerdasan dan usaha gigihnya.
Ads
Lantaran dengan kecerdasan luar biasa Izz Imil, malah ada yang membandingkannya dengan watak fiksyen Sheldon Lee Cooper dari sitkom popular Amerika, The Big Bang Theory.
Ads
Semoga kisah kejayaan Izz Imil ini menjadi sumber inspirasi dan penguat semangat untuk anak-anak lain, mendorong mereka untuk belajar bersungguh-sungguh dan mencapai impian masing-masing.
Sumber: FB Prof Fatimah binti Kari
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Untuk mengekalkan kebahagiaan sesebuah keluarga, ia bukan peranan sebuah pihak sahaja. Semua orang di dalam keluarga itu harus tahu peranan masing-masing. Paling utama, suami dan isteri haruslah saling menyayangi dan inilah yang menjadikan sesebuah keluarga itu lebih sempurna dan bahagia.
1. PUJI – Setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.
2. PELUK – Pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.
3. PENGHARGAAN – Amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.
4. PERHATIAN – Mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.
5. PERSEFAHAMAN – Memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.
6. PERGAULAN – Pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.
7. PERCUTIAN – Perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.
8. PERMOHONAN – Doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.
Tip yang terakhir dari Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood adalah berdoa kepada Allah. Ada banyak doa yang boleh diamalkan, tetapi salah satunya adalah doa memohon kebahagiaan dunia dan akhirat ini.
Ibu bapa jangan takut-takutkan anak dengan ‘hantu,’ kesannya anak jadi penakut, boleh tinggalkan parut psikologi. Kenapa masih ada ibu bapa yang masih menakutkan anak-anak mereka dengan ‘ada hantu’ semata-mata untuk memudahkan urusan kekeluargaan.
Menurut Najmi Nawawi, teknik parenting dengan cara menakutkan anak-anak akan hantu akan memberi kesan buruk pada mereka. Ingatlah anak-anak mempunyai daya imaginasi yang sangat hebat. Cerita-cerita yang diada-adakan akan dibayangkan oleh anak-anak dengan 100% benar dalam minda mereka.
Bahkan ia juga boleh membawa kepada kesan jangka masa panjang terhadap ‘psychological consequences’ khususnya ketakutan kepada tempat-tempat gelap secara melampau.
Ia umpama sebuah ‘psychological scars’ yang akan memberi kesan kepada anak sampai bila-bila seumur hidup mereka. Kasihanilah anak-anak, kenapa kita perlu takut-takutkan mereka dengan hantu, semata-mata untuk memudahkan urusan kerja kita.
Jika kita berterusan menakutkan minda kecil mereka itu dengan hantu, ia akan terus mempengaruhi minda ‘subconscious’ dan ‘unconscious’ anak-anak yang seterusnya boleh membawa kepada risiko penyakit mental yang lebih menyedihkan.
Kita tidak tahu kemampuan penerimaan anak-anak terhadap apa yang kita ceritakan kepada mereka. Lebih-lebih lagi cerita-cerita itu datang daripada mulut ibu bapa mereka sendiri.
Umpama melontarkan batu ke dalam laut, kita tidak tahu sedalam mana batu itu akan tenggelam. Maka berhati-hatilah dalam bercerita atau menakutkan anak-anak.
Jangan sampai kita menyesal di kemudian hari. Kerana antara kesan menakutkan anak dengan hantu ialah insomnia, tidur dengan tv terbuka dan lampu tidak ditutup. Masalah dalam akademik kerana anak gagal untuk fokus di dalam kelas dan banyak lagi.
Ibu bapa perlu kreatif dalam mendidik anak-anak. Banyak lagi cara lain untuk pastikan anak mendengar kata, tolong jangan guna cara takutkan anak dengan hantu.
Takut hantu adalah salah satu ketakutan yang biasa dialami oleh kanak-kanak. Cerita-cerita seram atau pengalaman yang menakutkan boleh menyebabkan mereka merasa takut, terutama pada waktu malam. Berikut adalah beberapa cara yang boleh ibu bapa lakukan untuk membantu anak-anak mengatasi ketakutan mereka terhadap hantu.
Elakkan menceritakan atau menonton cerita seram bersama anak-anak, terutama sebelum waktu tidur. Cerita-cerita ini boleh mencetuskan imaginasi mereka dan menyebabkan mereka merasa takut. Sebaliknya, pilih cerita yang positif dan menghiburkan.
Berbincang dengan anak-anak tentang hantu dengan cara yang sesuai dengan umur mereka. Jelaskan bahawa hantu hanyalah khayalan dan tidak wujud dalam dunia nyata. Memberikan penjelasan yang logik boleh membantu mereka memahami dan mengurangkan ketakutan.
Pastikan persekitaran rumah adalah tempat yang selamat dan selesa untuk anak-anak. Biarkan mereka tidur dengan lampu malam jika perlu, dan pastikan mereka tahu bahawa anda sentiasa ada untuk melindungi mereka. Rasa selamat adalah penting untuk mengatasi ketakutan.
Mainan atau objek kesayangan boleh memberikan rasa selamat kepada anak-anak. Biarkan mereka tidur bersama patung kesayangan atau selimut yang mereka suka. Ini boleh membantu mereka merasa lebih tenang dan kurang takut.
Ajarkan anak-anak teknik relaksasi seperti pernafasan dalam atau meditasi ringkas. Teknik-teknik ini boleh membantu mereka menenangkan diri apabila mereka merasa takut. Latih mereka untuk mengambil nafas dalam-dalam dan hembus perlahan-lahan apabila mereka merasa cemas.
Dengarkan dan berbincang dengan anak-anak tentang ketakutan mereka. Jangan memandang ringan perasaan mereka. Bantu mereka mengenal pasti apa yang menyebabkan mereka takut dan bincangkan cara-cara untuk mengatasinya. Sokongan emosi dari ibu bapa sangat penting.
Jika anak anda takut gelap, gunakan lampu malam di bilik mereka. Cahaya yang lembut boleh membantu mengurangkan rasa takut dan memberikan rasa selamat. Pastikan lampu malam tidak terlalu terang sehingga mengganggu tidur mereka.
Cipta rutin tidur yang menenangkan dan konsisten. Aktiviti seperti membaca buku, mendengar muzik yang menenangkan, atau bercakap tentang hari mereka boleh membantu anak-anak merasa lebih relaks dan selesa sebelum tidur.
Jangan gunakan ketakutan sebagai cara untuk mendisiplinkan anak-anak. Menggunakan hantu atau cerita seram untuk mengawal tingkah laku mereka hanya akan memperburuk ketakutan mereka. Sebaliknya, gunakan pendekatan yang positif dan membina.
Jika ketakutan anak anda terhadap hantu terlalu melampau dan menjejaskan kehidupan harian mereka, pertimbangkan untuk mendapatkan bantuan profesional. Pakar psikologi kanak-kanak boleh membantu anak anda mengatasi ketakutan mereka dengan cara yang lebih berkesan.
Dengan pendekatan yang betul, ibu bapa dapat membantu anak-anak mereka mengatasi ketakutan terhadap hantu. Sokongan, pemahaman, dan dorongan yang konsisten adalah kunci utama dalam membantu anak-anak merasa lebih berani dan yakin.
Suami isteri ditakdirkan untuk menjadi pelengkap antara satu sama lain. Sebuah hubungan yang bahagia tidak perlu diukur dengan kemewahan semata-mata, tetapi melalui perhatian dan kasih sayang yang diberikan kepada pasangan.
Sebagai seorang suami, tidak perlu usaha yang luar biasa untuk menjaga hati isteri. Wanita secara fitrahnya mudah bahagia, dia merasa cukup jika dirinya dijaga dengan baik dan dihargai sepenuh hati.
Inspirasi Dari Rasulullah SAW
Contoh terbaik dalam melayan isteri datang dari Rasulullah SAW. Baginda seorang suami yang sangat bertimbang rasa, lembut dan romantik. Baginda tidak memanjakan isteri-isterinya dengan harta benda, sebaliknya hidup penuh kesederhanaan.
Namun, keperibadian dan cara Baginda melayan para isteri menjadikan mereka tenang, disayangi dan berasa cukup.
Romantik Itu Sederhana
Suami yang romantik tak perlu tunggu hari istimewa. Cukup dengan sentuhan kecil yang penuh makna sudah mampu buat isteri tersenyum sendiri bila teringat. Kalau suami anda ada ciri-ciri ni, memang bertuahlah, kerana anda miliki lelaki yang menyayangi anda sepenuh jiwa.
Suka peluk dan cium isteri
Setiap kali sebelum keluar rumah, suami memeluk dan mencium isteri dengan penuh ikhlas. Sentuhan ini bukan saja menguatkan emosi, tapi beri semangat pada isteri untuk harungi hari.
Tanya khabar isteri
Dengan teknologi sekarang, tak sempat call pun tak apa. WhatsApp pun cukup. Tanyakan keadaan isteri, hanya dengan mesej ringkas pun sudah buat hati isteri rasa disayangi dan dihargai.
Suapkan isteri makan
Sesekali suapkan isteri waktu makan sama ada di rumah atau di luar. Rasulullah SAW sendiri suap isterinya, bahkan minum dari gelas yang sama. Simple, tapi sangat bermakna.
Panggil isteri dengan nama manja
Tiada salahnya panggil “sayang”, “my queen”, “bidadari”, atau apa saja gelaran manja yang baik. Isteri yang mendengar pasti tersenyum, hidung pun boleh kembang kempis dibuatnya.
Tolong isteri buat kerja rumah
Kerja rumah memang meletihkan. Bila suami turun padang bantu, isteri rasa dihargai. Sambil buat kerja bersama, boleh gurau senda dan hubungan pun makin erat.
Bahagia Itu Sederhana
Kadang-kadang, perkara kecil macam ni yang paling mudah terlepas pandang, lebih-lebih lagi bila isteri jenis berdikari. Tapi hakikatnya, isteri tak mengharapkan hadiah mahal atau kejutan besar. Cukuplah jika dilayan dengan baik dan penuh kasih, itu saja dah cukup membahagiakan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!