Geram Anak 4 Tahun Buang Air Besar Dalam Seluar, Ibu Pukul Hingga Meninggal

Share

Apalah perasaan ibu ini hingga sanggup bertindak luar kawalan hanya kerana anaknya tidak sengaja buang air besar dalam seluar, sehingga meninggal dunia.

Kes yang berlaku di Surabaya itu melibatkan kanak-kanak berusia empat tahun, didera oleh ibu kandungnya yang dikenali sebagai AS berusia 24 tahun tanpa rasa kasihan.

Beritahu anak meninggal akibat terjatuh

Menurut polis, selepas memukul anaknya hingga meninggal dunia, suspek panik dan pergi ke rumah adik iparnya untuk memaklumkan mangsa sudah meninggal dunia akibat terjatuh.

Gambar Hiasan

Nenek buat laporan polis

Adik iparnya memberitahu, terdapat kesan luka pada badan mangsa dan mempercayai kanak-kanak itu meninggal dunia akibat terjatuh.

“Namun, keadaan berubah apabila nenek mangsa tidak dapat menerima keadaan jenazah cucunya yang disifatkan ‘sangat teruk dan penuh kesan luka’.

“Hal ini kerana, mangsa dijaga neneknya sejak berusia tiga bulan sehinggalah dia diserahkan kembali kepada ibu kandungnya, baru-baru ini,” kata polis.

Nenek mangsa kemudiannya membuat laporan polis dan hasil bedah siasat mengesahkan kanak-kanak malang itu mati akibat didera.

Jenazah mangsa di hospital selepas menjalani bedah siasat. – AGENSI

Kesan pendarahan otak

Polis juga memberitahu, mangsa meninggal dunia akibat pendarahan otak selepas ibunya menghantukkan kepalanya ke dinding.

Ketika disoal siasat, suspek mengakui kesalahannya dan memaklumkan dia hilang sabar dengan anaknya kerana kanak-kanak itu degil dan sukar memahami arahan.

Sumber: Utusan Malaysia

Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
Wan Amy