Sekejap masa berlalu. Dah nak masuk setahun dua bulan usia Ayash Affan. Makin besar makin comel Ayash dan badan pun semakin bam bam. Dari renungan mata tu nampak macam dah faham apa orang cakap dengannya.
Apa yang menjadi perhatian ramai, hubungan anak-anak arwah Siti Sarah dan Shuib ini sangat akrab sekali dan nampak abang dan kakak sangat menyayangi adik bongsu mereka.
Melalui perkongsian di IG Shuib Sepahtu, Ayash menjadi mangsa abang dan kakaknya untuk digomol. Si adik hanya layan je apa yang kakak dan abangnya buat.
“Alhamdulillah membesar dengan jayanya..Ayash mirip ibu..peyutttt dia..pipi dia..bulat dan bambam.”
Ads
Ayash dianggap anak yang cukup kuat dan bertuah kerana walaupun membesar tanpa kasih seorang ibu, tetapi dia disayangi ramai orang. Beruntung dia ramai yang sentiasa doakannya membesar dengan sihat.
Moga semua anak-anak arwah Siti Sarah sentiasa dalam lindungannya dan menjadi anak soleh solehah serta dapat membanggakan arwah ibu dan daddy.
Kredit: IG Shuib Sepahtu
Ads
Si manja suka bergambar? Jom, mama papa kongsikan foto aksi bayi anda bertemakan Jungle Cuties untuk peraduan Pencarian Bayi Pa&Ma! Mana tahu ada rezeki boleh menang banyak hadiah menarik. Nak hantar gambar anak klik saja link ini: https://www.majalahpama.my/pencarian-bayi-pilihan-pama/
Setiap anak mempunyai keunikan. Tak boleh nak samakan anak sulung dengan anak kedua atau seterusnya. Mungkin yang sulung jenis pendiam tapi kedua pulak banyak cakap. Tak mustahil juga si bongsu agak garang dan mudah mengamuk.
Walau apa pun perangai anak-anak, ibu bapa kena sentiasa sabar dan sama-sama membentuk keperibadian mereka untuk menjadi seorang yang berjaya dunia akhirat.
Ibu bapa juga perlu tahu ada waktu tertentu-tentu yang sesuai dan mungkin berkesan di hati anak. Memberi nasihat pada anak tak perlu lama sebenarnya tetapi hanya 30 hingga 60 saat pun dah cukup.
Sebelum anak tidur
Semasa anak sedang tidur (nasihati anak dengan bercakap dalam hati atau bisik di telinga)
Waktu anak bangun tidur, peluk anak dan beri nasihat
Selepas anak mandi
Selepas anak solat. Sekali sekala jika ayah jadi imam solat di rumah, nasihati anak semasa atas sejadah.
Selepas anak mengaji. Hati anak jadi murni lepas mengaji
Selepas anak beriadah atau bermain
Selepas anak didoakan di kepalanya
Bila anak terangsang emosi (seperti lepas kena marah)
Selain itu, pastikan anak-anak makan malam sebelum waktu maghrib (ikut sunnah) untuk mudah belajar waktu malam. Jika anak tak habis makan, tak salah untuk ibu bapa menghabiskan lebihan makanan anak, daripada membazirkan makanan tersebut. Adat orang Melayu sahaja yang menegah amalan tersebut.
Tapi jika anak-anak nak makan dulu sebab ayah balik lewat atau solat berjemaah di masjid, elok asingkan makanan untuk ayah.
Janganlah suruh ayah makan lauk pauk lebihan anak-anak. Kalau ada pembantu rumah pun asingkan siap-siap untuk menghargainya. Inilah adab untuk mendidik anak berakhlak baik.
Sumber: rahsiarumahtangga/Dato Fadzilah Kamsah
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ada kanak-kanak mengalami masalah kesukaran untuk tidur tak kira sama ada siang atau pun malam. Biasanya kanak-kanak sangat aktif dan ceria terutama waktu siang.
Oleh kerana terlalu aktif dan asyik hendak bermain sepanjang masa, mereka menolak untuk tidur siang.
Sebagai ibu ayah tentu anda risau sekiranya anak mempunyai masalah sukar tidur. Adakah ia boleh mengganggu perkembangan diri mereka?
Menurut Pakar Pediatrik, Dr.Mohamed Nazir Abu Bakar, ibu bapa perlu tahu sama ada anak mereka cukup tidur atau tidak. Bagaimana caranya?
Kanak-kanak dalam peringkat umur yang sama mempunyai keperluan tidur yang berbeza-beza bergantung kepada kanak-kanak itu sendiri. Satu cara mudah ialah dengan meneliti kelakuannya pada siang hari.
Jika dia nampak kurang ceria, moody dan sering mengantuk, itu adalah indikasi mungkin mereka tidak cukup tidur. Sebagai panduan, kanak-kanak berumur satu hingga tiga tahun memerlukan tidur antara 12 hingga 14 jam dalam tempuh masa 24 jam sehari.
Jika ibu bapa risau adakah anak-anak mereka tidur dengan cukup, ada beberapa soalan yang ibu bapa perlu tanya diri sendiri:
1. Adakah anak anda boleh tidur dalam masa 20-30 minit?
2. Bolehkah anak bangun pagi dengan senang?
3. Adakah anak nampak tenang dan ceria pada siang hari?
4. Adakah anak boleh berjaga semasa aktiviti-aktiviti kurang aktif seperti menonton televisyen dan ketika dalam kereta?
Jika jawapan semua soalan di atas adalah YA bermakna anak anda cukup tidur.
Kanak-kanak yang mengalami masalah kekurangan tidur yang kronik boleh menjejaskan perkembangan mereka. Ia dikaitkan dengan masalah kekurangan Growth Hormone yang diperlukan untuk tumbesaran yang normal dan juga terhad penghasilan hormon Cortisol dan insulin.
Cortisol adalah hormon dikaitkan dengan tekanan manakala insulin pula mengimbang paras gula dalam badan. Kajian ada menunjukkan kekurangan kedua hormon ini boleh mewujudkan masalah diabetes dan obesiti di kemudian hari.
Kekurangan tidur yang kronik juga boleh menyebabkan masalah kelakuan atau behaviour problems dan juga perkembangan gross and fine motor skill (kemahiran motor kasar dan halus).
Dengan memahami keperluan tidur mengikut peringkat umur dan juga simptom-simptom seperti di atas kita boleh mengenali kanak-kanak yang berisiko untuk mendapat masalah kekurangan tidur.
Selepas membaca maklumat ini, sebaiknya pantau kualiti tidur anak anda kerana tidur yang cukup dan berkualiti membantu tumbesaran sihat dan cerdas.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pernah tak alami, pagi-pagi tak tahu punca anak buat perangai? Menangis, marah atau pun meragam? Kita pula kelam kabut nak uruskan rutin. Lepas tu dengan nak melayan lagi, akhirnya emosi kita terganggu, kita pula menyirap.
Bagi mama yang mengalami situasi macam ni, cuba semak, 2 jam sebelum anak tidur kita ada tak buat 5 kesilapan ini. Nak tahu lanjut ini perkongsian dari Puan Hanis Athirah Rusli.
1️⃣- Tinggi suara pada anak
2 jam sebelum tidur adalah fasa otak alpha. Ini fasa otak “Ready” untuk tidur. Bila kita tinggi suara atau marah dia, emosi tu akan terbawa bawa sampai ke dalam mimpi dia nanti.
Kesannya anak tak dapat tidur berkualiti. Ada yang meragam, menangis atau terjaga dari tidur di tengah malam. Bila tidur tak betul, emosi pun jadi tak betul.
2️⃣ – Bagi anak tengok tv atau telefon
Cahaya Blue Light dari tv dan telefon ni boleh menganggu “mood” tidur anak. Dia menganggu penghasilan melatonin, iaitu hormon tidur.
Dek kerana ternampak cahaya tv dan telefon je anak boleh jadi liat nak terlelap. Jadi susah nak lena. Pusing kiri, pusing kanan, tak tidur tidur juga. Cahaya blue light punya angkara la tu!
3️⃣- Main yang terlalu penat
Kalau main waktu siang penat tak apa, malam dia senang tidur. Tapi kalau 2 jam sebelum tidur duk bergelinjang sampai berpeluh peluh, alamatnya makin segar la mata anak tu.
Ini kerana apabila mereka bermain hormon adrenalin akan terhasil. Hormon ni buat mereka jadi makin fokus dan makin segar. Kena tunggu berjam jam nak bagi reda adrenalin ni pula baru boleh tidur.
4️⃣- Makan yang berat berat
Bukan sahaja makan lewat malam boleh ganggu kualiti tidur malah ia boleh ganggu juga kualiti kesihatan anak tu. Tinggi risiko masalah obesiti dan gastrik.
Jika kerap sangat anak minta makan waktu malam sebelum tidur ada kebarangkalian anak dah kena NES ( Night Eating Syndrome )
Makan ringan seperti roti, kuih muih tu tak mengapa tapi kalau tengah malam minta mee goreng, nasi goreng tu tak boleh.
5️⃣ – Tidak buat rutin tidur
Ya, tak ada rutin tidur yang baik pun boleh menganggu tidur yang berkualiti. Sebagai contoh rutin sebelum tidur ialah gosok gigi, basuh kaki, cuci muka, bed time story dan berbual.
Nampak remeh tapi rutin ni banyak membantu anak kita untuk masuk dalam “Sleep Preparation State”. Bila ada rutin yang konsisten ni tak ada isu lagi mata tak mengantuk dan tidur lewat.
Tidur sangat penting untuk anak bawah 7 tahun sebab masa tidur la terhasilnya Growth Hormon yang bantu anak membesar lebih sihat dan kuat.
4 hari berturut-turut kurang tidur, tumbesaran anak boleh terbantut setahun tau. Serius takde ibu ayah yang nak anak dia jadi bantut!
Terkejut juga bila tahu perkara ini. Nampak remeh, tapi membawa kesan jangka masa panjang yang sangat merisaukan. Tapi bila diselidik memang betul ada punca yang menyebabkan Ahza atau Afraz bertindak buat perangai keesokkan hari bila Anis terlepas pandang puncanya.
” Motherhood is about raising and caring the child you have, not the child you thought you would have”
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.