Sekejap masa berlalu. Dah nak masuk setahun dua bulan usia Ayash Affan. Makin besar makin comel Ayash dan badan pun semakin bam bam. Dari renungan mata tu nampak macam dah faham apa orang cakap dengannya.
Apa yang menjadi perhatian ramai, hubungan anak-anak arwah Siti Sarah dan Shuib ini sangat akrab sekali dan nampak abang dan kakak sangat menyayangi adik bongsu mereka.
Melalui perkongsian di IG Shuib Sepahtu, Ayash menjadi mangsa abang dan kakaknya untuk digomol. Si adik hanya layan je apa yang kakak dan abangnya buat.
Comel tengok tiga beradik ini. Nampak muka Ayash sekarang dah macam abang sulungnya Uwais Al-Qarni.
Shuib juga akui setiap pagi bangun tidur dapat tengok momen ni, memang best. Orang kata view paling menarik buat ibu ayah.
“Dah nampak muka macam abang sulung dia, iras arwah comel”
“Semangatnya Ayash. Geram tengok dia !!😍”
“Ayash ada rupa ibu dan Uwais. comel, anak hebat kurniaan Allah.”
“Alhamdulillah membesar dengan jayanya..Ayash mirip ibu..peyutttt dia..pipi dia..bulat dan bambam.”
Ayash dianggap anak yang cukup kuat dan bertuah kerana walaupun membesar tanpa kasih seorang ibu, tetapi dia disayangi ramai orang. Beruntung dia ramai yang sentiasa doakannya membesar dengan sihat.
Moga semua anak-anak arwah Siti Sarah sentiasa dalam lindungannya dan menjadi anak soleh solehah serta dapat membanggakan arwah ibu dan daddy.
Kredit: IG Shuib Sepahtu
Si manja suka bergambar? Jom, mama papa kongsikan foto aksi bayi anda bertemakan Jungle Cuties untuk peraduan Pencarian Bayi Pa&Ma! Mana tahu ada rezeki boleh menang banyak hadiah menarik. Nak hantar gambar anak klik saja link ini: https://www.majalahpama.my/pencarian-bayi-pilihan-pama/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)