Setiap kali perkhabaran baru mengenai buah hati rakyat Malaysia ini, Ainul Mardhiah di kongsikan pastinya ramai nak tahu dan teruja melihatnya.
Bukan apa daripada seorang bayi yang diuji dengan penyakit yang jarang berlaku dan kini semakin sihat, ia sesuatu yang sangat mengembirakan buat semua yang pernah mendoakan si kecil ini.
Kini selepas lapan bulan menjalani pembedahan di United Kingdom (UK) untuk membuang ketumbuhan di mulut, cinta hati rakyat Malaysia ini dah mencecah berat badan sebanyak 6.2 kilogram (kg).
Perkara tersebut dikongsi oleh bapanya Ahmad Safiuddin Ahmad Razak di laman Instagram dengan memuat naik sekeping Ainul Mardhiah.
Menurut Ahmad Safiuddin, pakar nutrisi di UK turut berpesan jangan dibiarkan berat badan Ainul naik mendadak sebaliknya secara perlahan tetapi konsisten.
“Even dietitian ketika di UK dulu pun pesan jangan bagi Ainul naik berat badan secara mendadak sebab bila berlaku perkara seperti itu..
“…Ainul akan susah nak belajar meniarap dan sebagainya disebabkan berat badannya yang ketara. Lagipun, Ainul jangan membesar laju sangat nanti mama & walid rindu,” tulisnya.
Rata-rata netizen tidak terlepas memuji dan menitipkan doa supaya Ainul terus membesar dengan sihat.
Kami sayang Ainul
Sumber: Ahmad Safiuddin