Bermata bundar, berkulit putih gebu, membuatkan penampilan Vie Raissa menjadi perhatian warga net yang menjadi pengikut di Instagram ibunya, Vie Shantie Khan.
Dilahirkan pada 2 Januari tahun ini, Vie Raissa atau Baby Raissa merupakan anak keempat usahawan ini yang memiliki wajah persis ibunya Vie Shantie Khan dan tiga adik beradiknya yang lain.
Raissa Berdebar Nak Kena Suntik
Dalam perkongsian Vie Shantie pada awal bulan ini, genap usia si kecil Raissa tiga bulan. Dalam posting itu juga menunjukkan gambar Raissa yang bersiap untuk ke hospital bagi mendapatkan suntikan.
Assalamulaikum and Hi all.. Today 02.04.2020 i am 3 months Old, ini muka i on the way to hospital for monthly injections 💉 i rasa berdebar je.. Please pray for me ok ? Sebab hari ni mesti dua-dua peha i kena jarum lagi macam last month 🥺 #VieRaisaa#3MonthsOld # #SabarTabahRedho😷😂
Dalam entry yang lain pula sekitar jumaat yang lalu, Baby Raissa muncul lagi di Instagram mamanya dengan kapsyen mengucapkan salam jumaat yang barokah untuk semua muslimin dan muslimat.
Kecomelan Raissa mendapat komen daripada rakan artis dan orang ramai. Melihatkan respon yang sebegitu, Vie Shantie hadiahkan sebuah video buat warga net yang suka melihat keletah si kecilnya itu.
Ads
Nampaknya Raissa sudah pandai tersenyum dan bermain saat diagah. Comel sangat!
MasyaAllah.. terharu dengan semua Comments dan kata-kata baik dari kalian semua buat Raissa 🧡 Kerana Ramai sangat yang suka dan sayang Raissa, Mumy hadiahkan kalian Video Raissa buat semua, cuma Raissa ada satu pesanan.. She said “Please dont bite me” 😂#VieRaissa#MyLittleAngel🦋#MyLittleSunshine🌞
Memang sedia maklum dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, rakyat digesa agar patuh untuk kekal berada di rumah. Raissa juga tak ketinggalan. Menurut ibunya dia menggunakan pelbagai aplikasi untuk hiburkan si comel Raissa sepanjang PKP ni.
Sukar nak faham perangai anak umur 2 tahun terutama bila mereka tantrum. Tapi ayah terutamanya jangan cepat marah sebaliknya kena sabar dan pujuk si kecil.
“Kenapa tak dengar cakap papa ni. Kan papa suruh diam. Jangan nangis lagi. Degil ya!” marah si ayah pada anaknya berusia 2 tahun yang buat perangai lepas tu sengaja menangis kuat-kuat.
Mesti ramai ayah yang bersikap begini kan? Menggunakan kuasa veto seorang ayah untuk mengawal si anak yang baru berusia tak lebih 3 tahun daripada berbuat nakal. Kekerapan si kecil buat perangai dan kuat mengamuk, benar-benar menguji kesabaran ayah. Tapi puas dimarah dan dipukul, anak tetap tak makan saman. Betulkah cara didikan tersebut?
Pada yang bergelar ayah bolehlah baca perkongsian ilmu daripada Ibu Rose, seorang Family & Love Guru yang telah berkecimpung di dalam bidang pembangunan modal insan dan pendidikan melebihi 27 tahun ini. Semoga bermanfaat dalam mendidik anak menjadi insan yang cemerlang dunia akhirat.
Semasa bersembang dengan beberapa ayah muda tempuh hari, seorang itu amat terkejut bila Ibu mengatakan anak-anak berusia 2 tahun memang akan tidak mendengar cakap. Malah sering mengatakan NO, atau yang sewaktu dengannya.
Dia agak terkejut kerana selama hari ini dia menyangkakan anaknya yang dulu baik dan mendengar kata, sudah mula degil dan macam biadap pun ada katanya.
Ibu katakan kepadanya, “Tak, itu bukan degil ke biadap dan buruk akhlak. Anak itu sedang melalui fasa Individuating iaitu fasa yang menegapkan kewujudannya. Fasa di mana dia mahu menyatakan dia juga punyai hak memilih. Fasa ini perlu dikendalikan dengan baik, jika tidak ianya akan memberi kesan buruk bila anak itu besar nanti”
Nampak bulat mata si ayah-ayah tu. Soalannya yang seterusnya pula; “sampai bila fasa ni Ibu?” Ibu menerangkan bahawa fasa ini boleh jadi sekejap jer iaitu hingga anak 3 tahun jika ibu bapa dan orang yang mendidiknya bijak mengendalikan fasa ini dengan baik.
Jangan cepat melabel anak itu dengan label yang buruk sebab itu akan membawa kepada identiti diri anak itu dan pada usia 3 tahun, anak itu akan mengambil identiti yang sering diulang terhadap dirinya. Contoh, ‘budak degil, hiperaktif, jahat, nakal dan segala yang sewaktu dengan itu!
“Tak boleh marah ke Ibu?” tanyanya lagi…” marah berpatutanlah jika perlu sangat api perlu faham anak pada usia ini belum faham pun.
Jika ada benda bahaya ambil sahaja dia dari situ dan tunjukkan benda yang selamat. Jika dia meronta, pegang jer dan sooth him, jangan kita pulak sama nak naik berang. Memang anak pada usia ini akan menangis bila disekat anginnya. So, just expect that without thinking anak itu degil atau anda ayah atau ibu yang bodoh.
It is just a phase so chill a little bit.
“Zaman dulu mak ayah tak pun sibuk akan fasa ni? Ada juga yang berkata begitu.” sambungnya lagi. Jawapan Ibu, “siapa kata?”
“Sayang ingat ke macamana sabar emak ayah kamu mendidik? Mungkin ingat sikit-sikit ayah dukung atas bahu bawak pergi tengok burung, buah etc. Itu bukankah cara si ayah mengalihkan pandangan supaya sayang tak menunjukkan tantrum. Emak ayah dulu pun tahu dan ramai di antara mereka sangat sabar. Mereka sering berkata…ala budak…kan? ada jugalah yang tak tahu dan tak sabar. Itulah yang anak-anak mereka kemudiannya ada masalah emosi sikit dan mungkin banyak. Nak pilih contoh yang mana?” tanya Ibu kepada yang bertanya tadi.
Termenung jugalah para ayah muda yang prihatin tu. Kata-kata akhir seorang tu… “Eh, banyak kena tahu ni….besar tanggung-jawab ni.” Nanti Ibu cerita lagi boleh?” Ibu mengangguk bersyukur.
Ibu senyum bersyukur dalam hati Ibu mendoakan mereka. Inilah contoh para ayah yang sentiasa mahu memperbaiki diri demi kesejahteraan anak-anak dan isteri dan mereka ini tahu peranan besar mereka mendidik dan membentuk Ummah.
Faham fasa anak kecil
Pada usia dua tahun atau lebih atau kurang sikit, merupakan masa yang paling mencabar ibu bapa. Seperti yang Ibu selalu katakan sebelum ini. Jika bijak ibu bapa kendalikan perangai anak-anak kecil itu semasa ini, InsyaAllah, akan lebih mudah menguruskan mereka bila sudah remaja nanti.
Tantrum yang sering ditunjukkan anak-anak kecil masa ini adalah cetusan-cetusan perasaan, rasa tidak selesa atau tak puas hati. Kadang-kadang tu, hanya sebab tak pandai makan dengan sudu pun dah boleh menyebabkan mereka mengamuk.
Kenapa?
Sebab pada usia ini dia nak buat macam orang dewasa tapi motor skil belum mahir. Itulah yang menyebabkan dia kecewa. Malah dia ingat dia dah dewasa pun.
Relaks, jangan cepat nak melenting bila dia jatuhkan sudu ke, apa ke. Kita pun jatuhkan sudu dan buat macam tak pandai makan dengan sudu juga…pasti dia terheran and tantrum terhenti.
Pada usia ini anak-anak hanya ada Attention dia belum ada Intention (niat).
Pada usia ini anak-anak tidak ada niat buat sesuatu kerana sesuatu. Contohnya, dia tidak menangis sebab nak beri ayah-mama pening! Dia tiada niat begitu pun!
Bila kita faham akan perkara ini, maka untuk menghalang anak-anak dari terus mengamuk kerana hendakkan barang atau nak menghalang anak dari pergi ke tempat yang bahaya. Wujudkan sesuatu yang akan menarik perhatiannya dengan LEBIH lagi.
Mengapa tak elok kita marah terlebih pada mereka bila mereka show tantrum?
Sebab anak-anak kecil ni memang tak faham lagi dan bila kita marah terlebih, yang akan jadi adalah mereka menjadi lebih degil atau takut macam kura-kura masukkan kepalanya. Oleh itu bila dia dah usia besar sikit, maka kedegilan yang ketara akan menjadi-jadi atau penakut dan tak confident yang teruk akan melanda anak itu. Penat nak tarik dia nak belajar ke, nak buat apa-apa ke.
Jangan risau bila kita layan dengan baik anak itu tetap tantrum. Bila dia nak menangis dan tantrum, kita beri dia peluang asal jangan membahayakan diri. Kita boleh duduk dekat dengannya, atau bawa dia ke tempat lain dan basahkan mukanya sambil sebut “Ayah faham sayang letih…ni ayah dukung and peluk!”
Wahai ayah-ayah semua, gentlemen dan amazingnya anda jika anda bersabar begini. You show a higher level of leadership dan anak itu akan belajar akhlakmu.
Orang akan kata kita manjakan anak. Itu orang yang tak faham mengenai perkembangan kanak-kanak! Kita tak perlu ikut kata-kata mereka. Bayangkan anak tu baru 2 tahun, kecil tu, dah nak ditengking dan dipukul bagai hanya kerana dia menangis kerana letih atau kecewa toys kena rampas ke. Sepatutnya, kita bimbing dia macamana nak kendalikan frustration dia dan bukan kita pulak yang frustrated dengan anak kita yang comel tu.
Ibu mendoakan agar sayang semua akan bertambah bijak dan sabar mendidik anak-anak.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Fasa mengamuk, membaling dan memukul biasanya kerap berlaku pada anak di usia 3 tahun ke bawah. Keadaan ini berlaku kerana mereka mahu menunjukkan ketidakpuasan hati dan menarik perhatian ibu bapa.
Tetapi ibu bapa yang mengalami situasi ini kerap kali tidak dapat mengawal kemarahan dalam diri sehingga menyebabkan anak dimarah berulang kali atau pilihan terakhir mengangkat tangan untuk menyuruh anak berhenti dari tindakannya itu.
Berdasarkan perkongsian dari Pakar Keibubapaan, Kekeluargaan dan Kasih Sayang, Ibu Rose beliau menyatakan ibu bapa kena memahami kenapa si kecil anak bertindak sedemikian sebelum mengambil tindakan untuk menghukum. Cara ini bukan sahaja dapat menenangkan anak sekaligus mengawal perasaan marah ibu bapa.
Ketahuilah bila anak kecil di bawah usia 3 tahun mengamuk dan membaling dan memukul-mukul anda atau menghentak-hentakkan kepalanya…itu tandanya dia sendiri sedang tenggelam di dalam Monster yang terbit dari dirinya.
Jika anda marah, monster itu akan terus hidup dan menyemarakkan amarahnya. Jika api merebak, anda tidak akan meniup angin ke arah api itu bukan?
Marah adalah ibarat api dan memang disuntik oleh Iblis yang berasal dari api. Itu sebabnya memarahi, memukul dan menyuruh diam dengan sangat kasar bukan jawapan yang tepat
Anda perlu fikirkan, apakah yang boleh memadamkan ‘api’? Ya, air! Apakah air di dalam komunikasi? Bacaan DOA yang menghasilkan sabar dan ketenangan. Maka bacalah dan ambil air serta perlahan-lahan sapukan pada muka anak yang sedang mengamuk sambil membacakan doa dan menyebut anda sayangkan dia. Urut badannya dengan kelembutan tangan mu. Ini akan mengurut emosinya dan menenangkan Monster itu untuk kecil menjadi anak kucing yang jinak.
NAMUN, ada satu syarat penting untuk berjaya. Dan inilah yang sering ibu bapa terlepas pandang. Di hati anda mesti bersangka baik dengan anak anda. Dia mengamuk begini bukan sebab dia sengaja hendak berperangai buruk dan mahu menyusahkan anda. Ada sesuatu yang tidak kena dan dia cuba memberitahu.
Jika ada orang menyuruh anda menengking atau memukul anak anda yang masih kecil itu dan mengatakan jangan dibiarkan nanti dia jadi lenja, ternyata orang itu belum faham psiikologi kanak-kanak dan belum mengkaji cara Rasulullah mendidik kanak-kanak.
Oleh itu, berpendirian tegaslah dalam membantu anak anda mengatasi monster itu dengan tenaga sabar, tenang dan penuh kasih sayang.
Siti Aafiyah, anak perempuan Dato’ Sri Siti Nurhaliza ini sudah pandai wefie (berswafoto). Wajahnya juga dikatakan semakin seiras dengan ibunya. Foto wefie mereka mendapat perhatian netizen sehingga menerima hampir 200k likes dalam masa 9 jam!
Foto yang dimuat naik di Instagram Dato’ Sri Siti itu memaparkan kedua-duanya memakai persalinan fabrik yang sama ungu berbunga.
Aafiyah yang kini berusia 8 bulan sudah boleh duduk pada baby chair dan ini adalah satu perkembangan yang baik bagi bayi seusianya.
Sebagai anak kepada ratu pop nombor 1 Malaysia, si kecil ini sentiasa mendapat perhatian para netizen. Para peminat ibunya tidak puas menatap gelagat dan aksi Aafiyah serta memuji kecomelannya.
Kelahiran bayi pramatang adakalanya tidak boleh dielakkan. Ia terjadi kerana pelbagai faktor daripada ibu dan bayi. Nak tahu lebih lanjut mengenai kelahiran & survival anak pramatang, boleh ikuti rancangan TV Pa&Ma, 6 November 2018 jam 12 tengah hari dan 9 malam di Astro Prima & Astro Maya HD.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Cuti sekolah ini pasti ada yang mengambil kesempatan nak khatankan anak. Memang tak dinafikan kaedah sekarang buatkan luka pada tempat khatan sembuh dengan cepat, tapi untuk ibu yang pertama kali nak jaga anak berkhatan, tentu ada gusarnya.