Masuk hari ke sembilan, penyanyi Ameer Sofarz mendedahkan wajah si comel, permata hati kesayangannya dan isteri yang baru dilahirkan pada 27 Oktober lalu.
Menerusi instagram miliknya, Ameer juga turut mengumumkan nama pilihannya bersama isteri buat puteri sulung mereka. Sebuah nama yang cukup indah, Liana Eldora Delisha.
Bagi mengumumkan nama itu, Ameer turut membingkaskan sebuah video khas dengan koleksi beberapa keping gambarnya bersama puteri kesayangannya itu. Comel sekali.
“Bismillahirrahmanirrahim…Assalamualaikum, saya baby Liana Eldora Delisha.
” Hari ni hari ke-9 saya dilahirkan,” katanya berkongsi di ruangan kapsyen.
Dalam bingkisan ringkas itu, Ameer turut mendoakan moga perjalanan anak kecilnya itu sentiasa dilindungi Allah SWT serta dirahmati dunia akhirat. Semoga si kecil ini menjadi penyambung generasi dan membahagiakan ibu dan ayahnya kelak.
“Doakan saya menjadi anak yang solehah dan sentiasa di dalam lindungan Allah s.w.t serta sentiasa dirahmati dunia akhirat. Amin,” katanya lagi.
Wargamaya teruja tengok pipi
Dalam pada itu, wargamaya dan seluruh peminat Ameer turut melontarkan pelbagai reaksi dengan perkongsian itu. Ramai yang memuji kecomelannya tidak kurang juga yang teruja dengan pipi labuhnya. Cukup comel.
“Ya Allah pipi dia, bambam….”
“Aamiin..alo lo comeynya dia. Nama pun unik la..auntie doakan semoga awak jadi puteri cantik yang baik hati”
“Kemain lagi pipi dia! Cobet kang! Bape kali bangun malam ni? Good luck yer daddy mummy”
“Comeyl wehhhhhh…tolong cubitkan pipi dier untuk aku”
Terdahulu, Ameer telah mendirikan rumah tangga bersama isteri tersayang, Saidatul Nazriah Abdul Latif pada Januari 2015. Kini selepas lima tahun menunggu zuriat, pasangan ini dikurniakan cahaya mata comel, Liana Eldora Delisha.
Artikel berkaitan: Tahniah Ameer Sofazr & Isteri, Umum Berita Gembira Isteri Kini Hamil Setelah 5 Tahun Menanti!
Hanya Dibenarkan Iqamat Tanpa Pegang Baby, Ameer Sofazr Tak Sabar Nak Jumpa Anak & Isteri!
Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents