Geran Untuk Pengendali Taska Patuhi & Laksanakan SOP, Ibu Bapa Dapat Insentif Cukai!

Share

Pengumuman dari YAB Tan Sri Dato; Haji Muhyidin Haji Mohd Yassin sebentar tadi pastinya membuka sedikit ruang dan keyakinan kepada pengusaha taska dan ibu bapa untuk menghantar kembali anak-anak ke taska.

Melalui pengummam yang dibuat, Perdana Menteri turut memaklumkan pemberian insentif yang memberi kelebihan kepada ibu bapa. Pastinya ia memberi sedikit kelegaan dan memberi penambahbaikan untuk kedua-dua pihak.

Gambar hiasan.

“Bagi meningkatkan keyakinan ibu bapa untuk menghantar semula anak-anak mereka ke taska, kerajaan akan memberikan geran kepada pengendali taska untuk mematuhi dan melaksanakan SOP yang ditetapkan,” katanya.

Selain itu, e-Baucar akan disediakan untuk perkhidmatan pengasuh kanak-kanak yang ditempah dalam talian.

Paling menarik, insentif cukai pendapatan individu untuk yuran yang dibayar kepada taman asuhan dan taman didikan kanak-kanak akan juga turut diberi sehingga RM3,000. Langkah ini akan dikawal selia oleh Kementerian Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat dan LHDN. Hal ini pastinya memberi sedikit kelegaan terutama kepada ibu bapa yang membayar cukai pendapatan setiap tahun.

Bantuan Untuk Ibu Tunggal Dan OKU

Selain itu, Perdana Menteri turut mengumumkan beberapa bantuan lain yang memberi pulangan bermanfaat untuk semua. Malah ibu tunggal dan golongan orang kurang upaya juga tidak terkecuali.

Antaranya bagi menggalakkan pengambilan pekerja oleh majikan, kerajaan akan memperkenalkan Program Insentif Pengambilan Pekerja di mana syarikat akan diberikan insentif kewangan untuk memberi pekerjaan kepada golongan penganggur dan belia.

Dianggarkan 300 ribu pencari kerja akan mendapat manfaat melalui dua insentif iaitu:

Pertama: Insentif bagi menggaji penggangur berumur di bawah 40 tahun sebanyak RM800 sebulan bagi setiap pekerja; dan

Kedua: Insentif bagi menggaji penganggur berumur 40 tahun dan ke atas dan golongan OKU sebanyak RM1,000 sebulan.

 

Paling menarik, untuk golongan ibu tunggal OKU turut sama diberikan perhatian. Sehubungan itu, lebih 300,000 OKU dan ibu tunggal yang tersenarai di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat layak menerima bantuan one-off sebanyak RM300 bagi mengurangkan beban mereka.

Bayaran ini InshaAllah akan disalurkan sebelum Hari Raya Aidiladha. Kerajaan juga akan memperuntukkan geran kepada pertubuhan bukan kerajaan yang berkaitan.

 

Published by
Siti Ramlah Mahmud