Resipi Buat Tanghulu Rangup ‘Krup Krap,’ Gerenti Anak-anak Suka

Share

Tanghulu resipi viral yang menjadi kegilaan ramai sekarang ini. Bila scroll media sosial, mesti ramai yang sedang ghairah mencuba untuk membuat tanghulu. Cara buat tanghulu mesti ikut teknik yang betul. Jika tidak, mesti tak jadi!

Manisan yang menggunakan buah-buahan segar ini disalut dengan sirap gula yang dimasak. Teksturnya sangat rangup apabila digigit. Peminat snek manis pasti akan menyukainya.

Ramailah yang cuba hendak buat sendiri. Tak nafikan memang sedap kalau buat sendiri. Cuma bila buat sendiri, perlu sabar terutama waktu tunggu gula sampai jadi karamel berbuih, baru boleh letak buah dalam air berisi ais.

Tanghulu ini memang sedap betul bila kita guna oren kecil-kecil dan strawberi. Sekali buat sahaja terus menjadi. Rangup bila dimakan. Paling penting tidak lekat gigi.

Resipi Buat Tanghulu Rangup ‘Krup Krap’

RESIPI TANGHULU

Bahan-bahan:

2 cawan gula
1 cawan air
Ais batu
Air sejuk
Buah-buahan (strawberi,oren dan anggur)
Lidi/cucuk sate

Gerenti Anak-anak Suka

Cara membuat:

1. Sediakan buah-buahan. Pastikan buah-buahan betul-betul kering selepas dicucuk dengan lidi/cucuk sate.

2. Campurkan air sejuk dan ais batu di dalam jug. Ketepikan.

3. Masukkan gula dan air ke dalam periuk. Guna api perlahan.

4. Apabila gula sudah nampak mencair, buka api sederhana besar. Biar gula jadi sedikit perang. Jangan terlalu perang nanti gula akan teraas pahit.

 

5. Selepas gula sudah mula berbuih, cepat-cepat celup buah pada air gula yang berbuih. Celup sekejap-sekejap sahaja.

 

6. Kemudian celup buah dalam jug berisi air sejuk dan ais batu yang telah disediakan dari awal tadi. Celup sehingga gula itu menjadi keras. Bolehlah dikhidangkan.

Memang rangup buah-buahan ini bila dimakan. Ramai kata manis tapi kalau sekali-sekala makan tidak mengapalah. Buat ‘rasa-rasa’ bila tekak teringin sesuatu yang manis.

Sumber: Inah Sakinah 

Baca artikel lain di sini: Ramai DM Minta Resipi Viral Mee Kicap Wantan Adam Corrie Lee. Mudah & Simple, Rugi Tak Cuba!

Resipi Kuih Kaswi Pandan Gedik, Paling Senang Nak Buat, Patutlah Viral!

Published by
Has