Mula membersihkan mulut bayi beberapa hari pertama selepas lahir perlu untuk memastikan kebersihan mulut dijaga dari awal. Selepas menyusu, lap gusi bayi dengan tuala kecil yang bersih dan lembap untuk menanggalkan plak.
Sebagai ibu bapa, anda perlu jadikan rutin membersihkan gigi anak dan buang persepsi ‘baru gigi susu kalau rosak pun nanti tumbuhlah gigi baru’. Jika mentaliti ini ada dalam diri anda, bila dapat anak seterusnya pun anda akan fikir hal yang sama.
Jadi sebaiknya buat langkah ini untuk memudahkan anda membersihkan gigi dengan mudah.
• Mewujudkan rutin pembersihan mulut yang baik di peringkat awal usia.
• Menyelia pemberusan gigi kanak-kanak sehingga berumur enam tahun.
• Gunakan ubat gigi bersaiz kacang hijau untuk mengelak anak anda menelan secara berlebihan.
• Bagi membantu anak anda memberus gigi, berdiri di belakang mereka dan condongkan kepala ke atas supaya semua permukaan gigi boleh diberus menggunakan kaedah gosokan yang lembut.
ARTIKEL BERKAITAN [Tompok Putih Di Gigi Anak Tanda Awal Rosak. Buat Tak Tahu Boleh Berlubang]
Selain tip tersebut, anda mungkin boleh mencuba tip yang dikongsikan Lamy menerusi Kelab Soal Jawab Ibu & Bakal Ibu Comel yang menggunakan kayu sugi untuk membuang tompok putih di gigi anak.
Saya beli sepaket (20 gram) berharga 50 sen sahaja. Sebelum menggunakannya, rendamkan kayu sugi dalam air suam selama 10 minit, kemudian gosokkan kayu sugi itu pada kesan degil di gigi anak anda.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit : ohd.moh.gov.my & Lamy via Kelab Soal Jawab Ibu & Bakal Ibu Comel