Penjagaan mulut dan gigi anak anda perlu bermula sejak gigi pertama tumbuh lagi. Kerosakan gigi atau karies gigi boleh bermula sebaik sahaja gigi pertama tumbuh dan terdedah kepada persekitaran mulut.
Penjagaan gigi sangat penting untuk memastikan bahawa gigi dan gusi dibersihkan secara rutin bagi mengurangkan proses kerosakan.
Selalu saya dengar:
1. Anak saya gigi dia tumbuh awal, sebab tu rosak
2. Anak saya jenis gigi rapuh, sedar-sedar saja dah pecah gigi dia
Gigi Susu Memang High Risk Dapat Karies Sebab Anak Menyusu
Ads
Sedar atau tak, gigi susu memang high risk untuk dapat karies sebab anak dalam stage menyusu. Anak keep menyusu, tertidur dengan susu bertakung dalam mulut, cause acidic environment dalam masa tertentu (yang panjang) akhirnya jadi lah karies. Kami (perawat) seriously very aware about that.
Bukan Sebab Tumbuh Gigi Awal Atau Sebab Gigi Rapuh
Ads
So stop beralasan bila jumpa dentist sebab diorang dah khatam perjalanan hidup karies. Berhenti salahkan takdir. Bukan sebab tumbuh gigi awal or bukan sebab gigi rapuh.
Just open up your mind dan terima lah rawatan sewajarnya. Kita manusia biasa, tak terlihat jahat pun jika anak ada karies. Yang jahat kalau anak tak di vaksin.
Biasakan Anak Dengan Dental Checkup
Ads
Jika anak belum ada karies, biasa kan anak dengan dental checkup so that bila sekolah, tak refuse towards dental therapist & dental treatment.
Bagi pendedahan. Jika belum, berubah.
Menyusu di tempat awam? Masih ramai yang kurang senang dengan tindakan ibu yang berani menyusu di tempat awam. Sebenarnya tindakan ini memang lumrah bagi ibu-ibu menyusu yang keluar bersiar-siar atau pergi ke majlis-majlis tertentu.
Jika diikutkan tak ada halangan pun untuk ibu-ibu menyusu dikhalayak ramai cuma kena lebih tahu batas-batasnya.
Melalui pengalaman dari Kaunselor Laktasi, Puan Nad Masrom ada beberapa cara yang boleh ibu praktikkan bila nak menyusu dikhalayak ramai tanpa membuatkan orang sekeliling memberi tanggapan negatif.
Ikuti perkongsiannya
Kalau tanya pada Kak Nad, Kak Nad lebih prefer nursing in public (NIP) compare to bottle feed.
Tapi, Kak Nad still hormat pada pilihan mommies yang masih belum yakin untuk menyusu secara terbuka di tempat awam dan masih memilih untuk beri botol.
Kenapa Kak Nad pilih untuk NIP?
Kerana Kak Nad nak spend masa dan create bonding pada setiap saat yang Kak Nad ‘berpeluang’.
Sebagai seorang wanita bekerjaya, sejujurnya Kak Nad banyak terkurang masa dalam memberi perhatian kepada anak-anak Kak Nad.
Menunaikan tanggungjawab dengan mengepam di tempat kerja sahaja belum cukup puas untuk bina ikatan kasih sayang antara Kak Nad dan anak-anak.
Jadi, Kak Nad tak nak sia-siakan setiap masa yang Kak Nad ada untuk menyusukan bayi Kak Nad secara direct. Anak kita tak selamanya kecil.
Cabaran penyusuan bukan setakat memastikan bekalan EBM untuk anak yang ditinggalkan mencukupi, tapi juga dalam memastikan jalinan kasih sayang dapat terbina dengan baik.
Bukan semua ibu diberi peluang menyusukan anak. Ada yang perlu berkorban sebagai EPMOM dan ada pula yang tiada peluang untuk memberikan anak dengan susu ibu kerana kurangnya ilmu.
Jadi, Kak Nad masih lagi yakin untuk teruskan penyusuan buat si kecil dengan menyusu di tempat awam.
Apa tips Kak Nad menyusu dengan yakin di tempat terbuka?
Selain mengenakan tudung yang labuh, Kak Nad juga kerap menggunakan carrier atau babywearing.
Jadi Kak Nad menyusu sambil memakai carrier. Ada caranya mommies. Boleh belajar dengan mereka yang ahli dalam bidang ini.
Penyusuan di tempat awam bukanlah suatu halangan untuk mommies.
Apa yang penting, mommies perlu lebih yakin dan tidak segan untuk menunaikan hak anak di mana mommies berada.
Tip untuk penyusuan di tempat awam juga adalah:
Nak tahu lanjut tip penyusuan ditempat awam, boleh klik link ini
Usahawan dan personaliti media sosial, Syafiqah Aina yang baru menimang cahaya mata kedua, 2 hari yang lalu mengakui fasa melahirkan anak memang mendebarkan.
Namun dia bersyukur kerana segalanya dipermudahkan dan proses melahirkan bayi lelaki seberat 3.59kg lancar walaupun pada awalnya dia terpaksa menyerah diri di hospital kerana masih belum ada tanda-tanda melahirkan ketika itu.
Menurut perkongsian ibu kepada sepasang cahaya mata ini, Aina berkongsi yang mana dia terpaksa pula menahan sakit rengat selepas bersalin.
“Dah lepas menahan contraction berjam-jam, kena tahan rengat pula. Malam ni dia sambung bagi kita rasa, takut agaknya kita lupa rasa contraction tu cemana”
Mungkin ramai yang masih tidak tahu tentang sakit rengat selepas bersalin kerana situasi untuk bukan terjadi kepada semua ibu-ibu selepas bersalin.
Menurut Perkongsian Dr. Afiq dalam artikel Pa&Ma, Sakit Rengat atau bahasa Mat Don ‘AFTER BIRTH PAIN” adalah sakit menyerupai senggugut selepas bersalin. Ada pihak mengatakan sakit ini lebih kuat daripada sakit kontraksi semasa hendak bersalin.
Ini adalah antara proses pengecutan rahim kepada saiz dan posisi asalnya.
RENGAT BERLIPAT KALI GANDA SEMASA MENYUSU
Kesakitannya akan diamplifikasikan berlipat kali ganda apabila penyusuan ibu dilakukan sehingga ada ibu yang tewas melawan sakit ini.
Mengapa pula?
Penyusuan ibu merangsang penghasilan hormon oxytocin, hormon yang diperlukan si ibu untuk mengecutkan rahimnya segera.
Rahim yang lambat mengecut boleh menyebabkan berlaku TUMPAH DARAH seperti yang berlaku kepada pesakit saya semasa banjir 2014 (nak tahu kisah ibu tersebut, bolehlah dapatkan senaskah buku saya “I NEED A HELICOPTER, MY PATIENT IS DYING”).
RENGAT BANYAK BERLAKU SELEPAS KELAHIRAN ANAK KEDUA & KE ATAS
Biasanya sakit rengat ini hanya berlaku pada anak kedua dan ke atas dan jarang berlaku kepada ibu yang baru pertama kali menimang cahaya mata.
Durasi kesakitan pula sekitar 2-10 hari bergantung kepada keadaan.
Akan tetapi kebanyakkan ibu yang pernah melalui mengatakan durasinya bergantung kepada bilangan anak. Semakin banyak anak, semakin lama sakitnya.
BAGAIMANA MENGHILANGKAN KESAKITAN RENGAT?
Ada kajian di PubMed yang menunjukkan assosiasi stress dan depresi kepada ibu yang kesakitannya gagal diuruskan dengan baik selepas bersalin.
Jadi penting menguruskan kesakitan ibu selepas bersalin dengan baik!
#1. UBAT PENAHAN SAKIT
Pilihan terbaik adalah penggunaan ubat penahan sakit NSAID yang telah terbukti secara kajian memang berkesan. Gabungannya dengan Ubat Paracetamol juga dilihat berkesan.
#2. TEKNIK PERNAFASAN
Teknik pernafasan atau hipnosis juga dapat membantu mengawal kesakitan.
#3. MENGOSONGKAN PUNDI KENCING
Antara tips lain adalah sentiasa membuang air kecil untuk mengosongkan pundi kencing. Pundi kencing yang penuh antara punca menaikkan tahap sakit rengat selepas bersalin.
#4. TUNGKU ATAU LOSYEN PANAS
Petua tradisional juga boleh diamalkan seperti meletak tuku / batu panas ke atas rahim / losyen panas untuk mengurangkan sakit dan mempercepatkan proses pengecutan mengikut kadar yang disarankan sahaja dan tidak berlebihan.
Bagi yang bersalin secara pembedahan, perlulah mendapat nasihat doktor terlebih dahulu. Dibimbangi rawatan yang tanpa kajian boleh mengganggu penyembuhan luka dalaman.
Paling penting si ibu dan pasangannya perlu bersabar dan menguatkan semangat untuk melalui ujian ini.
Risau sakit lama sewaktu bersalin? Sampaikan ada yang lebih 24 jam tahan sakit tapi bukaan jalan belum terbuka. Memang sangat seksa.
Bagi wanita yang mudah bersalin itu satu kelebihan untuknya tapi bila ada yang terpaksa menahan sakit berjam-jam lamanya akibat kontraksi akan jadi serik. Tapi inilah pengorbanan seorang wanita yang sukar dibandingkan.
Berikut antara beberapa cara nak cepatkan bukaan rahim untuk mudah bersalin.
Banyakkan berjalan
Ye, memang sakit. Tapi kalau kita duduk lagi lambat pintu rahim akan terbuka. Tiap kali cek, bacaan masih sama. Jadi banyakkan berjalan. Minta suami pimpinkan kalau takut terjatuh.
Jangan minum air selusuh terlalu awal
Biasanya bila nak bersalin, ramai yang sibuk cari air selusuh. Tahukah anda? Kalau minum air selusuh terlalu awal, anda akan mengalami sakit yang teramat sangat sebab baby dah sedia nak keluar. Tapi bukaan masih kecil. Banyak juga kes rahim pecah sebab ibu dah meneran terlalu awal sebab tak tahan sakit akibat minum air selusuh. Oleh itu, elakkan minum air selusuh awal-awal ye. Bila bukaan dah mencecah 6 cm dan anda dibawa masuk ke labour room, boleh minta kebenaran doktor untuk minum.
Doa Nabi Yunus dalam perut ikan yu
Jangan putus baca doa ni. Minta pertolongan dari Allah. Minta dipermudahkan urusan kita bersalin. Minta supaya kita dan bayi selamat. Insya Allah…Allah maha mendengar. Jangan lupa juga untuk banyakkan berzikir dan selawat ke atas nabi.
Minta maaf dengan ibu bapa dan suami
Yang ni part paling syahdu. Dekat-dekat nak bersalin minta maaf dengan ibu bapa, lebih-lebih lagi suami. Minta dorang doakan supaya kita mudah bersalin. Minta dorang doakan agar kita dan baby selamat. Lagi bagus kalau kita minta maaf dengan semua
orang. Manalah tahu kot ditakdirkan kita syahid sewaktu melahirkan, at least kita dah sempat minta maaf.
Baring mengiring sebelah kiri
Bila dah penat berjalan, ketuk ketampi, dan jalan itik mesti kita nak berehat kan? Bila baring atas katil pastikan kita baring mengiring sebelah kiri. Bukan terlentang.
Banyakkan bersujud
Posisi bersujud akan membantu mempercepatkan bukaan jalan untuk kita bersalin. Ia juga boleh mengurangkan sakit bersalin yang kita alami. Itulah dia 10 cara cepatkan bukaan rahim supaya mudah bersalin yang boleh anda amalkan. Saya doakan supaya anda melalui proses bersalin yang mudah tanpa sebarang komplikasi & semoga anda dan baby selamat.
Kredit: ragamanak via Fazariah Nordin
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!