“Doktor, gigi susu anak saya jarang, umur baru 6 tahun, orang cakap kurang kalsium sebab tu jarang, nak kena pakai braces ke doktor?”
Adeh, budak kecik ada gigi susu yang jarang tu NORMAL, bukan disebabkan kurang kalsium dan tak payah susah-susah nak pakaikan braces, braces hanya untuk gigi kekal sahaja
Lagi pun gigi susu yang jarang sangat bagus, sebab ada ruang yang cukup untuk gigi kekal tumbuh dan gantikan gigi susu nanti
“Jangan risau, gigi susu yang jarang sangat bagus dan lebih mudah gigi kekal tumbuh di samping lebih SENANG berus gigi”
So, mak ayah jangan risau kalau gigi susu anak-anak jarang. Yang perlu dirisaukan, kalau gigi susu anak berlapi-lapis dan rapat pada umur 6 tahun ke atas
Yela, kalau susunan gigi susu pun dah berlapis, bayangkan bila gigi kekal dah tumbuh nanti, saiz gigi kekal besar, pastu tak ada space untuk gigi kekal nak menyelit walaupun gigi susu dah cabut
Possible ke gigi kekal berlapis juga?
Sangat possible gigi kekal anak-anak berlapis dan memang sangat possible kalau mak ayah pun ada set gigi yang berlapis
Dr Izaza nak ingatkan je, mulalah menabung untuk gigi anak-anak dari sekarang. Bukan je tabung untuk belaja, tabung untuk gigi pun dah kena ada, lagi-lagi yang ada potensi untuk pakai #bracespremium
Sumber: Dr Izaza Mohd Zan
#tentanggigi
#doktorgigisihat
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
5 Amalan Berpantang Ini Perlu Diamalkan Selepas Bersalin Caesarean. Nombor 2 Boleh Buat, Tak Perlu Khuatir
Amalan berpantang yang perlu diamalkan oleh ibu yang bersalin secara pembedahan caesarean tidak banyak bezanya dengan ibu bersalin secara normal. Namun, ibu yang bersalin secara caesarean memerlukan penjagaan yang lebih teliti terutamanya di bahagian pembedahan.
Malah, berkemungkinan besar ibu memerlukan masa yang lebih lama untuk pulih sepenuhnya. Untuk memastikan tubuh kembali sihat, ini adalah apa yang perlu ibu buat.
1. Pakai stoking sentiasa
Stoking perlu dipakai sepanjang tempoh berpantang. Ia hanya boleh dibuka ketika mahu ke tandas dan semasa mandi. Di waktu lainnya ia perlu dipakai sepanjang masa. Di samping itu, jangan lupa sapukan minyak panas di bahagian telapak kakai. Cara ini bagus untuk membolehkan tubuh kekal panas dan mengelakkannya daripada dimasuki angin.
2. Berurut seperti biasa
Terdapat salah tanggapan segelintir orang tentang urutan selepas bersalin caesarean.
Dikatakan ibu selepas bersalin secara pembedahan tidak boleh berurut. Sebenarnya, ia boleh dilakukan cuma bahagian luka pembedahan tidak disentuh.
Bahagian tubuh yang lainnya seperti kaki, tangan, belakang badan, kepala boleh diurut sama seperti ibu yang bersalin normal. Inilah masanya untuk tubuh dibelai selepas penat melalui proses bersalin. Tambahan pula urutan dapat membantu melancarkan aliran darah dan mempercepatkan pembuangan darah nifas.
3. Ambil makanan yang seimbang
Semasa berpantang, tubuh memerlukan zat pemakanan yang seimbang. Semuanya demi kesihatan dan pemulihan tubuh dan juga bekalan kepada si bayi menerusi penyusuan susu ibu. Walau berpantang, pastikan tubuh mendapat cukup karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan mineral daripada buah-buahan dan sayur-sayuran.
Makanan yang kaya dengan nutrien ini dapat menjadikan diri lebih bertenaga, membantu melawaskan pembuangan air besar dan melancarkan pengeluaran susu ibu. Diyakini buah oren bagus untuk diambil ketika berpantang secara caesarean. Bukan sahaja kaya dengan bekalan vitamin C, lebih daripada itu, ia membantu proses penyembuhan luka pada kadar yang cepat.
4. Minum air kosong mencukupi
Biarpun dalam tempoh berpantang, air kosong perlu diminum dalam amaun yang banyak. Antara dua hingga tiga liter sehari. Minumlah dalam jumlah yang kecil tetapi lakukannya secara kerap.
Selain daripada membantu kelancaran penghasilan dan pengeluaran susu ibu, air juga sangat penting untuk mempercepatkan proses pemulihan luka.
5. Elakkan aktiviti lasak dan berat
Ketika berpantang, pergerakan diri perlu dijaga. Jadi, elakkan daripada mengangkat benda berat. Dibimbangi luka pembedahan menjadi terbuka atau bernanah.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pernah Kena Ekzema, Wanita Ni Makan Lobak Putih Untuk Pulih!
Ekzema, umum mengetahui keadaan di mana berlakunya radang pada kulit disertai dengan bengkak, gatal dan ruam merah yang kadang-kadang kelihatan seperti kulit melecur yang berair. Jika berpanjangan akan menyebabkan kegatalan yang melampau hingga tidak tertahan dibuatnya.
Bercerita tentang tip untuk memulihkannya, ada pelbagai cara dan petua yang diamalkan selain kekal berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan yang selanjutnya.
Pun begitu, puan Mizhana Padzi ada berkongsi cara yang dipraktikkan untuk pulihkan masalah ekzema yang dialami dan terbukti berkesan dengan mengamalkan pengambilan lobak putih.
Nak tahu lanjut, ikuti perkongsiannya ini.
“Selepas pulih dari ekzema beberapa tahun yang lalu, saya selalu ingatkan diri saya untuk beli lobak putih, masak, dan makan sebanyak yang mungkin”
Ya lobak putih antara sayur yang tak terkenal dalam masakan Melayu apatah lagi diet masyarakat Melayu.
Ibu berpantang je akan makan lobak putih untuk khasiat banyakkan susu. Habis je pantang, tiada siapa layan.
Tapi dalam program ekzema saya, saya akan wajibkan klien ekzema saya makan.
Lobak putih adalah penawar utama ekzema. Kerap makan lobak putih, kulit boleh bebas dari ekzema
Kalau kulit masih ada ekzema, mungkin petanda badan anda tak cukup lobak putih lagi tu, gurau je.
“Lobak putih tak sedap. Anak saya tak suka! ”
Ini antara rungutan anak Melayu yang saya terima. Al maklumlah lobak putih ni pahit
Kalau masyarakat Jepun, Cina dan Korea, lobak putih ni mereka makan hampir setiap hari sebagai bahan wajib dalam sup harian, dalam steamboat atau hot pot mereka, ia juga dibuat kimchi serta digoreng seperti fries.
Kalau mat salleh, orang Eropah dan orang Rusia pula, mereka kuat makan lobak pink dengan butter dan garam macam kita cicah mangga muda dengan garam belacan (lobak pink adalah adik beradik lobak putih juga tapi kulitnya warna pink di luar, putih di dalam dan kecil seperti size ubi kentang)
Saya pula pilih menu paling mudah saja yang saya pelajari dari ayah saya yang pernah jadi chef di PWTC.
Ayah saya ajar, lobak putih harus dimasukkan dalam sup nasi ayam untuk naikkan rasa asli sup ayam.
Jadi, saya akan masukkan lobak putih yang dihiris nipis dalam sup ayam atau sup ikan merah.
Sup ayam dan sup ikan merah yang dicampur lobak putih dan direneh hingga lobak putih lembut memang sangat sedap sebenarnya, anda wajib cuba di rumah (sebab masakan ni tiada di kedai, al maklumlah menu orang sihat)
Kenapa lobak putih berkhasiat untuk pulihkan ekzema terutamanya radang Topical Steroid Withdrawal (TSW) ekzema?
Perubatan tradisional Cina mengatakan,
” Eat radish during winter and eat ginger during summer will keep your doctor away”
Berbeza dengan pepatah mat salleh “eat an apple a day will keep your doctor away”, maka sebab itulah masyarakat Cina dan sepupu mereka seperti masyarakat Korea dan Jepun makan lobak putih setiap hari macam. mat salleh makan epal setiap hari sebagai lambang kesihatan.
Ini kerana mereka percaya lobak putih mampu menguatkan sistem pertahanan tubuh secara semulajadi, menguatkan tulang, menguatkan buah pinggang serta melancarkan aliran darah di samping ia terkenal sebagai penawar segala penyakit kulit jika diamalkan.
ps : saya harap semakin ramai ibu ibu di rumah mula ajar anak-anak makan lobak putih memandangkan masalah kulit di kalangan anak-anak sekarang kian meruncing.
Sup kaki ayam campur lobak putih kaya natural glutamine, tinggi protein serta sumber hyaluronic acid dan kolagen yang penting untuk kesihatan dan keanjalan kulit.
Sumber : mizhana.padzi
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pesan Wanita Hamil Jaga Makan & Elak Stres, Ibu Ini Mahu Kisah Kelahiran Anak Pramatangnya Jadi Iktibar
Lahir anak pramatang minggu 34 seberat 1.7kg ibu ini berpesan kepada ibu-ibu lain agar menjaga pemakanan, sentiasa positif & elakkan stres.
Fathiha Mamat berkongsi catatan kelahiran anak sulung, Nur Airis Syaafia yang lahir pramatang pada usia 34 minggu pada 13 Disember.
DUGAAN IBU SEORANG IBU
Due sepatutnye harini 20/1/2019 tapi baby terpaksa kluar awal dari jangkaan dugaan seorg ibu untuk jaga anak pramatang ?.
Doakan ibu kuat yee?. Bukan senang nak jaga seorg baby pramatang nampak sama macam baby lain tapi sebenarnye tidak.
RAMAI KATA ANAK 8 BULAN TAK BOLEH HIDUP, TAPI IBU TETAP POSITIF
Ramai mulut-mulut orang kata baby 8 bulan tak boleh hidup tapi ibu senyap dan mampu senyum jee walaupun hati menangis.
Mulut manusia kita tak boleh tutup kan. Ibu jadi kan ni satu pengalaman untuk ibu. Ibu harap sangat baby Airis boleh membesar macam yang lain. Yang ada pengalaman jaga ank pramatang boleh laa kongsi.
NASIHATKAN IBU LAIN JAGA PEMAKANAN & KURANGKAN STRES
Nasihat saya untuk bakal-bakal ibu jagalah pemakanan dan jangan stress masa mengandung untuk mengelakkan lahir anak pramatang.
Saya kalau boleh nak putar balik waktu masa pregnant tak mahu stress tapi semua benda dah jadi so jadikan ia satu pengajaran untuk saya dan suami.
Hari kedua -LULUH HATI IBU
Masa ni luluh hati seorang ibu tengok keadaan anak duduk dalam incubator tapi ibu kena kuat.
Hari ke-4 – MINUM SUSU & PERTAMA KALI IBU PEGANG AIRIS
Baby Airis boleh minum susu ibu dah dan first time ibu boleh pegang Airis.
Hari ke-5 – ABAH PUJUK IBU SUPAYA KUAT
Baby Airis baru siap minum susu ibu. Keluar lagi air mata ibu tengok adik kena pakai wayar kat hidung.. Lama-lama ibu tak kuat tapi abah pujuk ibu supaya ibu kuat.
Hari ke-6 – BOLEH BERNAFAS SENDIRI
Adik boleh bernafas sendiri dah. Alhamdulillah sangat-sangat. Ibu rasa nak sujud syukur dekat dalam NICU tu jugak.
Hari ke-7 – BERAT TURUN BANYAK
Baby Airis boleh pindah dekat ward SCN dah Boleh duduk sekali dengan ibu .. Alhamdulillah ada bed kosong untuk ibu tapi ibu blh duduk sehari sebab ibu alahan dengan hospital terpaksa tinggal adik kat SCN seorang tanpa ibu. Sepatutnye adik boleh balik dah tapi berat adik turun banyak sangat terpaksa kena tahan lagi. Tapi nurse situ semua baik-baik ibu pun yakin nak tinggal.
Yang ni hari ke-7 yang boleh duduk sekali dengan ibu. Happy laa tu hari pertama duk dengan ibu.
Hari ke-9- BALIK RUMAH
Yang ni lagi bersyukur sebab adik dah boleh balik rumah.
Hari ke-29 – DISISI IBU
Makin membesar.
Hari ke-30
Sumber: Fathiha Mamat
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI