Amyra Rosli yang kembali set penggambaran tidak akan meninggalkan Aqeef tanpa pemantauan sendiri atau ahli keluarga.
Kelahiran Aqeef Anaqi pada Oktober 2017 mewarnai kehidupan Amyra dan Amar yang bergelar ibu bapa buat pertama kali. Menjadi ibu baru memang menjadi keterujaan dan menyeronokkan, Amyra juga tidak terkecuali.
Amyra Rosli yang telah kembali ke set penggambaran berkata dia dan Amar sepakat untuk tidak meninggalkan Aqeef tanpa pemantauannya dan ahli keluarga. Aqeef sama ada akan dijaga oleh Amar, ibu, adiknya atau ahli keluarga sahaja. Jika Aqeef dijaga pembantu sekali pun, ia di bawah pemantauan mamanya dan ahli keluarga. Amyra juga merancang untuk membawa Aqeef ke set penggambaran sekiranya keadaan bersesuaian.
PANTANG 45 HARI
Ketika berpantang, Amyra dijaga Amar dan ibunya serta perawat pantang. Seperti kebanyakan wanita yang berpantang 40 hari atau 44 hari, Amyra telah berpantang selama 45 hari. Pada hari ke-50, dia telah berlepas ke Thailand bersama Amar untuk membuat persiapan berkaitan kerja.
“Ketika berpantang, Myra buat semua seperti bertungku, bertangas, urut dan berbengkung. Bab pemakanan juga dijaga termasuk mengelakkan makanan yang berangin dan sejuk. Berat sebelum bersalin ialah 58kg akhirnya dah pun turun ke 47kg,” kata Amyra yang turut menyusukan Aqeef.
AMAR NAK BUAT SEMUA!
Amar walau pun tidak biasa jaga bayi sebelum ini ambil inisiatif belajar untuk jaga Aqeef. Sebulan pertama selepas Aqeef lahir, Amar tidak mengambil mana-mana job sebaliknya menjaga dua buah hatinya itu.
“Amar sayang sangat pada Aqeef. Kalau boleh semua benda ingin dilakukan itu walau pun Myra tak minta. Pada waktu malam pula, Amar akan menjaga Aqeef dan bantu sendawakan selepas menyusu. Myra kadang-kadang kesiankan dia penat lepas balik shooting, tapi dia enjoy,” kata Amyra yang ditemui selepas pelancaran kedai Tateh Wangsa Maju baru-baru ini.
Selain itu, pengalaman menjaga anak buah amat membantu Amyra dan Amar. Pasangan ini telah menjaga anak buah berusia lapan bulan beberapa bulan sebelum Aqeef lahir dan mengakui pengalaman ini amat membantu mereka menyesuaikan diri dan praktis. Dia yang pada permulaannya rasa tidak yakin untuk menjaga anak kecil akhirnya lebih confident.
Aqeef Anaqi diakui ibunya seorang bayi yang mudah diuruskan dan suka main air. Amyra juga melahirkan harapan agar Aqeef menjadi orang yang berjaya. Tidak kisah andai ditakdirkan Aqeef menceburi bidang seni, asalkan dia tahu membawa diri dan menghormati orang tua.
Tahniah diucapkan buat pasangan selebriti Datuk Fizz Fairuz dan isterinya, Datin Almy Nadia yang selamat melahirkan bayi perempuan keempat mereka semalam.
Menerusi Instagramnya, Fizz berkongsi perkhabaran gembira itu sambil memuat naik sekeping gambar bersama isteri dan bayi keempat mereka.
Malah bapa kepada empat cahaya perempuan itu turut meluahkan rasa syukur di atas kelahiran bayi keempat mereka yang kini berada dalam keadan baik dan sihat.
Bayi keempat yang dinantikan pasangan itu selamat dilahirkan pada jam 3.49 pagi.
“Alhamdulilahhhh isteri saya selamat bersalin pada pukul 3.49 pagi.
“Terima kasih kepada semua yang mendoakan. Amin… 4-0 keputusan sekarang.. hehe @almynadiaofficial,” tulis Fizz di Instagramnya.
Terdahulu Fizz memuat naik video Almy yang ketika itu berdepan kontraksi sebelum melahirkan malah turut memohon doa semua agar dipermudahkan kelahiran bayi mereka.
“Ya Allah kau permudahkan kelahiran anakku ya Allah.Kau permudahkan lah Ya Allah.. besarnya pergorbanan seorang ibu. Permudahkan lah ya Allah,” tulisnya.
Dalam pada itu, meninjau di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan seluruh peminat pasangan itu turut sama mengucapkan tahniah di atas kelahiran juga mendoakan kesejahteraan kedua-duanya.
Terdahulu, Fizz Fairuz dan Almy mendirikan rumah tangga pada 26 April 2004. Pasangan ini dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata perempuan, Nur Afrina Arianna, 4, Nur Afrina Aurora, 3 dan Nur Afrina Ayra yang kini berusia setahun. Kini seorang lagi cahaya mata perempuan menyerikan kehidupan pasangan ini.
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!
Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menantikan si kecil dalam kehidupan sebagai suami isteri sangat diharap-harapkan. Bukan hanya sebagai pengikat kasih sayang keluarga malah anak juga rezeki yang tidak ternilai daripada tuhan.
Namun tak semua yang bernasib baik. Mungkin ada yang baru berkahwin terus dikurniakan rezeki untuk hamil. Ada yang berusaha bertahun-tahun lamanya tetapi langsung tidak pernah mendapat keputusan “positif” apabila ujian kehamilan dilakukan. Ada pula disahkan hamil namun diuji dengan keguguran. Ini semua bergantung atas rezeki masing-masing.
Begitulah situasi yang dialami oleh suami isteri ini apabila sabar bertahun-tahun lamanya menantikan cahaya mata sebagai penyeri hidup. Mereka akhirnya dikurniakan sepasang cahaya mata kembar dan berita gembira ini telah dikongsi oleh adiknya di laman twitter.
BOLEHKAH RANCANG DAPAT ANAK KEMBAR? SERONOKKAN DAPAT ANAK KEMBAR?
Dr Hamid Arshat iaitu pakar sakit puan telah berkongsi 8 tip buat pasangan suami isteri yang inginkan anak kembar sebagai panduan di akaun Facebook miliknya.
Peluang hamil bagi orang Asia hanya 1-2% sahaja, keluarga belah ibu dan wanita yang hamil pada umur 40 tahun keatas lebih cenderung untuk hamil anak kembar
1. Orang Asia 1-2%
Pada keseluruhan peluang hamil kembar secara spontan ialah antara 1 hingga 4 %. Orang afrika punya kadar kembar tertinggi 4 % Orang putih amerika dan eropah kadarnya 3 %. Orang asia termasuk orang malaysia terendah 1 – 2 % sahaja.
2. Keturunan Kembar Sebelah Ibu
Dalam keluarga ada kembar khusus dari keluarga ibu, peluang hamil kembar menungkat 4 kali ganda.
3. Hamil Umur 40 Tahun Ke Atas
Mereka yg telah melahirkan 4 anak atau lebih, peluang melahirkan kembar lebih tinggi. Begitu juga mereka yang hamil pada umor 40 tahun keatas.
Pemakanan, supplements tambahan dan rawatan yang membuka peluang untuk anak kembar juga perlu dititikberatkan
4. Amalkan supplement Vitamins dan Folic Asid
Mereka yg tahap kesihatan terbaik dan makan yg berzat serta berkhasiat. Mengamalkan makan supplement vitamins dan folic asid lebih berpeluang hamil kembar.
5. Makan Produk Tenusu
Ada yang mengatakan mereka yang sering minum susu dan makan produk tenusu lebih berpeluang hamil kembar. Munkin ‘insulin like growth factor’ (IGF) yg dikeluarkan olih hati lembu jadi penyebab hamil kembar.
6. Makan Keladi Dan Ubi
Orang2 asli africa yg makanan mereka terdiri keladi dan ubi didapati punya peluang melahirkan kembar 4 kali ganda dari orang lain.
7. Hormon Subur
Hormon subur sama ada pil atau suntikan meningkatkan peluang melahirkan kembar. Wanita yg makan pil subur clomid punya peluang hamil kembar antara 5 – 10 %. Manakala mereka yg disuntik hormon gonadotrophin punya peluang kembar dalam linkungan 30%. Malangnya kadang2 berlaku kembar 4 atau lebih dan punya risiko gugur tinggi.
8. Rawatan IUI Dan IVF
Mereka yg menjalani rawatan suntik benih suami (IUI) dan mereka yg menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) juga berpeluang lebih untuk hamil kembar.
Semoga perkongsian ini berguna dan kongsikan juga buat pasangan lain yang inginkan anak kembar!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!