Tidak ada keperluan untuk menambah garam ke dalam makanan bayi kerana buah pinggang bayi di usia ini masih tidak matang untuk memproses sebarang garam tambahan.
Bayi juga tidak memerlukan gula dalam diet. Pengambilan gula yang tinggi boleh menyebabkan anak anda menjadi pemarah apabila paras gula di dalam badan menurun selepas beberapa jam pengambilan gula tersebut.
Bagi tempoh masa yang panjang, pengambilan gula yang berlebihan akan merosakkan gigi dan menyumbang kepada masalah berat badan berlebihan.
Pengambilan garam berdasarkan usia anak
Oleh itu, apabila anak anda telah mula makan makanan yang sama dengan ahli keluarga yang lain, tidak perlu menambah garam ke dalam makanannya. Saranan pengambilan garam adalah berdasarkan usia anak.
Jumlah garam yang dibenarkan bagi kanak-kanak yang berusia empat hingga enam tahun ialah 3.0gm (1.2gm natrium) sehari, manakala kanak-kanak berusia tujuh hingga 10 tahun sebanyak 5.0gm (2gm natrium) sehari. Bagi yang berusia 11 tahun ke atas, saranan adalah seperti keperluan dewasa iaitu 6.0gm (2.4 natrium) sehari.
Seperti yang dikongsikan oleh Puan Syaza Yasmin ini pendekatan dilakukan untuk anaknya bagi mengelakkan pengambilan garam dan gula berlebihan pada anak ada benarnya seperti yang tertulis dalam buku rekod kesihatan anak.
Bukan hanya terus suap apa saja makanan bila anak dah pandai makan. Pemakanan anak dari awal penting untuk pastikan kesihatan jangka masa panjang.. Sebab tu jika anak kerap sakit tengok semula cara pemakanan anak-anak. Mungkin ada silap yang ibu bapa tak perasan.
BETUL. Mama bukanlah seorang yang jaga makan. Langsung tak. Tengok saja la badan mama, cara pemakanan mama. Itu cukup bukti betapa mama tak pernah kisah bab makanan sebelum ini.
Ads
But when it comes to Maryam, mama totally jaga pemakanan Maryam. Sebab mama sedar keluarga mama ada keturunan kencing manis. Dah ada yang meninggal sebab kencing manis (Al Fatihah untuk arwah MakNgah). Arwah Onyang laki (abah opah Maryam) cucuk insulin. TokSu (adik Atuk Maryam) pun cucuk insulin. Arwah Onyang perempuan (mak Opah Maryam) kena cuci buah pinggang 3x seminggu, disebabkan kencing manis.
Keluarga sebelah mama, boleh dikatakan keturunan ‘gemuk’. Tak payah tengok jauh. Tengok mama saja. Mama sendiri ada masalah PCOS, salah satu puncanya ialah gula. Nak dapatkan Maryam cukup susah, pelbagai ujian mama lalui untuk dapatkan Maryam. Beribu duit habis untuk dapatkan Maryam. Orang lain tak tahu, semua mama yang tanggung. Tanggung perasaan, tanggung sakit, tanggung tenaga, tanggung duit. Hanya kerana GULA yang harganya tak sampai RM5 sekilo.
Yes, betul, mama BANYAK BACA BUKU. Tu sebab semua benda Maryam tak boleh makan. Makan itu tak boleh, makan ini tak boleh. Tapi mama baca BUKU KESIHATAN BAYI DAN KANAK-KANAK (0-6 TAHUN). Buku ini dikeluarkan oleh KKM. Buku tu Maryam punya, kulit warna pink, tebaaalllll, mama tak beli pun. Dapat FREE, Hospital Ampang bagi kat mama selepas umur Maryam cukup 24 jam. Masa tu kami nak discaj wad selepas mama bersalin. Refer gambar untuk tengok kulit buku. Buku ni la mama baca.
Dalam buku ni dah disebut “Elakkan menambah GARAM, GULA, ATAU BAHAN PERISA ke dalam makanan bayi” – muka surat 34.
Dalam buku ni juga ada tertulis, untuk kanak-kanak 1 tahun hingga 6 tahun, muka surat 35 (Maryam belum pun 9 bulan) – “Elak memberi kanak-kanak makanan yang tinggi lemak, GARAM dan GULA, serta makanan tidak berkhasiat seperti gula-gula, kek, coklat, aiskrim, ………….”
Ads
“Galakkan anak-anak minum air kosong berbanding air manis.”
“Hidangkan makanan yang rendah kandungan GARAM dan GULA.”
Kalau rasa-rasa fakta ni mama Google, pergi la buka buku tu dulu check betul tak apa yang mama salin tu.
Ads
Mama bukanlah mama yang kejam sangat sampai nak control teruk-teruk makanan Maryam, itu ini tak boleh makan. Malah Maryam dah makan banyak benda yang mana mama tak pernah makan pun makanan tu sehingga umur mama 17 tahun.
Contoh, pasta bolognese, carbonara, aiskrim yogurt, makanan ni Maryam dah makan seawal 8 bulan. Mama makan semua makanan tu selepas umur mama 17 tahun. Mama kejam lagi ka?
Mama hanya tak nak makanan Maryam ada GARAM dan GULA ja. Susah sangat ka nak faham? Semua makanan Maryam boleh makan kecuali GARAM, GULA dan PERISA. Dah makanan tu ada garam gula, memang la mama tak bagi.
Contoh menu sehari bayi 6-8 bulan
Gigih hari-hari mama bangun pukul 5 pagi semata-mata nak masakkan real food tanpa garam gula untuk Maryam. Tiba-tiba hanya 1 minit punya decision, Maryam nak dibagi gula. ?
Gigih Mama Bangun Awal Semata-Mata Masakkan Real Food. Hanya 1 Minit, Maryam Nak Di Bagi Gula
Semua Orang Cakap Cerewetnya. Bagi Mama Tak Kisahlah Bangun Awal Masakkan
Mama nak Maryam rasa aiskrim tu macam mana, mama buatkan aiskrim untuk Maryam. Mama nak Maryam rasa biskut tu sedap macam mana, mama beli biskut yang homemade tanpa garam tanpa gula. Mama nak Maryam rasa betapa sedapnya serunding ikan, mama tempahkan khas serunding ikan tanpa garam tanpa gula. Makanan apa lagi Maryam tak makan?
Mama pun taklah kejam sangat bagi Maryam makanan tak ada rasa. Perasa tambahan yang mama pakai – KURMA pengganti GULA, SERBUK IKAN BILIS homemade pengganti GARAM. Even dalam makanan hari-hari pun memang dah ada garam gula semula jadi kan.
Biskut Florentine memang biskut yang paling mudah sekali untuk disediakan. Kalau nak beli biskut ini memang mahal kerana bahan-bahan yang digunakan memang semua harganya agak keras.
Resipi Biskut Florentine Yang Crunchy
Puas hati jika buat sendiri untuk seisi keluarga dan tetamu di hari raya. Sesuai juga kudapan berkhasiat untuk anak-anak. Jom kita cuba buat biskut Florentine mengikut resipi yang dikongsikan Dayah Lee yang dibakar menggunakan air fryer sahaja.
200 gm tepung florentine
100 gm almond flakes
100 gm kuaci labu
100 gm sunflower seed
2 sudu besar black sesame
Bakar Guna Air Fryer Saja
CARA MEMBUAT:
1. Bakar semua kacang suhu 160c selama tiga minit.
2. Gaul rata semua bahan bersama tepung florentine dalam satu bekas.
3. Masukkan satu sudu ke dalam setiap cawan acuan.
4. Bakar dengan suhu 160C selama 7 minit.
5. Selepas bakar, tunggu sejuk. Keluarkan dari acuan. Bolehlah susun di dalam balang kuih.
Kudapan Berkhasiat Untuk Anak-anak
KHASIAT KEKACANG UNTUK ANAK-ANAK:
Kekacang merupakan sumber nutrisi yang baik untuk anak-anak karena kaya akan protein, lemak sehat, vitamin, dan mineral yang esensial untuk pertumbuhan dan pengembangan mereka. Berikut adalah beberapa khasiat kekacang untuk anak-anak:
1.Sumber Protein: Protein sangat penting untuk pertumbuhan dan perbaikan sel serta pembangunan otot pada anak-anak. Kekacang merupakan sumber protein nabati yang sangat baik.
2.Mengandung Lemak Sihat: Kekacang mengandung lemak sehat seperti omega-3 dan omega-6 yang penting untuk perkembangan otak dan kesehatan jantung.
3.Sumber Energi: Kekacang kaya akan kalori dan nutrisi yang dapat menyediakan energi yang dibutuhkan oleh anak-anak yang aktif.
4.Sumber Serat: Serat dalam kekacang dapat membantu menjaga kesehatan pencernaan, mencegah sembelit, dan mendukung kesehatan usus.
5.Sumber Vitamin dan Mineral: Kekacang mengandung vitamin dan mineral seperti vitamin E, magnesium, zat besi, dan zinc yang penting untuk sistem imun, kesehatan kulit, dan fungsi saraf.
6.Menjaga Kesihatan Jantung: Lemak tak tepu dan serat dalam kekacang dapat membantu menurunkan risiko penyakit jantung di kemudian hari.
7. Mencegah Obesiti: Meski kaya dengan kalori, serat dan protein, kekacang dapat membantu anak-anak merasa kenyang lebih lama selain membantu mencegah masalah berat badan berlebihan.
Namun, perlu diingatkan bahawa mungkin ada anak-anak yang alah terhadap kekacang tertentu. Oleh itu, penting untuk memperkenalkan kekacang pada anak dengan hati-hati dan memperhatikan reaksi alahan. Selain itu, pilihlah kekacang yang sudah diproses tanpa garam tambahan atau bahan tambahan lain yang tidak sihat.
Jika anda penggemar buah pisang, anda mungkin tahu bahawa sebenarnya ada banyak jenis jenis pisang dengan pelbagai nama yang unik. Tidak hanya itu, setiap daripada jenis itu juga mungkin mempunyai manfaat tersendiri terhadap kesihatan. Jom terus baca artikel ini!
Pisang bukan berwarna hijau dan kuning sahaja?
Kebanyakan individu mungkin sangka bahawa buah ini cuma ada dua jenis dan akan dibezakan daripada warna iaitu hijau dan kuning sedangkan sangkaan ini tidak begitu tepat.
Ini kerana warna pada kulit pisang itu sebenarnya hanya akan menunjukkan kepada kita semua sama ada ia sudah masak (warna kekuningan) atau belum matang (warna kehijauan).
Ia juga mampu menentukan cara untuk anda mengambil buah ini dan ada 3 kaedah utama memasaknya iaitu:
Warna hijau – Disebabkan tekstur yang agak keras dan rasa kurang manis, ia sesuai untuk digoreng dengan tepung dan minyak
Warna kuning cerah – Ia boleh dimakan dengan begitu sahaja atau dijadikan minuman
Warna kuning gelap – Ia boleh dilenyek atau dikisar untuk dijadikan snek cucur pisang
Persoalannya, apa pula jenis jenis pisang yang dimaksudkan di awal artikel? Terus skrol artikel ini!
Jenis pisang dan manfaat buah ini pada kesihatan!
Untuk pengetahuan anda semua, buah ini memang ada banyak jenis dan mempunyai manfaat terhadap kesihatan yang tersendiri termasuk:
#1. Susu
Merupakan jenis pisang yang paling umum dan biasa, pisang susu dipercayai ada manfaat yang sangat bagus terhadap ibu hamil kerana ia tinggi dengan asid folik atau folat.
Tidak hanya itu, pisang ini juga mampu membantu merawat masalah mual atau muntah akibat loya. Jadi, pengambilannya mungkin agak bagus di saat anda tidak sedap perut.
Pun begitu, ia mungkin agak tinggi dengan kalori yang boleh menjejaskan berat badan individu.
2. Montel
Dikenali ekoran bentuknya yang agak gemuk dan bulat sesuai dengan nama, pisang montel mempunyai rasa yang agak manis serta sedap untuk dimakan dengan begitu sahaja.
Ia tinggi dengan nutrisi serat, karbohidrat, protein, lemak dan dipercayai sangat bagus untuk melancarkan sistem pencernaan dan penghadaman individu apabila ada masalah.
Apa yang agak menarik, pengambilan buah ini setiap hari dikatakan juga bagus untuk penglihatan yang lebih jelas.
3. Abu
Ramai yang mungkin mempersoal dan mempersenda nama pisang ini namun belum tahu jika ia mempunyai vitamin dari jenis B, C, kalium, potasium dan lain-lain yang sangat tinggi.
Turut tinggi dengan nutrien serat, ia bagus jika anda ada masalah sembelit atau buasir kerana jenis pisang ini adalah amat bagus untuk sistem pencernaan dan penghadaman anda.
Ia juga agak mudah ditemui dan biasa dijadikan pisang goreng ekoran tekstur yang kenyal serta rasa yang manis mengalahkan pisang nangka yang turut popular atas sebab sama.
4. Raja
Jangan pula keliru dengan pisang ini dan pisang emas. Ini kerana pisang raja mungkin lebih tinggi nutrisi seperti serat, mangan, protein, kalium, magnesium dan vitamin dari jenis A, B6 dan C.
Disebabkan vitamin serta mineral yang sangat padat di dalamnya, pisang ini mungkin mampu untuk meningkatkan sistem imunisasi dan sumber tenaga tubuh badan individu itu.
Ia juga ada manfaat untuk tulang, mata, otak, serta membantu melawan penyakit seperti anemia.
5. Tanduk
Pisang yang paling panjang dan besar ini juga sangat padat dengan banyak nutrisi seperti serat, folat, magnesium, kalium, zat besi dan pelbagai lain jenis vitamin serta mineral.
Manfaatnya pula tentu sekali dapat mengatasi masalah perut seperti sembelit dan buasir. Apa yang lebih bagus, ia juga baik jika anda ada masalah kesihatan organ ginjal dan buah pinggang.
Anda juga tidak perlu makan terlalu banyak untuk mendapatkan manfaat kerana saiznya yang luar biasa.
Adakah wujud lagi jenis-jenis yang lain?
Ya, ada. Buat anda yang mungkin belum tahu, wujud lagi pisang nangka, pisang emas, pisang awak dan lain-lain yang turut mempunyai manfaat lebih kurang sama dengan jenis-jenis di atas tadi.
Konklusinya, manfaat daripada buah ini juga mungkin tidak jauh berbeza di antara satu sama lain meskipun berlainan jenis namun memerlukan kajian lanjut untuk benar-benar pasti tentangnya.
Makanan yang yang kaya dengan zat baik untuk perkembangan otak si manja. Mulakan dari awal untuk menjana perkembangan otak si kecil dan badan yang sihat.
Mama papa boleh sediakan 10 jenis makanan super ini untuk si kecil. Elakkan makanan rapu yang tidak berkhasiat dan pemakanan seimbang.
Selain makanan super dan mengelakkan makanan ringan atau segera, senaman dan aktiviti fizikal juga penting untuk si kecil.
10 MAKANAN SUPER BAIK UNTUK SI KECIL
1. BROKOLI
Brokoli adalahsuperfood sejati kerana kandungan vitamin C yang hebat dan juga mengandungi fitonutrien beta, asid fizik dan kalium. Cara penyediaan brokoli yang terbaik ialah dikukus kerana ia boleh mengelakkan kurangnya kandungan vitamin C di dalamnya.
2. AVOKADO
Avokado adalah buah yang sarat dengan nutrien yang diperlukan oleh si manja. Ia mengandungi protein tertinggi dalam kategori buah dan kaya dengan lemak mono tak tepu iaitu jenis lemak yang “baik” yang membantu mencegah penyakit jantung.
3. KELEDEK
Keledek adalah sumber baik kalium, vitamin C, dan serat dan sumber beta-karoten yang sangat baik. Ia kaya antioksidan yang membantu mencegah jenis kanser dan menghapuskan radikal bebas. Ia juga mempunyai rasa manis semula jadi.
4. OATMIL
Oatmil mengandungi vitamin E, B, potassium dan zink yang membantu otak berfungsi pada kapasiti penuh.
5. SUSU DAN YOGURT
Susu adalah sumber protein dan vitamin B yang baik untuk perkembangan tisu otak, neurotransmitter dan enzim. Ia mengandungi nutrien penting untuk pertumbuhan dan kalsium untuk membina tulang dan gigi yang kuat. Protein & karbohidrat memberikan tenaga kepada otak.
6. TOMATO
Tomato tinggi kandungan lycopene, pigmen merah dalam tomato yang berfungsi sebagai antioksidan untuk membantu mencegah kanser dan penyakit jantung. Lycopene boleh diserap dengan lebih cekap oleh badan jika tomato dimasak dengan lemak seperti minyak zaitun.
7. BAYAM
Sayuran berwarna hijau ini mengandung vitamin A yang tinggi, vitamin B, vitamin C, asam folat, serta mineral kalsium, fosforus, mangan dan zat besi.
8. TELUR
Telur sarat dengan protein dan sangat baik untuk otak si manja. Bahagian kuning telur mengandungi choline yang berfungsi menguatkan daya ingatan.
9. MENTEGA KACANG
Kacang dan kekacang ialah sumber vitamin E dan thiamin yang membantu fungsi otak dan sistem saraf.
10. BIJIRIN PENUH
Otak memerlukan glukos dan bijirin penuh membantu menyeimbangkan paras glukos dalam darah. Bijirin penuh mengandungi vitamin B yang amat diperlukan oleh sistem saraf.
Rancangan TV Pa&Ma Musim Ketiga akan ke udara dengan tajuk Solusi Bayi Jaundis. Bagi anda yang ingin mendapatkan info padat, tip daripada pakar serta perkongsian daripada ibu bapa mesti tonton episod ke-11 ini yang akan ke udara pada 19 Februari 2019, jam 12 tengah hari dan ulangan 9 malam di Slot Dewi iaitu Astro Prima & Prima HD.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tragedi kanak-kanak 5 tahun lemas selepas majlis graduasi tabika ini mengundang pilu dan menjadi peringatan penting tentang keselamatan air. Ketahui kronologi, luahan keluarga dan langkah pencegahan.