
Bab menyimpan duit, biasanya orang perempuan memang teliti. Walaupun hanya suri rumah, tetapi jika pandai menyimpan tetap mempunyai simpanan yang banyak juga untuk masa depan ahli keluarga.

Seperti perkongsian di FB Chienta Mul’aien II, caranya membuat simpanan dengan mengasingkan duit hijau dan oren sejak 8 tahun lalu memberi hasil yang sangat lumayan walaupun bergelar suri rumah.

Semuanya atas niat kita sendiri. Jika kita bertekad dan betul-betul nak buat, pasti hasilnya boleh buat diri sendiri tersenyum.
Cara saya saving duit beli emas ikut bajet dan GRAM, Alhamdulilah dah 8 tahun buat cara ni.

Gigil tangan tiap kali balik dari beli barang nampak baki duit RM5 dan RM20 banyak keping.
Ada duit warna hijau dan oren WAJIB simpan terus..KECUALI terdesak baru akan guna. Tapi prinsip saya jangan sampai tak ada duit nak makan pula.
Guna je setakat yang perlu. Suami saya pun dah terikut cara saya. Siap dapat buat belanja tiap kali balik kampung, dapat bawa anak jalan-jalan dan dapat bantu suami bila memerlukan.

Paling banyak setahun dapat la 4k. Jadi la saving cara suri rumah kan!

Mungkin orang lain ada cara masing-masing untuk menyimpan. Tak kisah macam mana sekalipun, asalkan ada duit simpanan jika kecemasan. Sama ada kerja makan gaji atau tak, jika berdisiplin tetap dapat ada duit simpanan.
Kredit: Chienta Mul’aien II
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Anak Sulung Banyak Bekorban, Sebab Dia Jugalah Kita Belajar Jadi Ibu Bapa”

Permulaan kita menjadi ibu bapa melalui anak pertama. Anak pertama yang hadir dalam hidup kita mengubah sikap kita menjadi lebih penyayang, lebih rasa tanggungjawab. Anak sulung juga banyak mengajar kita erti kesabaran dan juga erti hidup. Malah anak sulung jugalah anak yang banyak hidup susah bersama-sama.
Apa yang dikongsi oleh Ozlynn Wati, pelakon melalui instagramnya adalah situasi yang biasa kita hadapi sebagai ibu bapa. Perkongsian yang baik boleh kita ambil untuk panduan bersama.

Bila minta tolong abang jaga adik.. teknik yang sama macam papa dia.. hebat dan cekap.. sama-sama membuta.. tapi suweeetttt bila tengok adik tido pegang muka abg tu.. sayang betul dia kat abang Ariq dia.Abang dia pun sayang kat adik.
Kadangkan bila fikir balik anak sulung ni banyak betul berkorban. dan dengan anak sulung la kita belajar macam-macam perkara. Ujian demi ujian papa dan mama harung.. bukan kami kata anak kami tak nakal yek.

Nakal, ada masa mama ni jadi tarzan jugak kat umah.. ada masa depa adik bradik bercakar jugak.. berebut jugak.. normal.. tu adalah normal dan tu jugak adalah salah satu proses tumbesaran diaorng..
Hadap.. didik dan bimbing la sebaik mungkin.. dan kita sebagai mak ayah berhenti lah berharap satu hari nanti anak-anak dah besar mesti akan jaga kita macam mane kita jaga diaorang.. ada rezeki takyah mintak dapat.. ada rezeki ujian yang kita kena hadap..
Untuk aku ujian juga satu rezeki.. rezeki kita yang ternyata Allah ingat kat kita.. ujian juga buat kita jadi matang ..so jangan putus doa ok untuk anak-anak.. aku percaya semua mak ayah nak yang terbaik untuk anak.

Macam dalam gambar ni la..haihhh.. cair la tengok .. moga bila diaorang dah besar nanti. Kesemua adik beradik Hanania akan bersatu hati dan ambil berat antara satu sama lain. Macam mama dengan adik bradik mama.. mama sayang kamu semua.. Doa yang baik takkan terlepas untuk anak yang baik seperti kamu.. sayang kamu HANANIA.
p/s: Satgi adalah org meroyan duk confuse kami dengan Madam Ju.
Sumber: Jozlynn
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Biasakan Main Kertas, Bawa Masuk Kedai Buku, Automatik Anak Suka Buku

Biasanya ibu bapa beriya nak anak pandai baca seawal mungkin. Tapi macam mana nak suruh anak minat dengan buku.
Bila ada orang kata biasakan bawa anak masuk ke kedai buku rasa macam lawak je tapi ia salah satu faktornya.
Berdasarkan perkongsian dari Ahmad Saifuddin Yusof beliau ada berkongsikan tip bagaimana nak memastikan anak suka buku sejak kecil tanpa perlu dipaksa apabila dah besar.

Tip ini berdasarkan pengalaman peribadi semata-mata.
Pertama : Kertas dan Buku
- Mesti didik sejak bayi lagi. Bagaimana? Dedahkan dengan kertas. Biar anak itu ‘attach’ dengan kertas lebih awal. Tetapi hati-hati kertas juga boleh mencederakan kulit kita.
- Bermain dengan kertas. Ajar anak-anak yang sudah pandai memegang supaya bermain dengan kertas. Bolehlah ibu ayah buat origami ringkas seperti jet, katak dan sebagainya. Ini kelebihan saya boleh buat pelbagai origami termasuk katak, dinasour, pepatung dsbnya.
- Selalu bawa masuk ke kedai buku. Biar anak-anak dapat bau buku. Sensor bau dalam dirinya dapat dibiasakan dengan buku.
- Wujudkan perpustakaan mini di rumah walau anak-anak belum boleh membaca. Buku-buku itu dimuatkan buku ibu ayah. Supaya dia sentiasa terdengar bunyi-bunyi berkaitan buku. Seperti bunyi buku dibelek, bunyi buku jatuh dan sebagainya.
- Ibu ayah kena baca buku walaupun majalah biasa. Tunjukkan contoh kepada anak-anak kecil bahawa membaca buku itu adalah hobi ibu ayah.
Kedua : Tanamkan Sifat Ingin Tahu
- Latih semua deria anak-anak sejak kecil dengan pelbagai perkara.
- Apabila jumpa apa-apa objek yang boleh disentuh, bagi anak itu sentuh. Terutama benda-benda baru diluar rumah. Contohnya, jumpa pokok, sebut ‘pokok’ dan bawakan tangan anak supaya sentuh pokok. Biar anak itu rasa kulit pokok yang menggerutu itu. Atau jumpa daun di pokok, sebut ‘daun’ dan suruh anak sentuh pula supaya dia rasa bentuk pipih daun itu.

- Rangsang bau yang tidak merbahaya. Contohnya bau bunga, daun, buah, sayur dan sebagainya. Biar ada rangsangan bau dan otak akan mencetuskan untuk tahu lebih lagi.
- Berikan informasi yang betul apabila anak tanya. Contohnya anak tengok berita dan dia tanya.
Anak : Siapa itu abah?
Ayah : Itu Tun Dr Mahathir, Perdana Menteri Malaysia.
Anak : Perdana Menteri itu apa?
Ayah : Perdana itu maksudnya sangat besar. Menteri itu ketua. Jadi Perdana Menteri Malaysia itu ketua yang paling besar sekali di Malaysia.
Anak : Ooooo
Jangan sesekali menipu berkaitan informasi. Tidak tahu, cakap sahaja tidak tahu dan cari kemudian.
Cubalah, anak-anak akan ‘lapar’ buku setiap minggu.
Sumber: Saifuddin Yusof
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Suami Tolong Jangan Biarkan Isteri “Depression” Seorang Diri. Bantu Ringankan Beban Mereka!

Para suami kena faham dan jangan pandang ringan kalau isteri ada simptom gila meroyan! Kejadian ibu kelar anak sampai mati macam tak masuk akal didengar. Tapi ramai mereka yang pakar cakap itu simptom gila meroyan atau postpartum depression.
Ini bukan kes pertama kali kita dengar, rasanya kalau ‘search’ di google saban tahun ada sahaja kes ibu kelar anak tanpa sedar.
Jangan hanya tahu tunding jari dan kecam ibu tersebut. Mungkin selama ini ramai ibu yang menghadapi masalah kemurungan tapi tak tahu nak mengadu pada siapa, atau apa rawatan yang sepatutnya dia terima.
Para suami juga jangan pandang ringan bila ada isteri yang mengadu tentang kemurungan yang dihadapi kerana ia bukan perkara remeh.
Sebab itu orang tua-tua sangat pentingkan penjagaan emosi ibu lepas bersalin kerana kesannya sangat teruk bila dibiarkan tanpa rawatan.
Sikap sesetengah suami yang buat tak peduli dengan segala bebanan yang ditanggung oleh isteri sampailah berlaku kejadian tak diingini
Sebagai wanita yang sedang mendalami bidang pengajian peringkat Phd Pharmacology/Phsiology di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Puan Siti Zubaidah menulis kupasan terbaik bagaimana berlakunya gangguan emosi dalam diri wanita bergelar isteri dan ibu sehingga boleh membawa kepada tragedi yang tak pernah terfikir di akal fikiran manusia normal.
Ia seharusnya dijadikan panduan penting di kalangan ibu lepas bersalin dan terutamanya para suami yang pastinya tak pernah terfikir atau faham tentang penyakit yang mungkin boleh berlaku ke atas isteri mereka.
KELAR LEHER ANAK SEBAB ADA SUARA YANG SURUH
Berita ibu kelar leher anak umur dua tahun hari ni cukup memedihkan hati.
Yang paling menyentuh hati, si ibu tu sama umur dengan saya, 31 tahun.
Mungkin apa yang saya tulis ini tak sedap dibaca di tengah kemeriahan hari raya macam ni.
Tapi saya rasa terpanggil juga untuk menulis juga. Menulis tentang realiti.
Rentetan bebanan menjaga keluarga yang terpikul di bahu seorang diri, ramai ibu-ibu muda yang mengalami stress, distress, kemurungan, halusinasi, depresi, postpartum depression atau sebut saja lah perkataan gila meroyan.
Gila meroyan bukan sahaja melanda ibu yang baru melahirkan atau ibu yang sedang berpantang, tapi ia boleh menyerang semua ibu-ibu selagi ibu tersebut mempunyai anak yang kecil-kecil dalam jagaannya.
Gila meroyan merupakan satu penyakit yang dipandang ringan dan disisihkan dalam masyarakat. Ibu-ibu yang menderita penyakit gila meroyan hampir ke semuanya tidak pernah mendapat rawatan sepatutnya. Jika ada pun, mungkin sudah terlewat.
Saya fikir, mungkin tiga faktor ini puncanya:
1. Ibu itu sendiri rasa malu nak dapatkan rawatan. Suami pula ambil ringan, cakap semua tu akan hilang.
2. Mak ayah adik beradik pula mungkin tak sangat nak pandang sebab mereka cakap tak nak campur urusan kelamin orang. Lagi pun mereka tak menerima apa-apa aduan. Jadi mereka diam.
3. Mak ayah mertua ipar duai lagi lah tak ambil bilang, sebab mereka kata tak ada kaitan kenapa nak sibuk ambil tahu hal rumah tangga orang. Nak bertanya pun segan, jauh sekali nak menyelesaikan.
Tu yang saya fikir. Mungkin juga fikiran saya salah.
Masalahnya sekarang, gila meroyan ni hampir wujud pada setiap ibu muda yang mempunyai anak kecil. Dah macam virus berbisa, menyerang semua perempuan muda yang melahirkan atau yang sedang menjaga anak-anak yang masih kecil.
Sebelum ini, saya ada berinteraksi dengan ibu-ibu muda seperti ini di kelab ibu hamil di Fb. Masa tu timbul satu posting tentang seorang ibu yang meminta tips bagaimana nak berubat sakit meroyan.
Rentetan dari posting itu, saya dapati ada beratus-ratus komen dari ibu-ibu muda yang lain yang mula berkongsi bahawa mereka juga ada sakit gila meroyan.
Boleh baca di gambar screen shot yang saya telah tutup nama mereka. Ada antara mereka yang suami mereka tolong, tapi ada juga yang suami yang tak faham pun. Dan ada juga bernasib baik mendapat bantuan daripada ahli keluarga.
Yang paling jelas tentang masalah ni adalah tiga isu utama:
1. Si ibu itu sendiri tidak tahu yang dia sedang meroyan.
2. Si ibu itu sendiri tahu yang dia meroyan, tapi tak tahu cara nak dapatkan rawatan.
3. Suami pula tidak tahu menahu. Tak tahu isteri sedang “sakit meroyan”, dan tak tahu cara nak dapatkan rawatan dan bantuan.
Zaman sekarang dah tiada alasan dah untuk cakap “TAK TAHU”.
Facebook ada, google pun ada. Ada berlambak posting pasal cara nak kenal simptom meroyan, dan cara nak dapatkan rawatan. Cuba baca.
Tapi menggoogle itu bukanlah cara nak merawat.
Lepas dapat maklumat sikit-sikit dari pembacaan, hubungilah seseorang yang boleh diharapkan untuk membantu.
Ini saya bagi senarai nama orang yang patut dihubungi:
1. Suami – berterus terang baik-baik pada waktu suami sedang berehat atau waktu berbaring di sebelah suami waktu malam. Dalam keadaan tenang macam tu mengadulah pada suami. Cakap kat suami, kesianlah kat anak. Minta suami bantu carikan rawatan dan bantuan. Jangan sesekali mengadu waktu suami sedang letih atau baru balik kerja. Masa tu telinga dan hati suami “tak mendengar”. Lagi sakit hati si ibu lagi ada. Makin parah pulak meroyan jadinya.
2. Ibu kandung – call dan beritahu minta tolong jagakan anak dulu buat sementara waktu. Dalam pada tu boleh ajak suami pergi jumpa doktor di klinik kesihatan atau klinik sakit puan swasta jika berkemampuan.
3. Kalau tak ada ibu kandung, call kakak atau sahabat perempuan yang paling dipercayai.
4. Kalau semua di atas tak boleh bantu, cuba hubungi jururawat yang pernah datang melawat di rumah sewaktu ibu baru melahirkan bayi. Jururawat tersebut mungkin akan meminta ibu untuk datang sendiri ke klinik untuk mengambil tarikh temujanji untuk berjumpa doktor.
Kalau di klinik kerajaan, ibu akan diaturkan untuk berjumpa doktor biasa atau doktor sakit puan dahulu. Kemudian barulah doktor tersebut akan merujuk kepada doktor pakar psikiatri untuk rawatan lanjut.
Lebih kurang macam tu lah prosedurnya. Mungkin ambil masa berminggu jugak nak tunggu jumpa doktor pakar psikiatri tu.
Dalam proses nak tunggu jumpa doktor tu, suami buatlah solat hajat, atau bawa isteri dapatkan rawatan cara Islam.
Dalam tempoh ini memang isteri sangat perlukan bantuan suami. Suasana mungkin agak celaru dan haru biru dengan keadaan anak-anak kecil yang “tiada ibu” dan si ayah yang perlu juga keluar bekerja.
Nenek dan atuk mereka mungkin tak boleh lelama sangat jaga cucu-cucu kecil yang aktif kan. Kalau boleh waktu ni carilah pengasuh sementara untuk tolong jagakan anak-anak.
Manakala mana-mana sahabat, kawan Fb, orang luar, dan makcik makcik bawang yang dapat tahu si ibu tu sedang dapatkan rawatan meroyan, jangan hina, jangan sindir, jangan buat ulasan tak bertauliah, jangan.
Tapi bersosial lah macam biasa dengan si ibu tadi. Mungkin si ibu tadi tak bersedia nak terima tetamu di rumahnya, jadi jangan sesuka hati pergi ziarah dia. Kalau nak pergi ziarah juga, bagitahu si ibu tu dulu, dan pastikan dia sudi terima tetamu, baru datang ke rumah dia.
Kalau tak kuat, mohon unsinstall Facebook
Manakala di Fb, si ibu tu juga nak bersosial di Fb, nak post gambar baby, nak share resepi, jadi kawan-kawan Fb berilah support. Beri komen-komen positif.
Dan si ibu tu sendiri perlu ingat, jangan “meroyan” di Fb. Kalau rasa tak kuat nak layan macam-macam ragam di Fb, baik jangan main Fb terus. Uninstall Fb.
Kadang-kadang, bila tengok gambar kawan-kawan post gambar bahagia bersama pasangan pun, si ibu tadi boleh naik dengki dan meroyan juga.
Apa yang paling penting adalah hubungan dengan ahli keluarga kena sentiasa rapat. Selalu lah balik kampung jumpa mak atau adik beradik. Kalau tak dapat balik, sembang melalui wasap pun ok. Bila kita banyak bersembang kosong dan bergurau dengan mereka, gundah dan depression yang ada dalam hati kita akan hilang.
Selain tu, cuba lah amal telan vitamin penenang, dan vitamin anti-stress seperti Ostematrix dan B Complex. Ia sangat membantu mengurangkan keletihan ibu, membantu tidur yang sangat lena dan menenangkan kecelaruan emosi ibu.
Dalam pada itu, jangan pernah tinggal baca surah Yassin setiap malam atau setiap kali lepas solat subuh sambil doa minta Allah sembuhkan penyakit meroyan tu. Surah Yassin ni “hati” Al Quran, in sha Allah boleh rawat hati kita. Ni pesan sahabat saya sebenarnya.
Ok tu saja Zu nak tulis. Harap bermanfaat.
Sumber: Siti Zubaidah
.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!

























