Bab menyimpan duit, biasanya orang perempuan memang teliti. Walaupun hanya suri rumah, tetapi jika pandai menyimpan tetap mempunyai simpanan yang banyak juga untuk masa depan ahli keluarga.
Seperti perkongsian di FB Chienta Mul’aien II, caranya membuat simpanan dengan mengasingkan duit hijau dan oren sejak 8 tahun lalu memberi hasil yang sangat lumayan walaupun bergelar suri rumah.
Semuanya atas niat kita sendiri. Jika kita bertekad dan betul-betul nak buat, pasti hasilnya boleh buat diri sendiri tersenyum.
Cara saya saving duit beli emas ikut bajet dan GRAM, Alhamdulilah dah 8 tahun buat cara ni.
Gigil tangan tiap kali balik dari beli barang nampak baki duit RM5 dan RM20 banyak keping.
Ada duit warna hijau dan oren WAJIB simpan terus..KECUALI terdesak baru akan guna. Tapi prinsip saya jangan sampai tak ada duit nak makan pula.
Guna je setakat yang perlu. Suami saya pun dah terikut cara saya. Siap dapat buat belanja tiap kali balik kampung, dapat bawa anak jalan-jalan dan dapat bantu suami bila memerlukan.
Paling banyak setahun dapat la 4k. Jadi la saving cara suri rumah kan!
Mungkin orang lain ada cara masing-masing untuk menyimpan. Tak kisah macam mana sekalipun, asalkan ada duit simpanan jika kecemasan. Sama ada kerja makan gaji atau tak, jika berdisiplin tetap dapat ada duit simpanan.
Kredit: Chienta Mul’aien II
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)