Gigil Tengok Rumah Bersepah Teruk, Jangan Dilarang, Biar Anak Berkreatif!

Share

Ibu ayah mana yang tak pengsan bila melihatkan keadaan rumah yang bersepah teruk dikerjakan anak-anak yang seronok bermain. Namun janganlah dilarang kerana ketika inilah otak anak berkembang dengan baiknya. Pejamkan saja mata.

Menurut Penulis Keibubapaan, Pn Wawa Shauqi, anak diketika ini ibarat saintis yang sedang meneroka pelbagai ilmu untuk difahami. Otaknya sedang berkembang. Jadi biarkan sahaja, jangan dilarang.


Inilah keadaan rumah saya waktu anak masih kecil lagi. Bila siang, lantai akan penuh dengan macam-macam benda. Kertas, kotak, plastesin, malah lopak air ya Tuan-tuan dan Puan-puan.

Beras dan sayur dari peti ais pun kadang-kadang tersesat dalam longgokan mainan. Bukan kami ni sejenis tak runsing bila tengok sepah begini. Macam mana Tuan-Puan rasa menggigil lutut tahan geram tengok rumah yang dikemas bersepah, begitu juga kami.

Tapi, bila sedar kebaikan yang anak dapat dengan bermain sampai bersepah gini, kami belajar untuk tarif nafas, bertenang dan redho.

Fikir macam ni je; rumah yang bersepah disebabkan anak yang sedang berkreatif di dalamnya, mungkin adalah madrasah buat seorang bakal saintis/ pereka/ pencipta/ pioneer di masa hadapan.

Kena bayangkan hebatnya otak anak bekerja sewaktu mereka menyepah. Cuma, kenalah buat rules sebelum mula bermain. Lepas main, kemas balik!

Kalau tak, tunggulah bebelan dari encik suami yang pengemas tahap Konmari tu bila dia balik.

Neil deGrasse Tyson, seorang ahli astrofizik berkata,
“Jangan tanya saya, macam mana nak anak minat Sains. Anak-anak sememangnya dilahirkan dengan sifat seorang saintis.

Mereka exploratif. Suka cuba buat itu-ini. Keluarkan telur, pecahkan. Ambil periuk dan ketuk. Petik bunga di pokok. Buka kereta mainan part by part sampai tak rupa kereta.

Semua itu asas untuk seseorang memahami dunia sains. Memahami cara kehidupan sekelilingnya berfungsi. Dan bibit bermulanya sifat seorang saintis.

Tapi kita mak ayah yang sebenarnya mematikan sifat tu. Tiap kali anak nak mencuba je, kita melarang. Tiap kali anak buat silap, kita menghukum.”

Fuh saya sentap!
Tapi lebih sentap dengan kenyataan seorang penyelidik Korea ni. Ada satu kajian dijalankan oleh penyelidik bernama Kyung Hee Kim. Katanya, tahap kreativiti kanak-kanak zaman sekarang menurun sebanyak 85% berbanding dengan kanak-kanak sama usia pada tahun 80-an.

Lapan-puluh-lima-peratus! Bukan sikit tu. Antara punca kanak-kanak makin hilang sifat kreatif adalah, kurangnya peluang untuk berekplorasi.

Ini bermakna, anak-anak makin kurang bermain. Kalau bermain pun, dah tak meluas macam kanak-kanak dulu bermain.

Puncanya adalah :
* Kewujudan skrin seperti TV dan gajet
* Kurang outdoor (disebabkan rumah bertanah makin kurang & risiko merbahaya yang makin meningkat)
* Penglibatan ibu bapa dengan anak berkurang atas faktor kerjaya.
* Kurang free time sebab trend kelas tambahan.
* Dan punca paling utama juga adalah KESEDARAN. Kurangnya kesedaran ibu ayah bahawa pentingnya kanak-kanak ni bereksplorasi, buat silap, buat messy dan mencuba itu dan ini.

Fikirkan ini. Biarkan anak melalui fasa mereka. Fasa ini tak lama. Rumah akan sepah sikit. Tapi jiwa mereka akan hidup sebagai kanak-kanak yang berani bereksplorasi.

* Bijak dalam menyelesaikan masalah. Punya daya fikir yang tinggi dan kritis.
* Tak kekok memanipulasi apa jua peralatan.
* Boleh bertoleransi terhadap stres, terutamanya bila buat sesuatu yang tak menjadi.
* Mampu memahami bahawa untuk terjadinya sesuatu, ada proses yang perlu dilalui.
* Dan paling penting, mereka mampu beradaptasi hidup dalam dunia yang makin mencabar ni.

Semakin besar ruang yang kita buka untuk anak meneroka,
Semakin rendah ekspektasi yang kita letak pada mereka,
Semakin kita faham proses yang perlu dilalui mereka,
Semakin tinggi juga potensi anak-anak untuk jadi saintis, pencipta, pereka, saintis atau pioneer yang menyemarakkan dunia.

Menarik: Bibir Mungil Macam Umi, Nampak Sipi-Sipi, Warganet Teruja Neelofa Dah Mula Tayang Gambar Bilal!

Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.

Nak tahu rahsia sediakan hidangan enak yang buat anak berselera makan? Jom, sertai E-Workshop Kelas Penyediaan Makanan Anak: Sedap, Sihat & Selamat di https://toko.ideaktiv.com/product/e-workshop-kelas-penyediaan-makanan-anak-sedap-sihat-selamat/

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
SRM