Sememangnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membataskan pelbagai urusan termasuklah bekas personaliti televisyen, Azrinaz Mazhar Hakim yang mengakui sehingga kini dia masih belum membuat sebarang persiapan untuk kelahiran bayi keempatnya.
Kata Azrinaz menerusi instagramnya, biarpun tinggal lagi 10 minggu untuk melahirkan, namun PKP membataskannya untuk keluar membeli segala kelengkapan bayi.
Pilihan membeli di atas talian bukanlah satu yang disukainya.
Ads
” Satu baju atau barang baby pun tak beli lagi. PKP ni banyak kedai tutup. Beli online pula selalunya tak memuaskan hati,” kongsinya.
Kata Azrinaz lagi, hal ini berbeza dengan anak ketiga, Malaykha. Malah kata ibu cantik ini lagi, ketika mengangdungkan anak ketiganya itu, dia berpeluang ke luar negara untuk membeli segala kelengkapan.
Ads
” Malaykha dahulu beruntung sebab kami berpeluang pergi travel banyak tempat untuk beli kelengkapannya.
” Rasanya baby dalam perut ni kena pakai baju kakak dia balik. Tak kisah girl or boy, pakai jelah baju kakak,” tulisnya berkongsi.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @azrinazmazharhakim
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masih ada lagi ibu yang baru disahkan hamil seolah-olah tak berapa kisah nak buka buku pink awal sebagai persediaan untuk buat pemeriksaan doktor ikut prosedur.
Alasannya kandungan masih baru, malas nak menunggu lama di klinik dan sebagainya.
Perkongsian dari Puan Nik Yusnita mengenai kes kematian rakan ibunya sendiri yang hamil 5 bulan kerana belum buat buku pink wajar dijadikan peringatan. Jika perlu buat apa, jangan berlengah demi kesihatan ibu dan anak dalam kandungan.
Dua minggu lepas Kak Yuse dapat tau satu berita yang sangat menyedihkan dari mak Kak Yuse.
Ada seorang sahabat rapat mak yang masih meninggal dunia.. Umurnya masih muda, 39tahun.
Orangnya ceria, baik hati, dan mudah sangat menolong orang lain. Kalau kat rumah mak buat makan-makan atau kenduri mesti sahabat mak ni datang untuk menolong.
Kematian tu tak dapat dihidu, dirasa atau dijangka. Bila sampai seruan Nya, maka kita tak boleh nak undur atau cepatkan walaupun sesaat.
Begini ceritanya, kawan mak ni mengandung anak ketiga. Anak pertama dan kedua masih kecil lagi.
Walaupun dah mengandung 5bulan, masih belum buat buku pink di Klinik Kesihatan. Mungkin sebab tak sempat, sibuk dengan pelbagai urusan. Lagipun anak keempat, mungkin xrisau sangat.. Bila dah buat buku nanti jenuh nak gi check up setiap minggu.. KK pulak makan masa 15-20min.. Tak termasuk masa menunggu kat sana lagi.. Kalau ada kes khas,kena pergi hospital kat bandar yang 30min perjalanan..
Suatu hari, ketika di rumah.. Kawan mak ni rasa penat yang melelahkan.. Sebelum ni memang penat, cuma kali ini lebih teruk. Tiba-tiba, dia tak sedarkan diri.. Masa tu tengahari nak ambil anaknya balik sekolah.. Kemudian dia sedar kembali.
Suaminya pergi ambil anak di sekolah..Setelah suaminya balik, dia tak sedarkan diri kembali. Panggillah ambulan untuk bawa ke hospital. Tiba di Hospital,kawan mak sedar sekejap.. Kemudian terus tak sedarkan diri dan koma.
Setelah di periksa oleh doktor, didapati kawan mak ada masalah tekanan darah tinggi dan saluran darah di dalam otaknya juga telah pecah. Anak didalam perut yang berusia 5bulan juga meninggal. Selepas beberapa hari koma, setelah selesai bacaan yasin oleh jemaah masjis kampung.. Kawan mak akhirnya menghembuskan nafas yang terakhir.
Pengajarannya,kalau dah positif preggy kena gi cepat buat buku pink. Anak ke berapa pun.. Jarak jauh ke dekat ke.. Misi nak marah ke ape, hadap je dulu.. Misi marah pun sebab dia sayang kat kita,risau kat kita..
Kita tak tau kesihatan kita ok ke tak.. Kalau anak dulu, xdak masalah masa mengandung.. Boleh jadi anak kali ni kita ada masalah.. Tekanan darah tinggi ke.. Kencing manis ke..
Yang penting kita nak sepanjang mengandung ibu dan anak sihat..
Bukan mudah buat seorang isteri yang tengah mengandung tetapi terpaksa berjauhan dengan suami. Namun bagi personaliti televisyen yang juga pengacara popular, Dayah Bakar, dia akur sudah tujuh bulan berjauhan dengan suaminya, Kapten Muhammad Hanif Hamidi yang ditugaskan ke Australia.
Kata Dayah, ia bukan satu tempoh yang mudah namun bersyukur kerana dikelilingi orang yang tidak putus memberi sokongan.
“Suami saya pergi Australia pada bulan Januari lalu jadi dah tujuh bulan kami berjauhan. Masa dia pergi usia kandungan saya tak sampai sebulan lagi. Sepatutnya saya dah pergi sana tapi disebabkan Covid-19 ini semuanya terpaksa ditangguh.
https://www.instagram.com/p/CBQAR1EJW8q/
“Saya masih bekerja dalam fasa hamil ini memandangkan saya seorang yang sangat aktif. Bila saya sibuk bekerja, itu yang membuatkan saya gembira.
“Keluarga saya memang antara penyumbang sokongan paling tinggi dengan anak-anak saudara saya pun tinggal bersama.
“Apa yang penting selalu ingat Allah, itu adalah kunci segalanya. Kita tahu Allah bagi dugaan sebab kita mampu. Jadi sentiasa bersyukur kerana ada hikmah dengan apa yang berlaku. Banyakkan berzikir dan baca al-Quran.
“Macam saya aktif dekat media sosial dapat juga sokongan daripada pengikut. Itu pun memainkan peranan. Mereka sama-sama mendoakan saya dan suami, itu buat saya tenang,” katanya.
Dalam pada itu, pemilik nama Nur Hidayah Abu Bakar berasa terharu dengan usaha suaminya membuat kejutan bersempena dengan ulang tahun perkahwinan mereka kali kedua.
“Sejujurnya saya tidak menangis tetapi terkejut. Masa tu saya keluar bila balik tetiba tengok dah ada kat bilik. Semestinya rasa terharu walaupun jauh suami saya masih buat kejutkan untuk saya. Ingatan itu dekat,” katanya lagi.
Dayah dan Hanif berkahwin pada 29 Jun 2018 selepas berkenalan sejak sekian lama dari bangku sekolah lagi.
Kini, Dayah sedang sarat hamil lapan bulan dan dijangka bersalin pada bulan Ogos ini.
Kandungan overdue, ibu perlu memastikan diri sentiasa aktif bergerak & tidak lupa pantau pergerakan bayi. Bersiap sedia kemungkinan bayi besar & proses kelahiran melalui prosedur indius.
Tentu ada ibu yang anak pertama overdue dan bimbang kandungan kedua juga overdue dan perlu indius. Menurut Dr Maiza Binti Tusimin, Ketua Jabatan / Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi, Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan, Universiti Putra MalaysiaTempoh normal kehamilan adalah di antara 37 hingga 42 minggu, juga dikenali sebagai tempoh matang kehamilan.
Manakala kehamilan yang melewati tempoh 42 minggu pula diklasifikasikan sebagai kehamilan postmatang ; postterm pregnancy atau dalam bahasa mudah, overdue.
HANYA 4% WANITA BERSALIN PADA TARIKH JANGKAAN
Menurut data klinikal, hanya 4% (1 dari 20) wanita akan bersalin pada tarikh jangkaan bersalin mereka dan sebanyak 10% wanita akan mengalami kelahiran postmatang. Penetapan tarikh bersalin adalah amat penting bagi menentukan sama ada ibu hamil benar-benar postmatang.
Penetapan tarikh kelahiran secara tepat perlu dilakukan pada usia awal kehamilan dengan menggunakan tarikh hari pertama haid yang terakhir berdasarkan pengiraan peraturan Naegele’s dan juga menjalani ujian imbasan ultrasound awal (dating scan).
PENYEBAB KANDUNGAN POSTMATANG
Dalam kebanyakan kes, penyebab kepada kehamilan postmatang adalah tidak diketahui. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa faktor yang meletakkan ibu hamil dalam kategori berisiko tinggi untuk kehamilan postmatang iaitu :
4 RISIKO KANDUNGAN POSTMATANG
Risiko kelahiran postmatang yang paling mencemaskan bakal ibu adalah risiko kematian bayi di dalam kandungan.
Insiden kematian bayi meningkat pada kehamilan yang berterusan melebihi 42 minggu. Walau bagaimanapun, risiko ini agak kecil, dengan hanya 4 hingga 7 kematian bagi setiap 1000 kelahiran (berbanding 2 hingga 3 kematian bagi setiap 1000 kelahiran untuk kehamilan normal). Risiko yang lain ialah termasuk;
#1: SAIZ BADAN BAYI BESAR
Bayi postmatang mempunyai peluang yang lebih besar untuk mengalami komplikasi yang berkaitan dengan saiz badan yang lebih besar (makrosomia); yang ditakrifkan sebagai seberat melebihi daripada 4kg. Ini berkait rapat dengan komplikasi trauma kelahiran pada bayi (distosia bahu)
#2: ‘POSTMATURITY SYNDROME’
Keadaan ini merujuk kepada janin yang pertumbuhannya dalam rahim ibu terbantut selepas tarikh jangkaan, lazimnya disebabkan oleh masalah dengan pengaliran darah ke janin melalui plasenta.
#3: SINDROM ASPIRASI MEKONIUM
Ia lebih dikenali sebagai keadaan di mana bayi ‘tertelan najis’. Lebih banyak hari postmatang, bayi lebih cenderung untuk mengalami sindrom ini yang boleh menyebabkan masalah pernafasan apabila bayi dilahirkan.
#4: RISIKO KEPADA IBU
Risiko kepada ibu termasuk masalah ketika kelahiran, kecederaan pada perineum dan juga peningkatan kadar kelahiran caesarean.
APA YANG PAKAR PERBIDANAN BOLEH LAKUKAN UNTUK IBU?
Apabila ibu melewati usia kandungan 40 minggu, ibu perlu memantau pergerakan bayi melalui FKC (sekurang-kurangnya 10 pergerakan dalam tempoh 12 jam), menghadiri lawatan susulan antenatal setiap minggu dan segera ke hospital sekiranya pergerakan bayi kurang memuaskan atau pecah air ketuban.
Kandungan air ketuban dan degupan jantung bayi akan dipantau pada setiap lawatan susulan antenatal. Polisi kebanyakan hospital untuk kehamilan postmatang adalah untuk melakukan prosedur ‘induce’ atau memaksa kelahiran pada minggu ke 41 atau paling lewat pada usia kandungan 41 minggu 2 hari. Hospital tidak akan sesekali membenarkan kehamilan melebihi 42 minggu kerana ia boleh meningkatkan risiko kematian bayi dalam kandungan.
6 TIPS UNTUK IBU HAMIL POSTMATANG
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!