Kehamilan

“Girl Or Boy, Pakai Jelah Baju Kakak” Belum Sempat Buat Persiapan, Azrinaz Bersalin Lagi 10 Minggu!

Share

Sememangnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membataskan pelbagai urusan termasuklah bekas personaliti televisyen, Azrinaz Mazhar Hakim yang mengakui sehingga kini dia masih belum membuat sebarang persiapan untuk kelahiran bayi keempatnya.

 

Kata Azrinaz menerusi instagramnya, biarpun tinggal lagi 10 minggu untuk melahirkan, namun PKP membataskannya untuk keluar membeli segala kelengkapan bayi.

Pilihan membeli di atas talian bukanlah satu yang disukainya.

” Satu baju atau barang baby pun tak beli lagi. PKP ni banyak kedai tutup. Beli online pula selalunya tak memuaskan hati,” kongsinya.

Kata Azrinaz lagi, hal ini berbeza dengan anak ketiga, Malaykha. Malah kata ibu cantik ini lagi, ketika mengangdungkan anak ketiganya itu, dia berpeluang ke luar negara untuk membeli segala kelengkapan.

” Malaykha dahulu beruntung sebab kami berpeluang pergi travel banyak tempat untuk beli kelengkapannya.

” Rasanya baby dalam perut ni kena pakai baju kakak dia balik. Tak kisah girl or boy, pakai jelah baju kakak,” tulisnya berkongsi.

 

Terdahulu, Azrinaz mendirikan rumah tangga bersama Fairos Khan Abdul Hamid pada 1 Mei 2018. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Areesya Malaykha.

Artikel berkaitan: Syukur Allah Beri Rezeki Sekali Lagi, Hamil 7 Bulan, Azrinaz Mazhar Hakim Mohon Doa Dipermudahkan

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Kredit: @azrinazmazharhakim

Published by
SRM