Seronok melihat perkembangan anak arwah Abam Bochey, Syed Uthman Hamzah Al Juffrey yang kini sedang melalui fasa untuk bercakap dan mula belajar banyak perkara.
Jika dahulu, ibunya NorHidayah Mohd Ali berkongsi gelagat Hamzah yang mula menconteng lantai rumah, kini Hamzah mula pandai menyebut beberapa abjad dan mengira.
Memuat naik video di Instagramnya, Hamzah dilihat bijak menyebut beberapa abjad ABC dan mengira sebaik diminta ibunya. Bukan hanya pandai menyebut abjad dan mengira, bahkan menurut kata Hidayah lagi, Hamzah juga sudah pandai menyebut Alif Ba Ta. Bijak!
“Good Boy. Anak ibu 123 dah pandai, ABC dah pandai, Alif Ba Ta dah pandai.
“Nanti Ibu ajar Hamzah solat pulak, doakan Ayah ye,” katanya berkongsi perkembangan terbaru Hamzah.
Dalam pada itu, Hidayah juga turut berkongsi anak kesayangannya itu kini sudah pun berusia satu tahun 11 bulan dan semakin sihat membesar.
“Usia hamzah 1 Tahun 11 bulan. #kitabaikramaisayang #allahbersamakita #al_fatihahsuamiku #cintasyurga,” tulisnya lagi.
Dalam pada itu, seronok melihat video yang dikongsikan Hidayah bila mana Hamzah begitu ceria menyebut beberapa abjad seperti yang diminta ibunya. Dia kemudiannya perlahan-lahan menyebut dengan begitu baik dan lancar.
Melalui satu entri berlainan juga, Hamzah dilihat begitu tekun menyiapkan tugasan yang diberikan ibunya. Anak bijak!
“Sebelum hamzah tidur. Buat homework dulu. Bijak anak ibu ni.
“Cepat besar ya sayang boleh doakan Ayah disyurga. Ayah sentiasa bersama Hamzah. Alfatihah buat arwahyarham suamiku, Syed Umar Mokthar. Semoga abang tenang disana syurga tempat abang aamin,” kongsi Hidayah yang turut mendoakan arwah suaminya.
Meninjau di ruangan kapsyen, rata-rata pengikut Hidayah yang sentiasa mengikuti perkembangan Hamzah ini turut memuji anak kecil itu malah sentiasa mendoakan yang terbaik buat Hamzah dan ibunya.
“Comey Hamzah, mata tu cantik. Semoga besar dengan baik, jaga ibu baik-baik ya Hamzah. Semoga Hamzah jadi anak yang soleh buat ibu dah ayah tau. Sayang Hamzah!
“Good boy Hamzah, moga jadi anak yang soleh bila besar nanti. Jaga ibu sayang, ibu Hamzah orang paling kuat. Semoga Allah menjaga kamu selalu.. Aminn.
“Good boy Hamzah. Suka tengok mata dia cantik sangatt. Nanti besar jaga ibu elok-elok. Semoga Hamzah & Dayah sentiasa dalam lindunganNya.
Ads
Semoga Hamzah terus menjadi anak yang sihat dan bijak serta menjadi pelindung dan pendamping setia buat ibunya apabila besar kelak.
Terdahulu, Hidayah mendirikan rumah tangga bersama Abam pada 8 Disember 2017 sebelum pelawak disenangi ramai itu meninggal dunia pada Februari 2020 akibat demam panas.
Menarik:
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @hidayah_abam
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bab menyimpan duit, biasanya orang perempuan memang teliti. Walaupun hanya suri rumah, tetapi jika pandai menyimpan tetap mempunyai simpanan yang banyak juga untuk masa depan ahli keluarga.
Seperti perkongsian di FB Chienta Mul’aien II, caranya membuat simpanan dengan mengasingkan duit hijau dan oren sejak 8 tahun lalu memberi hasil yang sangat lumayan walaupun bergelar suri rumah.
Semuanya atas niat kita sendiri. Jika kita bertekad dan betul-betul nak buat, pasti hasilnya boleh buat diri sendiri tersenyum.
Cara saya saving duit beli emas ikut bajet dan GRAM, Alhamdulilah dah 8 tahun buat cara ni.
Gigil tangan tiap kali balik dari beli barang nampak baki duit RM5 dan RM20 banyak keping.
Ada duit warna hijau dan oren WAJIB simpan terus..KECUALI terdesak baru akan guna. Tapi prinsip saya jangan sampai tak ada duit nak makan pula.
Guna je setakat yang perlu. Suami saya pun dah terikut cara saya. Siap dapat buat belanja tiap kali balik kampung, dapat bawa anak jalan-jalan dan dapat bantu suami bila memerlukan.
Paling banyak setahun dapat la 4k. Jadi la saving cara suri rumah kan!
Mungkin orang lain ada cara masing-masing untuk menyimpan. Tak kisah macam mana sekalipun, asalkan ada duit simpanan jika kecemasan. Sama ada kerja makan gaji atau tak, jika berdisiplin tetap dapat ada duit simpanan.
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perhubungan antara ibu bapa dan anak adalah sangat penting bagi kerana ia membina asas kepada segala perhubungan yang bakal wujud dan menjadi sumber kepada pembentukan perasaan kasih sayang, keintiman sesebuah perhubungan, kepercayaan dan rasa selamat.
Keakraban ini adalah asas kepada pembentukan 90% daripada otak anak pada enam tahun pertamanya.
Apakah antara bahagian yang terkandung dalam 90% itu? Ia adalah perkembangan seperti berikut;
1. Perkembangan yang melibatkan sensori yang menjadi permulaan kepada pembentukan otak.
2. Perkembangan emosi.
3. Perkembangan perhubungan rapat dengan anak.
4. Pembentukan memori.
Ada 3 waktu yang kita boleh manfaatkan untuk perbaiki bonding kita dengan anak. Guna formula 3-3-3 ni.
3 Waktu
– anak bangun tidur
– balik dari sekolah atau pusat asuhan
– anak nak tidur
3 minit setiap waktu ni
– 3 minit pertama masa anak bangun tidur
– 3 minit pertama sejurus sampai je anak di rumah
– 3 minit sebelum anak tidur
3 benda boleh buat
– Peluk dan cium anak
– Senyum pada anak
– Bercerita pada anak
9 minit ni jika betul kita manfaatkan setiap hari insyaAllah, sampai umur 90 tahun pun anak masih lagi ingat pada mak ayah..
Bonding Dengan Anak Makin Kuat Jika Kita Tahu Bahasa Cinta Mereka
Ada 5 Bahasa Cinta ( Love Language )
😄Kata kata ( Word )
– anak suka bila kita selalu puji dan bagitahu kita sayang dia
🙌Sentuhan ( Touch )
– anak suka bila kita peluk dan usap kepala dia. Masa jalan dia mesti nak pimpin tangan.
⏰Masa ( Time )
– anak yang suka panggil dan tarik perhatian kita untuk tengok gelagat dia.
🎁Pemberian ( Gift )
– anak yang suka di beri reward atau hadiah bila dia berjaya buat sesuatu.
💁♀️Beri khidmat ( Service )
– anak yang suka meminta tolong dan gembira bila kita selalu tolong dia
Ada anak satu je bahasa cinta dia, ada juga anak yang sampai kelima lima ni bahasa cinta dia. Kenali bahasa cinta anak anak maka senang la kerja parenting anda nanti.
Pantang tinggal makanan sekejap, cepat je semut hurung. Lebih-lebih lagi makanan atau minuman manis, memang kesukaan semut. Semut di rumah ni ada ketikanya boleh buat kita naik darah.
Sangat jarang kita nampak semut sekor, mesti dengan kaum kerabatnya. Semut kebiasaannya akan masuk ke dalam rumah untuk mencari makanan. Dari sekecil-kecil makanan pun, semut boleh hurung.
Ia cekap mencari dan mengeluarkan makanan yang tertinggal di sekeliling rumah. Jika anda perasan, semut lebih kerap masuk ke dalam rumah pada musim panas. Hal ini kerana, kebanyakan serangga lebih aktif pada bulan yang lebih panas.
Boleh dikatakan ia kadang-kadang masuk ke dalam rumah untuk mencari air dan disebabkan itu anda mungkin akan sering melihat serangga tersebut di bilik mandi atau bahagian lain yang lembap di rumah.
Tidak cuma itu, hujan lebat juga boleh menyebabkan sarang semut ditenggelami air dan memaksa mereka berpindah ke bangunan berdekatan, seperti rumah anda.
Memang risau bila tengok semut banyak, kadang-kadang ia boleh mengganggu kehidupan seharian di rumah.
Bagaimanapun, anda sebenarnya boleh menghalau semut dengan hanya menggunakan dua bahan mudah ini sahaja.
Menurut pengguna TikTok, @Jason_jezi, cara terbaik untuk menghalau semut itu adalah dengan menggunakan cuka dan serbuk sabun.
Menerusi video itu, Jason mencampurkan satu sudu serbuk sabun dan satu sudu cuka. Selepas itu, masukkan ke dalam botol spray dan sembur pada laluan semut.
Campur satu sudu serbuk sabun
Campurkan satu sudu cuka
Campurkan kedua-duanya sekali
Masukkan dalam botol spray
Boleh terus sembur di laluan semut yang biasa lalu
Belum cuba belum tahu kan? Harap tip ini boleh membantu ibu-ibu yang mencari penyelesaian menghalau semut di rumah.
Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pemergian mantan Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi, meninggalkan kesan mendalam kepada rakyat Malaysia.Beliau dikenang sebagai pemimpin yang tenang, berjiwa besar, dan penuh...