“Goodbye Tidur Straight 8 Jam.” Jadi Ayah, Hidup Dr Say Berubah. Hari Ke-25 Baru Faham Tangisan Anak

Share

Tidak dinafikan selepas menjadi ibu dan bapa, masa diperlukan untuk menyesuaikan diri dengan sitiuasi baru. Dr Say Shazril akui ia memang memerlukan kesabaran.

Rutin lama sebelum kehadiran cahaya mata tidak boleh diteruskan, malah tidur straight 8 jam pun tak mungkin akan dapat dinikmati lagi.

Dr Say Shazril yang baru menyambut kelahiran anak sulung selepas 5 tahun berkahwin pada 5  April 2019. Kehadiran si kecil Aezriel menjadikan kehidupannya berubah. Bingung untuk memahami si kecil pada awalnya namun lama kelamaan pengacara My Doctor ini mula faham.

Topik : Baby Saya Buat Saya Gila

Tak pernah spnjng hidup, sy berasa sgt bipolar. Awat bipolar? Bipolar sebab tak pernah saya rasa geram & sayang pada masa yang sama. Awat geram? Geram sb selama sy hidup, teramat jarang tido malam saya diganggu kerana tidur merupakan sesuatu yang cukup berharga bagi saya tapi sekarang sayonara goodbye to tido straight 8jam.

Naik bingung dibuatnya

Satu lagi geram sebab teramat susah nk rungkai misteri tangisan baby yang ada seribu makna ni. Being a doctor ape yang penting bagi kami ialah mendapatkan diagnosis penyakit apa yang dihidapi pesakit tu tapi dgn baby ni terlalu banyak diagnosisnya sama ada tangisan ni sebab lapar ke, perut kembung ke, pampers basah ke, nak attention ke. Naik bingung saya dibuatnya.

Puas hati bila berjaya tidurkan baby

Den awat sayang plak? Sayang is when kita terbangun malam-malam sebab baby merengek den kita bagitau partner kita yg “its okay, i got this” & kita cuba selesaikan sendiri starting with menyusu den half way menyusu kita tukar pampers dia pastu kita sambung balik menyusu pastu kita burp kan dia pastu kita dukung sambil tepuk-tepuk manja & slowly kita lihat mata dia mula naik stim terkebil2 & nafas dia mula tenang & akhirnya dia tertido.

Pastu kita letak dia atas katil & kita sayang pipi gebu dia & hati kecil kita menjerit “yesss, aku berjaya tidurkan monster ni tanpa bantuan bini!”. Kepuasan bila tengok baby tido hasil buatan kita Mou Tak Ding (tiada tandingan) peeps.

Hari ke -25 faham perangai anak

Alhamdullilah arini baby saya masuk hari ke-25 & slowly saya dpt rungkai perangai dia & slowly juga ke-geram-an sy semakin pudar kerana hati saya kini mostly dipenuhi dengan kasih sayang kepada dia.

Hidup berubah 360° sejak ada baby

Tipu la kalau parents kt luar sane tak pernah geram wlpn setitis kt 1st baby kalian coz kehidupan berubah 360 darjah dgn kehadiran baby. Sy bukan berniat nak takutkan couples/ new parents out there tp someone needs to let u know the truth, that it is not easy to raise a kid. Sorry jugak lately post sy bnyk pasai kekeluargaan, cuma sronok lain mcm jadi bapak skang heheh.

Para follower bersetuju dengan pendapat Dr Say dan mengakui kesabaran diperlukan dalam tempoh awal kelahiran.

@aminur117 I feel you bro! Statement “yesss ak dpt tido kan monster ini, tanpa bantuan wife tu win” haha… Btw, anak sy pun still new born, 1st baby almost 3 month. Banyakkan bersabar and observe, lama-lama tu masak la dengan telatah baby.

@anis_fariha Yes.!! I feel u doctor.. Now my baby dah 2 months.. Hari2 dok berteka teki dgn baby sbb xtaw nangis nak apa.. Haha.. couple or new parents should know bout this ?

@ezurenick Good info doc..seronok baca story doc yang bagi sy sgt kelakar..hihi.paling aneh pasal baby,ada yg wellbehave..tak nangis pun x walau perut kembung.ada tu,panas sikit pun xboleh trus nangis.unik baby nie..?

@adam_007am Terbaik laaa …nice job dah jd ayah…..

Sumber: say_shazril

Published by
Azma ML