Chicken Dumpling tidak kurang hebatnya dalam mewarnai menu anak-anak kita. Rupa dan bentuknya yang berwarna adakalanya menarik perhatian si kecil untuk makan. Itu kisahnya dengan dumpling stim atau rebus, manakala dumpling goreng pula terlebih rangup dan cukup disukai anak-anak kita.
Rupanya hendak menyediakan dumpling homemade tidaklah sesukar mana. Bahannya juga mudah disediakan. Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh ibu ini, Puan Nurhazwana Nazir. Mudah!
Disebabkan Melur suka sangat Dumpling, so mama buatkan lagi untuk kudapan dia esok. Sekali buat dapat la untuk dua tiga kali makan. Bila cari kulit dumpling kat pasaraya tak jumpa pulak yang takde salt. Maka tepaksa la mama rajinkan diri buat yang homemade punya. Ingatkan payah, rupanya mudah je. Mama share resepinya kat bawah.
Kulit Dumpling:
1/2 cup tepung gandum unbleach
1/2 cup tepung jagung
1 sudu minyak masak
1/2 cup air panas
Ads
Inti Dumpling:
Isi Ayam – blend
Carrot – sagat
Pak Choy – cincang
Sedikit serbuk lada hitam
1 sudu tepung jagung
1 sudu minyak
Campurkan semua bahan dumpling. Uli sehingga jadi doh. Rehatkan sekejap dalam 2 hingga 3 jam.
Ads
Lepas tu bulat-bulatkan menjadi bentuk guli besar sikit.
Ads
Gelek je sampai nipis. Siapkan kulit dulu semua baru letak inti dan betukkan.
Bahan inti pula, gaulkan semua bahan. Ambil kulit dan letak inti satu sudu kecil.
Basahkan hujung kulit dengan sedikit air baru tampal kedua bahagian dan bentukkan. Simpan dalam freezer. Nak makan keluarkan dan rehatkan kejap lepas tu boleh rebus. Siap!
Dumpling ni boleh goreng atau rebus. Buat sup pun sedap makan dengan ni. Tapi anak mama lagi suka versi goreng. Sekali makan 4 ketul boleh habis.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap kali membeli fish cake atau fish ball di kedai, hati pasti terasa sedikit ragu bagaimana cara pembuatannya. Adakah ia bersih dan selamat untuk dihidangkan kepada anak-anak kita. Bagi mengelakkan keraguan dan pasti lebih bersih dan menjimatkan apa kata kita sajikan fish cake sendiri untuk anak di rumah. Baru lah rasa selamat dan makan tanpa ragu.
Resipi homemade fish cake yang dikongsikan oleh Tahrunnisah Jali ini nampak cukup mudah hendak disediakan. Namun yang paling penting ia bersih, halal dan sangat menjimatkan kita. Nak buatnya pun cukup mudah. Jadi jom cuba!
Resepinya
500gm isi ikan tenggiri segar
3 sudu kecil (menggunung) tepung jagung
1 sudu kecil garam (nanti masa dah siap blend rasa, jangan masin sangat ye sebab nanti time sejuk lagi masin)
Sedikit ajinomoto (terpulang nak isi atau tidak)
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1 cup air sejuk (dari air batu)
** Anda boleh menggantikan dengan fish fillet tapi abaikan/jangan letak air ye sebab dalam fillet tu dah ada kandungan air dah… so abaikan sukatan air tu.
Ambil isi ikan tenggiri, kulit takmau ye dan diblend halus. Saya guna food prosessor.
Kemudian masukkan sedikit air ais. Kisar lagi dan masukkan garam serta serbuk lada putih (siapa yang nak taruk ajinomoto taruk sikit)
Kisar lagi dan masukkan 3 sudu tepung jagung dan kisar lagi.
Sebelum itu panaskan periuk kukusan dan loyang 4 segi. Loyang tu biarlah boleh masuk dalam periuk kukusan atau kalau takde guna je tupperware tahan panas.
Masukkan adunan ikan tadi dalam bekas/loyang yang diletakkan plastik terlebih dahulu supaya nanti senang nak keluarkannya. (Macam buat serimuka) ratakan ia serta padatkannya.
Menggunakan minyak yang disapu dijari anda untuk licinkan permukaan ikan tadi dan kukus hingga masak dalam 15 minit atau sehingga masak
Terbalikkan isi ikan yang dah masak tadi dan potong sepertimana bentuk fishcake.
Panaskan minyak terendam dan goreng sekejap hingga ia kekuningan. Angkat dan toskan minyak siap..alhamdulillah.
DHA Baik Untuk Sistem Saraf & Sel Otak Anak
Salah satu bahan baik untuk tubuh ialah DHA dalam ikan.
DHA memainkan peranan yang amat penting dalam perkembangan sistem saraf dan sel otak terutama kepada anak-anak kita.
Phosphatide dalam ikan terlibat secara aktif dalam metabolisme kolesterol, mencegah pengumpulan kolesterol dalam darah, membantu membuang kolesterol yang tidak baik daripada tubuh, mencegah obesiti, dan melindungi sistem kardiovaskular. Kandungan ini juga boleh menghalang pelbagai jenis kanser.
Secara ringkasnya, ikan adalah amat penting. Berikut adalah beberapa jenis ikan yang selamat dan baik untuk anak anda termasuklah:
Salmon (Atlantic, Chinook, Coho, Pink, Sockeye)
Tilapia
Pollock (Atlantic & Walleye)
Flounder
Haddock
Ikan keli
Kerang
Tiram
Udang
Kerang scallops
2 jenis ikan yang terbaik untuk kanak-kanak adalah:
Salmon
Salmon ialah ikan yang kaya dengan asid lemak tak tepu yang boleh merangsang perkembangan bayi. Ia juga kaya dengan vitamin A, B, D, E, dan kalsium, zat besi, zink, magnesium, fosforus dan mineral lain. Isi salmon adalah lembut dan licin, jadi kanak-kanak akan menggemarinya. Ikan ini juga baik untuk kecerdasan kanak-kanak.
Tuna
Tuna mengandungi asid omega-3 yang baik untuk mencegah degenerasi makular, iaitu keadaan yang mengehadkan penglihatan mata, dan secara perlahan-lahan membawa kepada buta.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sesekali setiap kali hari istimewa seperti ulang tahun kelahiran atau perkahwinan, menu-menu Barat menjadi pilihan kita. Tak perlukan makan Steak dari hidangan restoran hebat, apa kata kali ini kita sediakan sendiri di rumah.
Air tangan suami, Dr Ahmad Firdaus ini anda kena cuba. Memang lain dari yang lain. Power!
Untuk para suami yang berkahwin dengan isteri yang bekerjaya, anda boleh cuba recipe ini. Mudah dan pantas je nak buat.
Sejak saya belajar recipe ni, saya dah jarang makan steak di restoran sebab biasanya mereka masak sehingga terlalu well done.
Saya lebih suka medium to medium rare. Baru dapat rasa betul-betul nikmat makan daging. Tak payah beli daging Wagyu dan Angus pun dah sedap. Ok, let’s joms. Boleh ikuti langkah dalam gambar.
1. Pilih daging yang tidak terlalu tebal. Dalam 150-200 grams dah ok. Biasanya saya beli daging di Jaya Grocer atau Lotus’s. Banyak jenis cuts yang ada.
Sebelum masak, pastikan daging berada di suhu bilik. Basuh dan keringkan dengan kitchen towel.
2. Lumurkan setiap bahagian dengan garam, lada hitam (freshly grounded lagi bagus) dan minyak zaitun.
3. Seeloknya panaskan minyak di atas non stick pan. Api pula set pada high heat. Dalam gambar ni, saya tak tambah minyak. Nak lebih sihat la konon.
4. Tak perlu masak lama. Dalam 5 minit on each side dah ok. Ada nampak char sikit dah cukup.
Tambahkan butter secukup rasa dan bawang putih yang telah diketuk (crushed). Kalau ada fresh rosemary lagi sedap.
5. Lumurkan butter yang cair tadi ke atas seluruh bahagian daging. Masa ni asap banyak gila. Satu rumah bau harum!
Tak perlu lama buat benda ni. 2 minit cukup.
6. Keluarkan dari pan dan biarkan dahulu. Let it rest for 5 minutes. Kena banyak bersabar masa ni.
7. Potong potong daging macam Saltbae dan lihat semua meat juices keluar. Memang lazat.
Untuk hidangan yang lengkap, boleh buat steak sandwich. Pakai je apa jenis roti yang ada. Bakar roti, tambah daun salad (lettuce & tomatoes) dan letakkan beberapa potongan daging.
Kalau buat perfect steak ni, malam nanti pasti isteri gembira dapat suami yang se-perfect steak yang dimasak. Chia chia chia.
Sekali pandang persis kuih bakar pandan namun kuih yang satu ini bukanlah kuih bakar sebaliknya Seri Muka Bakar Pandan yang cukup istimewa rasanya. Gabungan pulut dengan bahagian atas adunan yang berlemak buat seri muka bakar ini cukup sedap.
Uniknya resipi yang dikongsikan oleh Chef Azmin Zain ini cukup hebat malah bukan hanya dikukus bahkan turut dibakar bagi menambah kerangupan pada bahagian atas kuih seri muka. Nak tahu macam mana rasanya sedapnya, kenalah cuba!
Kuih yang popular di belah-belah utara tanah air kita. Harum semerbak bau pandan bakar dia. Asalnya kuih ni kita buat macam kuih Serimuka Pandan Kukus, dah separuh masak kita bakar pulak dalam oven, pakai api atas oven tu tinggi.
Resipi Pulut
1 kg beras pulut
300 ml santan
1 sb garam
500ml air
3 helai daun pandan
Kukus letak minyak satu sudu makan selama 45 minit.
Resipi Bakar Pandan
10 biji telur
1 kg santan
500gm gula
300ml air pandan
300gm Tepung Ros
400gm Tepung ubi
50gm Tepung beras
50gm Tepung jagung
1 sk garam
Bancuh sekali (campurkan semuanya) dan tapis.
Pulut yang dah siap kukus, tekan padat-padat dalam loyang yang dah di letak minyak sikit. Rata dan padatkan.
Baru tuang kepala santan pandan tadi. Kukus lagi 45 minit.
Lepas itu panaskan oven dengan api 200c. Guna api atas je. Masak dalam 20 minit.
Jenguk-jenguklah juga tengok dia hangus-hangus manja kira dah ok lah tu.
Apa-apa pun jangan lupa bismislah dan selawat sebelum nak mula masak. Inshaallah menjadi lah dia nanti.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.