Bukan sahaja menyiang ikan rasa payah, bahkan menggoreng ikan keli juga terasa cabarannya. Maklumlah bila terpaksa bertarung dengan minyak panas yang meletup dan merecik keluar.
Sebenarnya ada tip untuk menggoreng ikan keli agar tak meletup-letup dan selamat ketika mengalihkannya.
Perkongsian seorang pengguna Tik Tok, @resipibangsawanbybroku ini anda kena cuba. Memang tenang, tak payah lari-lari.
Tip masak ikan keli goreng tanpa minyak meletop guys.
Mula-mula gaul dulu perap dengan garam kunyit. Gaul jangan lupa selawat.
Bila dah panaskan api, masukkan sikit tepung dalam minyak. Tepung gandum pun boleh.
Minyak dan panas, masukkan ikan.
Nampak? Meletup ke tak meletup?
Boleh terus goreng sampai garing dan angkat.
Selamat mencuba!
@resepibangsawanbybroku Tipa masak ikan keli goreng tanpa minyak meletop guys😃 #ikankeli #keligoreng #jommasak #foodtiktok #marimasak #foodlover #malaysiafood #fypgakni #tranding #masak #peace ♬ Dj Onenoneno Fyp – DJ Full Beat
Menarik: Syukur Alhamdulillah, Pilih Nama Cantik Buat Puteri Ke-2, Mawar Rashid Selamat Bersalin!
Anak belum lancar membaca? Belajar cara mudah nak ajar anak tanpa perlu rasa stres, daftar secara percuma di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-cepat-belajar/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Pa&Ma