Gulung, Lempar “Pampers” Anak Dari Tingkap Kereta Atau Campak Dalam Longkang Punca Tersebar Jangkitan Penyakit

Share

Mereka yang selalu gulung, lempar “pampers” anak dari tingkap kereta atau campak ke dalam longkang menjadi punca tersebarnya jangkitan penyakit.

Pesanan peringatan yang dikongsi di laman facebook Public Health Malaysia ini patut dijadikan panduan supaya jangan menjadi penyebar virus pelbagai penyakit kepada orang lain.

Anak buang air besar?

Mudah saja, gulungkan dan lempar sahaja dari tingkap ke celah celah semak atau di dalam longkang.

Golongan yang membuang najis anak sesuka hati ini , ternyata begitu rendah tahap siviknya… Sedangkan haiwan pun tahu mengkambus najis mereka.

Tahukah anda, “Lampin pakai buang” merupakan antara sampah pepejal yang paling banyak ditemui di bahu jalan, didalam longkang, kawasan rekreasi dan tempat awam.

Sampah yang mengandungi najis ini boleh menjadi sumber jangkitan penyakit. Virus dari najis ini boleh meresap dan merebak ke sumber air.

Owh ya, sehingga 5 keturunan anda berakhir, lampin pakai buang masih belum terurai sepenuhnya. Ia mengambil tempoh 500 tahun untuk terurai!

Jadilah ibu bapa yang bertanggungjawab.

Bukan kena basuh pun, mohon buang lampin pakai buang di tempat yang betul

Cara-cara membuang lampin pakai buang

1) Najis perlu dibuang dalam lubang tandas terlebih dahulu dan pam.

2) Gulung lampin pakai buang ke arah dalam (kawasan kotor di sebelah dalam).

3) Tampal semula di sebelah kiri dan kanan dengan menggunakan pelekatnya supaya gulungan tidak terbuka.

4) Masukkan dalam plastik dan ikat.

5) Sekiranya tiada plastik, gunakan suratkhabar untuk membalutnya.

6) Buang dalam tong sampah khas yang biasanya disediakan dalam tandas atau sekiranya tiada, sila isikan dalam beg plastik atau beg khas dan bawa pulang untuk dibuang di rumah dalam tong sampah khas atau plastik khas.

Published by
Hasnita Sawal