Pemergian seorang kanak-kanak yang tercekik gula-gula ‘gummy mata’, Allahyarham Mohamad Fahmi membuatkan hati kecil seorang insan bergelar ibu dan ayah turut terkesan dan bersedih.
Ibu dan ayah antara yang paling berang kerana gula-gula dari China ini dijual dengan begitu berleluasa di pasaran dan tidak terkecuali di sekolah.
Meninjau di pelbagai ruangan komen media social, ramai yang mula mengutarakan supaya mengharamkan jualan ‘jajan’ itu di pasaran.
Gula-gula Gummy Eyeball ini mungkin nampak menarik dan menyeronokkan, tetapi ia boleh menjadi perangkap maut kerana ia adalah penyendal saluran pernafasan kanak kanak yang sempurna.
Ads
Kenapa gummy eyeball sangat berbahaya?
* Tekstur licin & kenyal – Mudah tergelincir terus ke dalam tekak sebelum sempat dikunyah.
Ads
* Bentuk bulat & besar – Jika tidak dikunyah sempurna, ia boleh tersangkut di saluran pernafasan.
* Sukar dikeluarkan jika tersedak – Berbeza dengan makanan keras yang boleh dihentak keluar, gula-gula ini melekit dan boleh menyumbat saluran udara sepenuhnya.
Ads
* Risiko lebih tinggi pada kanak-kanak kecil – Mereka belum pandai mengunyah dengan betul dan lebih mudah panik jika tercekik.
Kanak-kanak bukan tahu bahaya—mereka hanya tahu makanan itu manis dan seronok dimakan.
Jika nampak gula-gula ini dijual di sekolah atau kedai berhampiran, laporkan dan suarakan kebimbangan anda. Jangan biarkan tragedi ini berulang.
Kredit: Public Health Malaysia
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya tinggal sebulan lebih sebelum seluruh umat Islam menyambut ketibaan bulan Ramadan. Sudah pastinya kita semua teruja membuat persediaan untuk berpuasa, tetapi adakah semua ‘hutang’ tahun lalu sudah dilangsaikan?
Apabila bercerita tentang puasa yang masih tidak berganti, biasanya ibu-ibu hamil atau yang menyusukan bayi sedikit keliru dengan hukum untuk membayar fidyah dan sebagainya.
Ikuti penerangan daripada Mufti Wilayah Persekutuan ini
Soalan:
Assalamualaikum wbt,
Adakah wanita yang tidak sempat menggantikan puasa Ramadhan sehingga tiba Ramadhan seterusnya wajib qadha’ dan membayar kafarah? Alasan dia menangguhkan ialah kerana mengandung atau menyusukan anak. Terima kasih.
Jawapan:
Waalaikumussalam wbt,
Alhamdulillah segala puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah ﷻ. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ, ahli keluarga Baginda, para sahabat, serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda hingga ke hari Kiamat.
Di dalam Syariat Islam, mengandung dan menyusukan anak adalah bentuk keuzuran yang mengharuskan berbuka. Daripada Anas al-Ka’biy RA, Rasulullah ﷺ bersabda:
Maksudnya: “Allah SWT meringankan puasa dan memendekkan solat bagi orang yang bermusafir, sementara perempuan mengandung dan yang menyusukan anak, Allah meringankan puasanya sahaja.”
Riwayat al-Tirmizi (715) dan Abu Daud (2408)
Wajib ke atas wanita yang tidak berpuasa kerana mengandung atau menyusukan anak untuk menggantikan puasa selepas berlalunya Ramadhan. Jika dia tidak sempat menggantikannya, bukan kerana keuzuran, maka dia dianggap berdosa dan diwajibkan untuk membayar fidyah sebanyak satu cupak makanan ruji tempatan, seberat 600 gram. Rujuk al-Fiqh al-Manhaji (2/92).
Berkata Syeikh Muhammad al-Zuhaili dalam al-Mu`tamad fi al-Fiqh al-Syafie (2/200):
“Adapun sekiranya seseorang itu melewatkan qadha puasa Ramadhan kerana suatu keuzuran; seperti sakitnya berpanjangan, menyusukan, mengandung, atau sentiasa musafir, sehingga masuk ke Ramadhan yang lain, maka tidak wajib fidyah akibat kelewatan ini, dan wajib qadha sahaja.”
Kenyataan yang sama dinukilkan daripada kitab al-Taqrirat al-Sadidah (Qism Ibadat) (hlm. 456) oleh Syeikh Hasan al-Kaf:
“Jika seseorang itu melewatkan qadha kerana suatu keuzuran seperti musafir, sakit, menyusukan, lupa dan jahil – maka dia tidak wajib bayar fidyah.”
Berdasarkan fakta dan keterangan di atas, jelas kepada kita bahawa ibu-ibu yang melewatkan ganti puasa, kerana uzur Syarie seperti sentiasa sakit, menyusukan anak, dan mengandung, adalah tidak wajib dikenakan fidyah, jika mereka tidak sempat menggantikan puasa sebelum tiba Ramadhan seterusnya.
Semoga penjelasan ini memberikan kefahaman kepada pihak yang bertanya. Wallahua’lam.
Betullah pendapat orang ramai yang memberitahu anak bila dengan datuk atau neneknya, bukan main manja. Situasi ini turut dirasai oleh pasangan pelakon, Zahirah Macwilson dan suaminya, Aiman Hakim Ridza.
Setelah beberapa bulan ibu Zahirah, Maslinda Yusoff tinggal sementara bersama mereka, tiba masanya untuk berangkat pulang ke Australia. Di Instagram, Zahirah sempat berkongsi video detik perpisahan di antara Isaac Raees dengan neneknya.
Menerusi rakaman video tersebut, Maslinda kelihatan mengalirkan air mata sewaktu mendukung cucu kesayangannya itu buat kali terakhir sebelum berangkat pulang ke Australia.
Lagi sebak apabila Isaac turut menangis di akhir video tersebut sebaik sahaja neneknya itu pergi. Menurut Zahirah, anaknya sangat rapat dengan ‘omanya’. Oleh itu, Isaac pasti akan merindui ibunya selepas ini.
Selama ibu berada di rumah, dia akan selalu tengok dan jaga Isaac. Kita akan berjumpa lagi dalam masa terdekat.
Di ruangan komen, ramai yang tersentuh melihat sedutan video perpisahan tersebut. Malah ada yang menyatakan, Isaac seolah-olah faham bahawa omanya itu akan tinggalkannya. Memang nampak kasih sayang Isaac.
Sebelum ini, Zahirah pernah memuat naik video gelagat anaknya ketika ‘berlakon’ menggunakan telefon bersama ibunya. Menerusi video tersebut, Isaac seolah-olah mahu bersembang dan menceritakan sesuatu kepada omanya.
Maslinda turut memberi pesanan kepada cucunya itu agar sentiasa menghubungi dirinya tatkala sudah pulang ke Australia.
Kredit: Zahirah Macwilson
Buat mama papa yang mahu anak lancar bahasa Inggeris, jom sertai e-workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat! Bersama barisan panel berkredibiliti seperti Dr Azu, Dr Fie serta penampilan istimewa Dato Dr Sheikh Muzaphar. E-workshop ini PERCUMA dan anda berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah berupa baucer barangan bernilai hampir RM1000! Jom, daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/panduan-ajar-anak-pandai-english/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rezeki Rizqaa menjadi anak pereka fesyen tersohor Malaysia! Siapa sangka si comel yang dilahirkan pada 2 September tahun lalu kini menjadi model cilik rekaan daddynya sehingga penampilan comel Rizqaa (bemaksud rezeki dan kurniaan ALLAH SWT)) sentiasa menjadi perhatian ramai.
Anak kepada pereka fesyen Rizman Nordin dan Nurida Suraya Mohd Suhaimi kini telah mencecah usia 9 bulan. Namun keletahnya sentiasa mencuit hati kerana pandai bergaya dan memberi pose yang comel depan kamera.
Di instagram @rizqaarizman, daddy dan mommynya sentiasa berkongsi perkembangan buah hati pertama mereka menggayakan pelbagai rekaan fesyen yang sesuai sangat dengan si kecil ini.
Bukan itu saja, cinta hati kedua daddy Rizman ini juga tak lepas dengan handbag sama ada ketika mengayakan pakaian kasual atau berbaju kurung.
Laman sosial menggunakan nama @rizqaarizman itu umpama album peribadi memaparkan setiap gerak-geri dan keletah peribadi, Rizqaa.
Beruntung Rizqaa daddy pandai buat baju
Majoriti pengikut IG @rizqaarizman menyifatkan betapa istimewa dan beruntungnya si comel Rizqaa berpeluang menggayakan dalam persalinan rekaan daddynya sendiri., Rizman Ruzaini.
“Kemain anak dara daddy”
Sebelum ini, Rizman dan isterinya selamat diijabkabul pada 13 September 2019.
Kredit: rizqaarizman
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
Musim raya ni, selain biskut dan kek, pencuci mulut sejuk-sejuk pun mesti ada kan? Lagi-lagi kalau ada budak-budak kat rumah confirm mereka suka yang...