
Kesan parut lepas anak kena chicken pox atau demam campak biasanya sangat dirisaukan oleh ramai ibu ayah. Risau pula parut tu kekal sampai besar nanti.
Sebenarnya parut lepas kena chicken pox terutama yang jenis halus dan kecil boleh hilang dengan sendirinya apabila demam makin kebah.
Bagaimanapun ia bergantung kepada tubuh badan seseorang itu. Ada juga yang langsung tidak meninggalkan sebarang parut.
Petua amalan berbedak yang diamalkan oleh masyarakat di utara tanah air ini boleh melegakan hati ibu ayah yang risau masalah anak berparut lepas baik demam campak.
Cara Buat Bedak Tradisional
Bahan-bahan:
Daun bunga melur
Beberapa tangkai daun asam gelugur
Bedak sejuk
Caranya:
- Basuh bersih daun asam dan daun melur.
- Kemudian kisar bersama bedak sejuk dengan sedikit air.
- Bancuhan jangan terlalu pekat atau terlalu cair.
- Sapukan seluruh badan selepas campak telah kering.
Selain itu anda boleh juga guna daun semambu untuk buat bedak menghilangkan parat lepas kena campak.
Perkongsian dari Puan Norhafizah Abdul Hamid ini boleh juga dicuba.
Ambil daun semambu, kisarkan hingga halus dan bedakkan pada seluruh badan anak.
Selepas campak anak kering, anak pun dah sihat, mak ayah kena cari pokok semambu. Kisarkan halus dan buatkan bedak untuk disapu di seluruh badan. Selamat mencuba
Sumber: petuaibu
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anak Banyak Akal Otaknya Aktif, Tapi Buat Mak Ayah Geram. Follow Tip Ini Sebelum Marah

Apa yang ibu bapa perlu lakukan untuk menghadapi si kecil yang aktif dan banyak akal. Perlu ingat sebelum marah pada anak adalah lebih baik beri kesempatan kepada mereka untuk menjelaskan apa yang ingin dia lakukan agar kita sebagai ibu ayah faham maksud sebenar anak.
Bagaimanapun, halangan terbesar bagi ibu ayah sukar menahan diri untuk tidak segera marah. Bukan kerana tidak sabar, tapi kadang-kadang ada banyak hal yang harus diselesaikan hingga tanpa disedari ibu ayah terlepas melepaskan marah dengan cara yang kurang tepat.
Jadi apa yang boleh dilakukan ibu ayah untuk membantu si kecil menunjukkan perilaku anak hebat? Ini tipnya.
Tarik nafas dan kawal emosi
Sebelum respon perilaku banyak akalnya si kecil dengan intonasi yang salah, tidak ada salahnya untuk ibu ayah menarik nafas panjang terlebih dahulu untuk menenangkan diri. Ketika tenang, ibu ayah boleh bertanya dengan nada dan ekspresi wajah yang lebih relax sehingga tidak membuat anak merasa kecil hati ketika dia berusaha melakukan sesuatu.Tanyakan kepada anak
“sayang nak apa?” dengan nada yang lembut dan ekspresi wajah yang tenang Tanyakan sambil ibu ayah merendahkan badannya hingga selevel dengan tinggi anak dan boleh terjadi perhubungan mata. Hal ini dapat membantu anak untuk segera merespon pertanyaan ibu ayah daripada terus mengamuk.
Dampingi anak
Untuk membantu anak menunjukkan sikap yang baik, berdampinglah dengan anak ketika dia mahu melakukan sesuatu. Ajar dan berikan contoh tentang bagaimana dia boleh menyelesaikan niatnya tanpa merugikan orang lain. Contoh anak ingin mengosongkan kotak, tunjuk contoh bagaimana anak boleh memindahkan isinya secara perlahan dan kemas. Misalnya dengan letakkan satu-satu ke atas meja. Cara ini dapat pastikan anak boleh menunjukkan sikap yang ulebih baik lagi. Berikan aturan dan perjanjian bersama.
Peraturan diberikan dengan menggunakan bahasa yang sederhana serta dapat difahami.
Contoh, tetapkan perjanjian bahawa si kecil harus minta izin atau beritahu dulu kepada ibu ayah bila dia ingin melakukan sesuatu yang baru. Jelaskan bahawa hal ini perlu dilakukan agar mereka tidak melakukan sesuatu yang dapat membahayakan dirinya. Konsisten juga dari ibu ayah bahawa ketika anak minta melakukan sesuatu, tanyakan pula tujuannya agar tidak terus melarang sebelum memahami maksud anak.
Pujian dan ucapan terima kasih
Agar si kecil terus menunjukkan sikap yang baik, jangan lupa berikan pujian atas niat baiknya. Berikan pujian ketika dia berjaya wujudkan niat baiknya dengan cara-cara yang baik pula, seperti menepati aturan dan perjanjian bersama yang ada di point ke-3.
Berikan pujian yang spesifik agar anak pun tahu perilaku mana yang dimaksudkan. Contoh daripada memberikan pujian umum seperti “Wah hebat anak mama”, boleh berikan yang spesifik seperti “Hebat sekali anak mama prihatin dengan anak kucing yang kesejukan. Terima kasih juga beritahu mama bila kamu perlukan kotak kosong jadi boleh menolong si kucing.”
Jom sama-sama kita ke arah membina perilaku anak yang aktif dan banyak akal menjadi perilaku yang menggambarkan anak hebat. Berikan kesempatan kepada si kecil untuk meneroka diri dan sekeliling, disertai dengan bimbingan dari ibu ayah agar anak boleh melakukan niat hebatnya dengan baik. Happy parenting!
Sumber: Asiah Maharam
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Perangai Anak Berkait Dengan Susunan Adik Beradik. Ada Yang Kuat Memberontak!

Susunan anak dalam keluarga tidak disangka-sangka memainkan peranan penting dalam pembentukan dirinya anak. Tapi bagaimana ia berlaku?
Dr Taufiq Razif berkongsi info yang mungkin tidak diberikan perhatian oleh sesetengah ibu bapa. Info tentang anak kedua yang selalu diabaikan ini mungkin ramai yang terlepas pandang tapi sangat mustahak untuk ditangani dari awal.
Paling membimbangkan ialah jika ia tidak ditangani awal, efeknya boleh membawa ke masa depan, hingga anak dewasa!
Menurut Dr Taufiq, penemuannya tentang info anak kedua ‘rebellious’ dan perlukan perhatian sama rata agar tidak terabai. Berikut ialah perkongsian beliau;
5 CARA UNTUK MENAMPUNG KEKURANGAN PERHATIAN KEPADA ANAK KEDUA
Bila dah sedar, insyaAllah kita boleh topup balik emosi anak yang sedang lopong tersebut. Caranya adalah :
- banyakkan kembali eye contact dengan anak kedua
- banyakkan kembali sentuhan seperti pelukan dan ciuman. Paling berkesan, gosok ubun ubun anak tu sebelum dia tidur
- bagitahu anak kita dengan jelas kalimat I LOVE U ataupun MAMA SAYANG KAMU!
- kalau bergurau dengan anak sulung, kena bergurau sekali anak kedua dan adik adiknya
- ajar la ilmu ni pada suami sekali sebab suami la ketua dan kapten rumahtangga. Kalau isteri je bersungguh tak menjadi juga.
p/s : Fuh. Kesilapan ni nampak je sederhana tapi efek pada anak boleh bawak sampai ke usia dewasa!
Sumber: Dr Taufiq Razif, www.theproparenting.com
Artikel berkaitan: “Tiap Anak Berbeza, Kena ‘Tackle’ Ikut Personaliti Dan Jangan Bandingkan, Dr Sheikh Muszaphar Kongsikan Tipnya!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mengapa Anak Selalu Menangis Bila Tak Nampak Ibu Depan Mata

Mengapa anak selalu menangis bila tak nampak ibu depan mata. Anak-anak sering kali menunjukkan tingkah laku menangis apabila mereka tidak dapat melihat ibu mereka. Fenomena ini sebenarnya adalah hal yang biasa dan mempunyai penjelasan psikologi serta biologi yang mendalam.
Kalau boleh ke mana sahaja ibunya pergi mahu diikuti. Pendek kata langsung tidak boleh berenggang. Bila tidak nampak kelibat ibunya, mulalah si kecil menangis.
Mengapa Anak Selalu Menangis Bila Tak Nampak Ibu Depan Mata
Berikut beberapa sebab utama mengapa anak kecil menangis apabila tidak melihat ibu mereka.
1. Kecemasan Perpisahan (Separation Anxiety)
Kecemasan perpisahan adalah satu fasa perkembangan yang normal di mana anak-anak merasa takut dan cemas apabila dipisahkan daripada ibu atau penjaga utama mereka. Pada usia ini, anak-anak mula memahami bahawa mereka adalah entiti yang terpisah daripada ibu bapa mereka dan ini menimbulkan ketakutan bahawa ibu mungkin tidak akan kembali apabila pergi. Ketakutan ini adalah refleks semulajadi yang membantu dalam proses perkembangan emosi mereka.
2. Keperluan Asas Emosi
Anak kecil sangat bergantung kepada ibu mereka bukan sahaja untuk keperluan fizikal seperti makanan dan keselamatan, tetapi juga untuk keperluan emosi. Kehadiran ibu memberikan rasa aman dan tenang kepada anak-anak. Apabila ibu tidak kelihatan, anak-anak merasa kehilangan sumber keselamatan dan ini mencetuskan tangisan sebagai cara untuk memanggil ibu kembali.
3. Perkembangan Kognitif
Pada usia ini, perkembangan otak anak-anak sedang pesat. Mereka mula memahami konsep keabadian objek, iaitu pemahaman bahawa sesuatu yang tidak kelihatan masih wujud. Walau bagaimanapun, pemahaman ini masih belum matang sepenuhnya. Jadi, apabila ibu keluar dari pandangan, anak mungkin merasa bahawa ibu telah hilang sepenuhnya.
4. Perkembangan Sosial dan Emosi
Anak-anak kecil sedang belajar bagaimana untuk membina hubungan dan kepercayaan dengan orang di sekeliling mereka. Ibu adalah figura utama dalam proses ini. Tangisan adalah cara anak untuk mengekspresikan perasaan tidak selesa, takut, atau keperluan akan kehadiran ibu untuk memastikan bahawa hubungan dan kepercayaan tersebut kekal utuh.
Cara Mengatasi Dan Menangani Tangisan Anak:
Walaupun tangisan anak boleh menjadi mencabar bagi ibu bapa, terdapat beberapa cara yang boleh membantu dalam menangani situasi ini:
Beri Jaminan
Berikan jaminan kepada anak bahawa ibu akan kembali. Beritahu mereka dengan suara yang lembut dan tenang bahawa anda hanya akan pergi sebentar dan akan kembali.
Latihan Perpisahan
Latih anak untuk terbiasa dengan perpisahan pendek. Mulakan dengan meninggalkan mereka sebentar dalam bilik lain dan perlahan-lahan tambahkan tempoh masa perpisahan.
Mainan Kesayangan
Berikan anak mainan atau objek kesayangan yang boleh memberikan rasa aman apabila ibu tidak berada di sisi.
Rutin Yang Konsisten
Pastikan ada rutin harian yang konsisten. Rutin yang tetap boleh memberikan rasa kestabilan dan keyakinan kepada anak.
Waktu Kualiti Bersama
Luangkan masa berkualiti bersama anak untuk membina kepercayaan dan hubungan yang kukuh. Ini boleh membantu anak merasa lebih aman walaupun ibu tidak berada di sisi untuk seketika.
Kesimpulannya, menangis adalah cara anak-anak kecil menyatakan keperluan dan perasaan mereka. Dengan memahami sebab-sebab di sebalik tingkah laku ini, ibu bapa boleh membantu anak-anak mereka mengatasi kecemasan dan membina rasa aman yang lebih kukuh.
Baca artikel lain: Anak Menangis Biarkan Saja Sampai Reda, Betul Ke Cara Macam Ni? Mak Ayah Jangan Tersalah!
Letak Je Terus Anak Menangis, Bukan Mengada Tapi Ini Puncanya Anak Tak Mahu Duduk Dalam Carseat!
Risau Anak Menangis, Ibu Beri Hadiah Nota Comel Pada Penumpang Flight
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI